New Year Is Coming!

Ana Myhusna | 16:32 | 0Comments |

Hai semua.. Ni nak citer ckit.. Kita kan nak masuk tahun baru nih.. Mulalah Wechat gedebang gedebung ucap Happy New Year.. Hehe.. Tadi, Ana bukalah wechat pakai Web Wechat tau.. Then, semua duk hantar benda sama.

MALAM INI TEPAT PUKUL 12☆彡HAPPY NEW YEAR☆彡
 ┏━┳━┳┳┳┓
 ┣━┃┃┃┃┃┃
 ┃━┫┃┃┣┓┃
       ┗━┻━┻┛┗┛      
 2014 is coming  2013 is leftover  For my friends who know me  Please forgive all my mistake to you  To friends who don't know me  thanks  because be my friends at this wechat . ♡ #HAPPY NEW YEAR . ^,^  FOR YOU ALL   
Bila baca je.. Aww.. So sweett.. Terhenti cerita korea punya mood. Hoho.. Then, tadi Ana dapat sms dari kawan Ana, Safii. Alorh.. Kalau korang selalu baca entri pasal kawan or memang baca semua entri tak tinggal satu pun, korang mesti kenal siapa Safii ni. Ketua pengawas kat sekolah Ana / P. Ketua pengawas kat skolah agama Ana + Best Friends Ana. Huihhh.. Over siap bagi jawatan kat sekolah lagi! Haha.. Nilah maksudnya, kawan yang bangga dengan kawannya sendiri. Buktinya, Ana sayang dia! Hehe.. Safii bagi sms kat semua kawan-kawan rapat dia. Dan semestinya, mesej itu sedih dan bila Ana baca Ana touching sikit. Hehe.. Nasihat dia tu pun, banyak refer kat sifat kitorang. Ana pun sometimes terasa beberapa nasihat dia yang betul-betul refer kat Ana. Ana tau dia sayang kawan-kawan dia, sebab tu nasihat panjang lebar.. Mengalahkan guru kaunseling! Nak tulis balik mesej tu malaslah.. Tapi, apa yang Ana boleh cerita, Ana gembira sangat sebab dia berjaya masuk asrama. Besok dia dah kena pergi. I hope you'll be happy there.. And you won't forget us (your friends). Ana doakan kejayaan dia.. ^^
Wokayh.. Wokayh.. Assalamualaikum.. 

Hari Persekolahan Bakal Kembali Lagi..

Ana Myhusna | 14:47 | 1Comments |

A beautiful scene. Takde motif letak gambar ni. Just put it here for no reason. Hee..
Rainy autumn
Wahhh.. Nampaknya, hari persekolahan dah nak dekat. Wa nak cuti lagi wooo.. Nak cuti lagi.. Sobsob.. Ana nampaknya pergi sekolah SAAS sementara tunggu keputusan MRSM. Memula, harap sangat dapat masuk MRSM. Tapi, lepas hari pendaftaran, ambil buku teks dengan tengok kelas haritu, jadi berat hati pulak nak tinggalkan SAAS. Hek! Baru sekali melangkah masuk, dah over.. Tapi, doa doalah juga Ana dapat MRSM. Kan lagi bagus tuh.. Ceihh.. Sebelum ni taknak masuk asrama. Tetiba je ubah fikiran ni kenapa? Haha.. Btw, hai semua.. Lupa pula nak ucap! Hehe.. Tak lama mana pun Ana meninggalkan blog kan? Tu pun, Ana ada curi-curi masa buka blog edit background ler.. Blogwalking 2,3 blog.. Takkan takde yang perasan kuttt.. Blog Ana dah tukar background dekat border. Cer ingat-ingat balik.. Haha.. Over seyhh.. Tulah.. Baru kejap tak buka blog dah sewel!
Haritu, Ana ada citer yang Ana tak ready dan takut nak bertudung labuh.. Yolah.. Bebudak SAAS manalah ramai yang bertudung labuh. Tapi, bila sampai time pendaftaran haritu! Fuhh.. Bekas dak-dak SKK pun ada yang bertudung labuh. Sorang dua jelah.. Budak sekolah lain pun ada. Tapi, time tu baru Ana perasan. Ana punya, macam tudung labuh dak-dak asrama. Dorang tudung labuh biasa-biasa je. Tapi kan... Haha.. Tabiat Ana yang paling Ana takleyh buang. Mesti Ana nak angkat tudung yang labuh tu atas bahu bagi kurang sikit labuh dia tu. Time Ana first-first sampai sekolah, tengok kelas then pergi jumpa kengkawan.. Salah sorang dari kawan Ana, Farisha cakap. "Aku dah agak dah.. Mesti kau angkat tudung camtu. Tu kan tabiat kau sejak sekolah rendah.." Wahaha.. Ana tersengih-sengih jelah time tu!
And Alhamdulillah,, masuk kelas 1 Amanah.. Kelas first tu antara 14 kelas.. Ceh! Poyo je.. Tapi, sedeyh juga sebab kengkawan sumer ramai yang duk kelas ke-5. Tak silap 1 Ehsan. Haishh.. Frust nih.. Adalah 2,3 kawan satu kelas ngan Ana. Cuma yang tak puas hati nih, sorang budak laki, kira cam adik kepada bekas kakak angkat Ana......kepada dia sekelas ngan Ana? Ni yang bengang nih.. Haishh.. Ntah kerenah apalah yang dia nak buat lagi agaknya. Ish ish ish.. Nasib baik kau adik best friend aku. Kalau tak, hurmmm.. Ntahlah! Haha.. Orite! Nampaknya, banyak pula berceloteh lepas sekejap tak buka blog. Kk.. Assalamualaikum

P/S : Doa-doalah yang terbaik untuk Ana ye! ^^

Entri Baru Sudah Mai.

Ana Myhusna | 18:45 | 5Comments |


Wuusshh.. Lamanya Ana tak buka blog. Tak update post. Kalau bukak pun, tak jenguk langsung blog. Jenguk dashboard je. Publish comment, update senarai peserta. Tu yang sampai berhabuk blog ni. Tengok tepi kat atas tu! Semut pun dah datang bertandang. Nasib baik comel.. Haha.. Okay..
Baru-baru ni Ana bercuti kat Melaka dengan nenek Ana. And family sekali lah.. Wajib tu dengan family. Time bercuti tu, Ana memang seronok gegila! Lagi-lagi bila nenek ada. Huahaha.. Tak habis-habis duk berkepit aje dengan nenek. Macam dah takde kerja lain. Tidur pun sebilik dengan nenek tau! Haha.. Time kat Melaka, Ana duk dekat Amari Villa. Time tu kitorang sebenarnya tujuan nak mandi kat waterpark kat situ. Then, sewa hotel sekali. 3 hari 2 malam kitorang kat situ. Yang bestnya, dapat jumpa Soo Wincci. Time tu, Ana ngan adik-adik tengah seronok mandi-manda tetibe je tengok ada artis datang. Sumer kumpul kat depan artis tu. Time tu artis Soo Wincci ni ada depan kolam yang cetek gile. Cetek paras kaki je.. Haha.. So, semua duk dalam kolam tu sambil tengok persembahan, pertandinganlah.. Ana pulak ternganga jeler. Tengok dari jauh. Kat situ ramai orang. Nape Ana ternganga? Lorhh.. Wa tak kenal sape tu? Haha.. Time tu, Ana duk sibuk tanya mama Ana ngan nenek Ana. So, time tu baru kenal. Masterchef rupanya.. Mama Ana siap bagi info lagi. Popular dimana. Artis dimana. Ana dengar jelerr.. Haha..
Then, tengah bercuti sibuk jugak fikir pasal sekolah menengah. Punyalah geram Ana. Ana sekolah biasa je.. Tapi, mama ngan abah Ana suh pakai tudung labuh kat sekolah SAAS tu nanti. Sabor jeler.. Bukanlah Ana tak suka sangat.. Just Ana belum biasakan diri lagi dengan tudung labuh.. Lagi-lagi, bebudak sekolah SAAS ni semua raget raget. Ingat boleh tahan ke? Haishh.. Dahlah bff Ana sekolah SAMTEN. Skang ni, Ana cuma berharap Ana still ada peluang MRSM. Huhh.. Tetibe je rasa nak masuk asrama. Sebelum ni, bukan main gedHik lagi. Taknak asramalah.. apalah.. Sekarang, baru nak menyesal. Korang doa-doalah ye untuk Ana.. Hehe..
.
.
.
.
.
Terhenti seketika update entry. Pi layan tetamu jap tadi. Pastu, duk upload lagu n gambar kat Ipod. Ceh! Sebenarnya, dah lupa nak cerita pasal apa. Alasan lah yang tadi tuh.. Haha.. Tapi, memang betul okay apa yang Ana cakap. Hurmmm.. So, nampak gayanya, tarikh akhir barulah ramai yang berebut nak join GA. Ish ish ish.. Takpe-ii.. Tapi, satu je Ana bengang ckit.. Sumer selalu aje tertinggal syarat yang tag 3 rakan blogger tuh.. Sabar aje.. Haha.. Sokay lah.. Ana baik.. Still boleh sabar.. Sudahlah tadi, tak dapat nak jamah pizza. Dah kena bantai dengan tetamu + adik yang bam bam sorang nih.. Haha.. Ni nak citer.. Budak ni dahlah gemuksss.. Tapi, still lagi mengaku kurus. Berat badan dia 38! Skang darjah 3. Ana cakaplah kat adik Ana nih.. "FYI, tu berat badan kakak masa darjah 5 okay!" Haha.. Cuma bila akhir tahun darjah 5 naik ckit.. Wahaha.. Kau kata adik kau gemukss.. Kau pun sama je... Haha.. Orite! Citer belit-belit. Kejap citer pasal tuh.. Kejap citer pasal nih.. Buat poning kpale aje.. Haha.. Okk.. Assalamualaikum

P/S : Siapa yang still nak join GA, boleh join disini. Sempat lagi sampai pukul 12:00 malam ini!

The Liebster Award

Ana Myhusna | 16:38 | 4Comments |


Hye guys... I have been nominated in The Liebster Awards by Afiqah.
Actually, Ana jinjja jinjja tak tau apa bendalah Libster Award ni. Tapi, bila Ana tengok rules dan cara permainan ini, nampak sama jelah kan macam soalan cepumas yang Ana pernah buat dulu tu. Just di kena follow orang yang kita tag, dan orang tu kena follow kita balik. Right? Itu yang Ana paham pun.. Hek!


Rules  :
  • For those who have less than 200 followers on bloglovin , this is a great opportunity for small and new blogs to find new readers and connect with everyone in the blogging community!
  • If I have nominate you , all you have to do receive the award is to follow me on Google Friend Connect ( GFC ) and then answer a few questions! Make sure that when you nominate people you're following them and send them a message letting them know you have done so ( suggest at most 11 nominations )

Nominees :

Answer For The Questions!
1 . When did you start blogging ?
Answers => I start blogging since March 2013
2 . How much hours that you spent on blogging everyday ?
Answers => Actually, a whole day I spent my time with blogging. Hoho.. No. Just, tak menentu. *Jangan ikut perangai ni!*
3 . Do you trust your bestfriend ?
Answers => Yes, I trust her much! If not, I won't let her be my bestfriend.
4 . Who are the people you spend the most time with ?
Answers => My friends. But, time holiday camni biasa spend dengan keluarga the most. ^^
5 . What language that you want to learn and why ?
Answers => Korean! Arabian! English! No, actually all language. If I can.. Cus, just for fun.. Hehe..
6 . What memories that have makes you feel very happy in your life?
Answers => Camping with my friends. Hang out with my school friends. And, I think the memories that makes me happy is always the memories with my friends!
7 . What's the best achievement that you've ever received in your life
Answers => UPSR'S 5A maybe? Or maybe be a school prefect since year 4?
8 . What image do you have as your desktop background and why do you set it for your desktop background ?
Just simple background. (Desktop Background) So, may I say 'no reason'. (Malas nak tukar background sebenarnya tuh..)
9 . What kind of blog do you like to read ?
Answers => Blogs with interesting stories. Or about themselves that's interesting. And, funny entries about them. ^^
10 . Who are the people that you really love ?
Answers => My parents, family. Friends!

Okay, done answering all the question. Now, it's my turn to give you 10 questions. ^^

1. Are you a directioner? Who are you most interested in?
2. What song could describes you? Or describes about your life?
3. You got a best friends? How many? If you can, list the names.
4. List 3 country that you always wants to visit.
5. Have you ever watch Korean Drama? What is your favorite Korean Drama?
6. What is your favorite song?
7. Do you likes to read novels? Which novels do you like the most?
8. Who are the most you want to see right now?
9. Do you like animals? What animals you like the most?
10. What is your favorite color?

Okay, done! Assalamualaikum.

KAMI

Ana Myhusna | 11:48 | 4Comments |

One way or another
Hai semua.. Hurmm.. Ikut tajuk yang kalini, still lagi ada kena mengena dengan kawan-kawan. Korang pun mesti dah bosan. Tak habis-habis update tentang cerita yang sama kan? Hihi.. Kalau rindu, inilah nampak gayanya caranya untuk menghilangkan rindu. Okay, Ana kan pernah cerita pasal kawan-kawan ni right? Ha! Belum baca? Nah baca kat sini, sini, sini, sini dan sini. Maybe banyak sangat entri nya. Tapi, kalau korang rasa korang nak tau tentang persahabatan KAMI. Bacalah link entri yang Ana bagi tu. Tu pun tak taulah ada lagi tak entri tentang kawan-kawan. Yang Ana bagi tu entri waktu habis sekolah ni. Kalau nak baca lagi kisah tentang kami memang belambak! Sebab Ana baik hati, Ana bagilah link entri. Jangan tak baca pula. Hoho.. Klik sini, sini, sini, sini dan sini. Okay, hope korang baca entri semasa masih lagi sekolah dengan entri masa dah habis sekolah. Maybe, korang boleh bezakan perasaan Ana. Hurmm.. Entri kalini, bukanlah nak bercerita tapi nak masukkan beberapa gambar tentang persahabatan kami. Bukan gambar kami. Tapi, buku yang menjadi bukti persahabatan kami. Ececehh.. Hehe.. Okay, tengok bawah.. Uuuttt..


Ini bukunya. Ekceli, ni hadiah hari jadi Ana dari sorang budak laki nih. Nama dia Amirul. Appriciate sikit hadiah nih. Pakai untuk tulis tentang Ana dan kawan-kawan. ^^


Nak buat bentuk love tak jadi lak. Look! Kami BFF. Kami juga Blinkers. (Peminat Novel Ain Maisarah)


It's full of colors right? ^^


She's a clean person. Orang terpijak kasut sikit melenting. Baju kotor sikit melenting. Baru mandi hujan kejap dah mandi lelama dalam bilik air. Haha.. That's why we think she's funny! Kyeopta! (Cute)


Bukan prefect je. Ketua pengawas hah.. Katanya, "Aku bersyukur dan sayang nak tinggalkan SKK. Sebab aku sekolah kat sini aku banyak kali naik pentas. Pergi pertandingan sana sini dan berjaya jadi ketua pengawas sekolah". Sambil menangis dia berkata. ;(


Si kecik ni memang baik. Tapi, sometimes lokek. Kedeng sangat. Haha.. Ni dah setiap malam sms Ana nih. Rindu konon.. Ececeh.. Taulah dapat phone BB baru kan.. Haha..


Yeah!! She's really our bodygurad. Walaupun selalu merajuk ngan kitorang. Kitorang dah rasa biasa je. Sebab apa? Dia merajuk 5 minit je.. Nanti, dia yang datang kat kitorang. Haha.. Janji takut-takut time merajuk. "Aku takkan tolong korang lagi!". Tapi, lepas 5 minit lain pula jadinya. Kyeopta! Haha..


Ana berharap kami takkan putus persahabatan.. ^^


Yes! We are always together 4 Eva! Amin..

Apapun, Ana still rindu dorang. Kalau dapat jumpa nih nak berkepit je! Taknak pisah. Sudahlah bff Ana dapat banyak tawaran asrama. SAMTEN lah.. Maahad lah.. Takyah susah-susah nak merayu-rayu. :(

What Ever It Is, I will always love them!
Assalamualaikum

I Miss Them..

Ana Myhusna | 09:02 | 3Comments |

Life Is Like A Camera Right?
Life is like a camera
Hello dan hye semua ! Baru-baru ni, Ana adalah join satu segmen. Okay, joinlah segmen nih! Korang boleh doodlekan gambar korang dengan kawan-kawan kalau korang menang! Mencari 3 orang pemenang. Ha.. Siapa yang taknak kalau gambar dia dengan kawan-kawan di doodlekan kan? An pun beriya nak. So, joinlah segmen ini! Mesti seronok punya woo.. Then, lepas Ana join segmen nih, kalau nak tahu Ana ceritakan pasal kengkawan Ana kat entri segmen tu sampai nak menangis tau! Tangan menggeletar je time menaip. Ya Allah.. Betapa rindunya aku dengan kawan-kawan aku..
Ana harap sangat-sangat, next year Ana boleh jumpa diorang. Dahlah bff Ana sendiri dapat masuk SAMTEN! Erghhh.. Kalau takdelah bff Ana, hidup ni rasa boring je.. Kalau kat sekolah, biasanya Ana rehat berdua je dengan BFF Ana. Kengkadang je, kawan rapat Ana yang lain lepak dengan Ana time rehat. BFF Ana tu nama dia FItri. Maybe, kalau korang baca entri segmen yang Ana punya tu, korang akan siapa kawan-kawan Ana. Selalunya, Ana dengan Fitri tak pernah langsung berpisah. Pergi mana-mana mesti sama-sama. And sometimes dak dak laki yang mengada nih cakap kitorang suka sejenis. Nak je tumbuk diorang tu. Tampar pun tak berani. Dah berangan nak tumbuk? Well, diorang saja je pun cakap camtu. Cus, Ana ni punnn.. Takyah taulah.. Cukup kawan-kawan je tau masalah Ana dengan semua budak lelaki nih..
Bila ingat pasal lelaki Ana mulalah ingat nasihat kawan Ana, Safii sebelum habis sekolah agama time hari terakhir tu. Hurmm.. Bukan Safii je semua nasihat Ana benda yang sama. "Jangan terlalu lembut hati dengan lelaki". Ringkasannya begitulah. Kalau nak ceritakan, nanti kata Ana bangga lak kan. Walaupun, Ana sebenarnya dah rimas hidup macam ni. Nasib baik ada kawan yang setia dengan Ana time sedih atau gembira.

Setiap malam, sebelum tidur mesti Ana ingat balik dan cerita dengan diri sndiri pasal kawan-kawan. Ana dah macam orang gila rindukan diorang. Ana takut tahun depan tak dapat jumpa. Safii tu pun entah-entah masuk sekolah convent kot kot.. Terpaksa ikut keputusan mak ayah.. Tapi, kalau dia masuk sekolah tu, agaknya boleh ubah tak sikit perangai. Wahaha.. Dia kan agak boyish sikit.. Tapi, hati still cam perempuan. Masih ada perasaan pada lelaki. Kuat merajuk. Well, kitorang pun kengkadang pening dengan perangai kuat merajuk nya tuh.. Hehe.. Apapun, dia still kawan yang baik. Ana harap sangat kitorang sumer still boleh meet each other macam biasa next year. Amin.. Bila sebut amin..... Haishh.. Kusut kepala bila fikir satu-satu. Ingat yang ni, teringat yang tu pulak. Sokay..
I miss my friends.. ;(

Okay, Assalamualaikum.

Doodle Me & My Buddies By Cik Nini

Ana Myhusna | 19:02 | 5Comments |
Segmen "Doodle Me & My Buddies By Cik Nini"
~Cik Nini & Buddies~ 

Cara nak menyertai segmen ini adalah :

1. Follow Blog Cik Nini.
2. Buat satu entry yang bertajuk,"Doodle Me & My Buddies By Cik Nini".
3. Sertakan bersama satu gambar korang dengan kawan-kawan korang (^-^)v.
4. Dibawahnya,ceritakan tentang persahabatan korang dengan cara yang paling kreatif yang korang boleh buat.

Segmen berlansung dari 16/12/2013 - 16/1/2014

Embedded image permalink
Us. You know what about us? We are best friends. And of course it should be forever. I love them. They are my everything. Kami kenal selama enam tahun. Dan salah seorang dalam gambar tu Ana kenal selama 8 tahun cus Ana duduk taska dulu. Tak sangka kami boleh membesar bersama. Kalau nak tahu, dulu kami taklah rapat seperti yang korang tengok dalam gambar dulu. Cer korang tengok yang tengah-tengah tu. Muka dia tertutup ckit. Nama dia Kamilia Hanim. I called her Hanim. She's my best friend since 5 years old. Kami membesar bersama di taska. Bila waktu cuti sekolah, Ana dengan dia n kawan-kawan yang lain always main sama-sama. Main mak-maklah.. Doktor-doktorlah.. And macam2 lagi.. And, biasanya kitorang main dengan kakak angkat kitorang, Eryfa. Okay, yang hujung sekali. Her name is Fitri. Nurul Fitri. Well, muka dia cam Indon kan? Ye, dia keturunan Indon. Dialah bff Ana since darjah 3. Maybe, darjah 2 pun kitorang rapat. Kalau dulu, dialah segala-galanya. Ana tak ada kawan yang lebih rapat selain dia dan Hanim. Bila Ana sedih, dia ada. Bila Ana gembira pun dia ada. Ana tak pernah lupa perangai Ana yang kuat merajuk time darjah 1. Fitri lah tukang pujuknya.. Hehe.. Ana tak ramai kawan yang rapat dan boleh dipercayai macam Fitri dan Hanim sampailah Ana naik darjah 5. Okay, yang beg biru, purple dan kuning (Safii, Farisha, dan Aqilah). Kalau nak tahu, Ana dah kenal diorang dari darjah 1 lagi. Cuma Ana tak rapat sangat. Kurang. Aqilah tuu pulak Ana tak pernah tegur sapa pun. Bila naik darjah 5, Ana tak tau camne Ana boleh rapat dengan Safii dan Farisha dan dalam masa yang sama Ana rapat dengan Aqilah cus kitorang ditakdirkan satu kelas kat sekolah agama. Dan Ana yakin inilah dia takdir Allah S.W.T. So, kitorang always together and selalu ingat-mengingati. Nasihat each other. Kena marah ngan cikgu pun kengkadang sama-sama. And then, Ana naik darjah 6 dan kitorang terseperate sampai 3 kelas dekat sekolah agama. Fitri dan Safii, kelas first. Ana dan Hanim, kelas second. Farisha dan Aqilah, kelas third. Kitorang sebenarnya tak suka juga bila diseperate kelas. Tapi, akhirnya kitorang makin okay dan kitorangg still boleh rapat-rapat selalu. Bila hari last sekolah, kitorang nasihat each other, luahkan perasaan dan tangkap gambar. Tulah gambar pada hari terakhir persekolahan. That's all!

P/S : Maaf, kalau story Ana panjang sangat. Ana tak boleh bila sentuh pasal kawan. Nanti ter-over! :D 

That's The Situation

Ana Myhusna | 07:30 | 3Comments |

Cars on the freeway
Hello there.. Okay, situasi ni maybe korang nak tau. Dan kalau korang taknak tau pun, baca dan bandingkan dengan situasi korang. Hehe.. Wow! Situasi ni, situasi dalam kereta. Baca di bawah.
  • Dua orang adik perempuan Ana, Huda dan Yasmin. Bila dalam kereta, diorang selalu bergurau-senda, bernyanyi tak ingat dunia si Huda tu pun suka sangat nyanyi lagu Rindukanlah by Encik Mimpi. Suara pelat lak tuh. Dan kadang-kadang, diorang duk berzikir kuat-kuat dalam kereta.
  • Adik lelaki Ana, Hilmi. Main sorang-sorang. Berangan sorang-sorang. Bernyanyi tak ingat dunia dengan suara 'sedap' dia tuh. Dan kadang-kadang dia main dengan Yasmin dan Huda dan semestinya akan berakhir dengan pergaduhan atau pertengkaran.
  • Mama dengan abah Ana, sibuk berbual pasal kerja, asrama Ana, dan macam-macam lagi. 
  • Ana? Menikmati suasana yang hingar bingar sambil main game Candy Crush. Kalau dah tak tahan, pasang ear phone kat telingi reda sikit suasana.
So, kalau korang jadi Ana apa yang korang rasa. Cuba bandingkan dengan situasi korang. Teruk korang lagi atau Ana. Hehe.. Okay, Assalamualaikum.



Aku Memang Begini..

Ana Myhusna | 22:36 | 0Comments |

Hai, apa khabar? Nak kenal boleh? Nama Ana, Ana. Wuii.. Salah tu.. Nama saya, Ana. Ha! Baru betull.. Hehe. Ok.
Ha! Ok ok.. Mesti tak faham kan dengan quote nih. Ana baru je buat tadi.. Sebab tu gambar quote ni nampak buruk dan bowink.. Hek! Sebenarnya, Ana sendiri tak boleh nak cakap apa yang Ana rasa. Dunia chatting di alam maya dan chatting face to face sangat sangatlah berbeza. Kadang-kadang, bila kita chatting kat alam maya sometimes kita tak rasa malu untuk sebut satu perkataan tu and sometimes kita takut nak sebut atau tak tau nak cakap macam mana. Alaahh.. Mesti tak faham kan? Oklah.. Kalau Ana, bila chat kat fb or wechat or whatsapp atau lain-lain, Ana akan jadi speechless. Tak tau nak cakap apa. Sampai bila orang tanya atau tegur, Ana jadi takut. Nak compose ayat tu punyalah gelabah. Tak tahu nak cakap macam mana. Kalau chat ngan kawan rapat, maybe okay sikit. Kalau chat dengan orang lain atau someone special? Mesti speechless ckit. Ramai jugaklah orang cakap Ana sombong. Tak tegur dorang kat fb, wechat atau sms dorang. Ana pernah banyak kali try nak chatting ngan orang. Tapi, time compose ayat tulis 'Assalamualaikum'. Bila nak send tu, tak jadi. Mesti Ana padam ayat tu dan tutup phone. Ana still tak boleh buat semua tu. So, bila Ana boring dan teringin nak chatting, Ana tunggu orang yang tegur Ana. Haishh.. Ntah kenapa Ana fobia sangat tegur orang. Kalau kawan tu maybe okay ckit. Ataupun, Ana tegur ada sebab. Nak borak pasal tu ke ni ke. Okay, maybe time tu Ana confident. Tapi, bila setakat nak bual kosong, Ana memang fail lah! Susah.. Sampai bila Ana rindu kat someone tuh, Ana tunggu je sampai dia tegur sambil Ana cari sebab untuk tegur dia. Cus, kalau Ana tegur tanpa sebab atau setakat nak bual kosong dan melepaskan rindu, Ana memang fail.
Lain pula bila chatting face to face. Memang mudah sangatlah kan. Jumpa je borak. Jumpa je borak. Kalau chatting face to face Ana lah rajanya. Haha.. Boleh cakap mulut Ana ni banyak cakapnya lah.. And, maybe sebab tu Ana buat blog. Sekurang-kurangnya, ada peneman untuk bercerita. Bila chatting kat dunia maya nih, Ana jadi lain. Tak taulah kenapa. Tapi, bila cakap sorang-sorang, maksud Ana macam yang Ana buat sekarang nilah kan. Buat entri takde orang kacau, so time tu Ana jadi banyak nak cerita. Ada tak antara korang sama cam Ana? Bila cakap face to face, banyak mulut. Bila bual kat wechat, sms, fb dan lain-lain korang jadi speechless. Tak tau camne nak cakap. Pernah tak? Kalau pernah, that's mean Ana ada geng yang sama peliknya macam Ana. Hehe.. Orite! Assalamualaikum.

P/S : Jom join Simple GA ini! Simple Giveaway. <<< Klik situ

Tukar Home/Older/Newer kepada Icon (Blogskins)

Ana Myhusna | 23:46 | 3Comments |

Hai semua! Okay, tadi Ana dapat request untuk tutorial. Katanya, macam mana nak tukar home, older dan newer post dekat BLOGSKIN

It's like this
So, Ana penat jugaklah nak cari tahu. Ana buka blog Ana yang lain. Sebab blog Ana yang lain pakai blogskin. Habis Ana geledah. Dan Ana rasa cara dia sama je macam Ana pernah buat sebelum ni. So, let's start it!

1. Dashboard - Template
2. Cari code dibawah. Tekan CTRL+F untuk cari.
</blogger>
3. Okay, cer tengok bawah code yang korang cari tadi. Ada tak kod ala-ala code dibawah.
<div style="float:right"><a class="button" href=<$OlderPosts$>>Older Post</a> </div>>div style="float:left"><a class="button" href=<$NewerPosts$>>Newer Post</a></NewerPosts></center></div>
4. Kalau ada, delete code tu dan pastekan dengan code dibawah.
<div style="float: left;"><a class="leposts" href=<$OlderPosts$>>
<img src="older post image" border="0" /></a></div>
<center><a href="URL Blog"><img src="home image" border="0" />
<div style="float: right;"><a class="leposts" href=<$NewerPosts$>>
<img src="newer post image" border="0" /></a></div>
Tukarkan perkataan yang Ana boldkan dengan URL Link yang sepatutnya.

5. Preview dan save!

Contest Blog TERcute by Sharina

Ana Myhusna | 19:21 | 0Comments |

Assalamualaikum
Psttt~ Blog Opzzpinky mengajak anda untuk join CONTEST BLOG TERCUTE dengan syarat mudah (Like Fan Page Sponsor SAHAJA), pelbagai hadiah seperti Topup, Duit Cash, Shawl, Keychain, Vcoa, CD, Bookmark, Baju, Mask, Dompet, Inner Bawal, Brooch menanti anda..wahhh !!
6 Dis - 27 Dis 2013

Sebanyak 40++ hadiah untuk dimenangi..mari cuba nasib :)
<klik>
Pemilihan Pemenang berdasarkan Blog Tercute dari like terbanyak di fan page Blog Opzzpinky dan dari sha, Random dan top referrel..
Contest ini dianjurkan oleh Blog Opzzpinky dan disponsor oleh EymasuArol Mubin, Sweetie Cool, Siti AfipahAswa LeylaMira AmirahIma SalsuzaimaAqilah Azmy, Fatin DianaSuzlin Azreena, Rubiey Scarf, Adda Sa'ada, Eca Dwinky, Girang Batisah, Nabila Medan, Alina AyuDiyana Boutique  dan Jual Beli Crocheted
Printscreen Header, Body dan Sidebar Blog AnaMyhusna

All Capture!
Embedded image permalink
Sesaja letak.. Hehe.. Abaikan je.. ^_^

Ok thanks. Assalamualaikum.


Hadapi Dugaan Kena Sabar..

Ana Myhusna | 21:37 | 4Comments |

Hai semua! Huahhh... Ngantuk gile nih! Apa pasai hang ngantuk?? Dah malam lah derr.. Okok.. Hehe.. Sorilah.. Tak betul ckit lepas balik dari MRSM Gemencheh ni. Hokeng.. Korang korang.. Ada tak yang pergi interview MRSM bebaru nih? Ha! Cuak kan? Tak cuak takpe.. Ana kesah apa.. Hehe.. Nak pergi interview tu rasa macam Tuhan nak uji Ana supaya bersabar. Sebab apa? Sebelum hari interview. Malam tu, Ana dah ready nak tidur dalam pukul 10:30 macam tu. Tapi, takleyh tido langsung! Duk baring je atas katil. Dah buat macam-macam supaya dapat tidur. Nak tau apa Ana buat?
First, mata Ana ikut pergerakan kipas yang agak laju tuh.. Ikut je sampai juling mata nih! Merah, berair. Dah menguap-nguap dah waktu tuh. Tapi, still tak tido lagi. Then, dah giveup buat benda tuh, Ana kira satu-satu jari Ana sampai seratus. Penat. Menguap balik. Tapi, tak tidur lagi! Lepastu, Ana duk main-main kaki Ana. Hurmm.. tengok tak cerita korea nih? Full House Take 2. Ha! Ana main-main kaki Ana ikut yang dalam citer tulah. Katanya, boleh buat ngantuk. Yes! Memang Ana ngantuk. Dah menguap-nguap dah. Mata dah berair dah. Tapi, kepala hotak ni tak habis-habis pusing-pusing. Ingat pasal kawanlah.. Interview besoklah.. Buat Ana rasa still takleyh tido. Nak je try kira kambing. Nak cari mana kambing? Haha.. And then, dah lama Ana try buat macam-macam, dah lelap mata baca surah 3Qul, ayat Qursy, Al-Fatihah, baca doa tidur dah.
Then, disebabkan tak boleh tido..Ana main bayang-bayang. Aircond terbuka. Ana pakai selimut. Lepastu, selimut tu agak jarang ckit. Ana pun main bayang-bayang. Letak tangan dekat belakang selimutlah apalah. Adik Ana dah nak tertidur. Dia baring kat katil, dari jauh dia pandang Ana. "Dah tak betul ke kakak aq nih?" Ana bukaklah selimut. Tengok adik Ana jap. Fuhh.. Malu gileee.. Dah buang tebiat dah Ana nih.. Lepastu, dah lama-lama Ana main sorang-sorang.. Ana bukak selimut yang berselubung satu badan macam mayat nih tengok jam sebelah katil adik Ana. Astaghfirullah! Dah pukul 1:20! Ha! Amik kau.. Aq nak bangun camne besok pagi??? Last-last, tup tup tertido! Wahkahkah.. Boleh lak kan?
Besok paginya, pukul 5 pagi Abah Ana dah kejut. Ana bangun, tengok jam. Dalam hati cakap, Rasanya, tadi terdengar abah membebel. Apa ek dia cakap? Baru pukul 5 nih.. Lek luhhh.. Bush! Tidur balik. Pukul 5 suku. Mama Ana pula kejut. Husna.. Bangun mandi.. Ana bangun. Tengok mama Ana takde dalam bilik. Dahh keluar kot.. Tengok jam. Baru pukul 5 suku.. Chillax derr.. Tidur sambil berfikir. Apsal aq cam dengar mama ngan abah kejut mandi ek? Fikir dan fikir dan fikir.
Astaghfirullah!! Bangun terus segar mata. Pukul 6 nak bertolah lah!! Ana cepat-cepat lompat katil turun. Pergi kat almari cermin jap. Allah.. Mata aq.. Macam hantu panda. Takpe takpe.. Gi mandi. Then, dah siap apa semua. Dah azan, solat subuh, betulkan tudung depann cermin. Hampir setengah jam kau! Abah Ana pun, Husna...cepat ckit.. Lari pergi kat meja adik. Tengok jam kat dinding. Lorhhh.. Dah pukul 6:30?? Cekup beg, lari turun tangga. Huahaha.. Dugaan.. dugaan.. Masuk kereta, tidur! Time nak dekat tuh, pergi sarapan KFC. Lepastu, sambung perjalanan sampai MRSM Gemencheh. Dah habis interview, balik tidur dalam kereta. Sampai rumah, dah hujan. Tengok cermin sebelum keluar kereta. Ya Allah! Zombi mana nih?? Ana lah tuh. Haha.. Tidur tak ingat dunia. Ngantuk tau?! Haha..
Itulah dia dugaan sepanjang hari. Panjang kan citer? Komen-komenlah ye.. ^_^
Assalamualaikum.

P/S : Jom join Simple GA Ana! Klik sini.

Jom Shopping, Jom!

Ana Myhusna | 16:26 | 0Comments |

Hai semua! Okayy.. Siapa yang pernah membeli-belah di Online Shop Hudanur.com? Ha! Kalau pernah, korang pernah beli apa kat situ? Hehe.. Tak pernah pun takpe.. Kalau korang tengok, dekat sidebar Ana tu ada link Online Shop right? Actually, tu bukan Ana punya online shop. Tapi, Ana kenal dengan owner online shop ni. Hehe.. Ok ok.. Skang ni, bukan nak citer pasal siapa ownernya. Ana nak citer ckit, siapa yang tinggal dekat area Bangi or dekat-dekat dengan Bangi? Kajang ke.. KL ke... Kalau rajin, atau berminat.. Ha! Jomlah kita beramai-ramai ke BIMP Carnival dekat Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (Aras 5). Macam-macam gerai jualan ada kat situ. Mana tahu ada yang berminat ke. Online Shop Hudanur.com pun menjual juga disitu. So, kalau korang rasa susah sangat beli online nih,, bolehlah datang ke BIMP Carnival ni ye. Mesti best! Ana sendiri tak tau dapat ikut gi sana ke tak. Kalau dapat, boleh beli apa-apa kat situ kalau ada yang sesuai untuk dibeli.. Hoho.. Dah mengada dah ni.


Assalamualaikum wbt.
Kami menjemput anda untuk ke booth kami di pusanika UKM, Bangi (aras 5) dari 16 hingga 20 Disember 2013 sempena Karnival BIMP (Business is My Passion). Harga menarik ditawarkan untuk semua pengunjung.
Ok, selesai mempromote..siap jugak kerja Ana. Huhu..
Assalamualaikum.

P/S : Jom join! Klik sini. 

Tonton Wayang Di AEON!

Ana Myhusna | 20:56 | 0Comments |

Hai semua.. Wahh.. Lama jugak ye agaknya Ana tak update entri tentang diri Ana. Fuh fuhh... Hehe.. Sebelum Ana cerita, Ana nak ajak korang join GA Ana ni! Alaa.. Scroll atas mesti ada GA kan? Hehe.. Joinlah ye! Ana ada juga tengok Cbox kat blog orang ada yang mempromote, maybe salah satu dari sponsor kott.. Okay-ii takpe..
Berbalik pada tajuk, ha! Nak tau? Malam semalam.. Ya Allah.. Mengantuk habis time balik. Tapi, bila sampai rumah tak jadi tidur. Pukul 5 pagi baru nak tidur. Haha.. Bila bangun solat subuh, mata merah habis! Sebelum ni, Ana dengan family dah banyak kali bercadang nak tengok wayang. Pada awalnya, kitorang bercadang nak tengok cerita 'Ustaz, mu tunggu aku datang'. Tapi, akhirnya kitorang tengok dua cerita sekali gus. Sampai pukul 2 pagi. Mana tak ngantuknya.. Memula, pukul 9 malam. Ana dengan family Ana tengoklah cerita 'Ustaz, mu tunggu aku datang.'
First of all, citer ni memang lawak. Kalau nak kata dalam wayang tu, (apa nak panggil tempat tu ek?) tak macam dalam wayang. Wayang kan biasanya senyap je. Ini bising. Asyik duk gelak tak habis-habis. Ana nak gelak jugak tau tapi takut. Nak gelak je kena ganggu dengan orang belakang. Haisehmannn.. Teruk bebenor gelaknya tuh. Nasibb kau laki. Haha.. Cerita ni mengisahkan dua orang lelaki yang tak pernah solat or dalam citer tu panggil hidup dalam keadaan jahiliah. Memula, sorang kawan dia ni pergilah berhenti kat masjid sebab tak tahan nak gi tandas. Lepastu, jumpa pula dengan sorang laki nih. Pakai jubah semua kan.. Tak silaplah.. Lepastu, dia pun tanya soalan. Ha.. Kalau nak tau tengok sendiri. Kalau dh tengok,, bestkan? Kira cam Allah nak bagi hidayah kat diorang lah.. Walau asyik masuk penjara sebab jadi mangsa keadaan, diorang tetap nak pergi tengok ceramah UAI. Haha.. Ustaz..Azhar Idrus.. Hehe..
Okk.. Lepastu, dalam pukul 12 dah habis citer tu. Pukul 12 setengah, sambung lagi tengok citer Frozen! Memang frozen habislah! Duduk dalam tu, Ya Allah.. sejuk gila! Air botol yang kitorang beli pun dah macam baru keluar peti ais time keluar dari wayang tuh. Citer ni mengisahkan adik beradik. Kakak dia ada kuasa yang agak luar biasa. Kakak dia boleh buat salji and macam-macam lagi yang melibatkan sejuk atau freeze (beku). So, kakak dia ni tak boleh nak kawal kuasa. Last-last, tengoklah sendiri ya.. Apapun, memang best gile cerita dia. Macam mana lah orang putih ni pandai imagine citer pelik-pelik ni kan? Hoho.. Oklah, Assalamualaikum

P/S : Jangan lupa join GA Ana ye. Berlangsung dua minggu tuh. Hehe..