Jelajah Topeng

Ana Myhusna | 20:32 | 0Comments |
Assalamualaikum semua! Sekarang  tepat pukul 5:32 pagi. Korang dh sahur dah? Hihi.. Hari ni, Ana ada Trial Exam.. So, doakan kejayaan Ana! Ana dah baca buku and study habis-habisan dah semalam! Tinggal nak berjuang jea! Huhuhu.. Ok. Sape yang minat pendidikan seni? Raise your hands up!  Ok ok.. Kalau minat bukak buku dan salin! :face15: Taknak pun takpe.. Just baca dan fahami! Okay.. Sementara belum pergi sekolah lagi ni, Ana start dululah yea.. 

JELAJAH TOPENG BERMULA
Seni topeng telah lama wujud dalam tamadun manusia, tidak kira dalam masyarakat Timur, Barat, kaum primitif ataupun masyarakat moden kini. (tak tau kaum primitif tu ape? :face14: boleh tanya dengan Pak Cik Google!) Artifak ini wujud sejak beribu tahun dahulu dan masih wujud sehingga kini. Kewujudannya pada zaman dahulu dibuktikan menerusi penemuan lukisan dinding gua batu. Topeng merupakan artifak yang dipakai di muka untuk persembahan, perlindungan, hiburan mahupun sebagai peralatan semasa upacara keagamaan dan perubatan tradisional. Ha! Korang nak tau? Topeng tertua di dunia ini masih selamat hingga ke hari ini! Topeng Sumeria Warka dipercayai topeng tertua di dunia dan berusia 5000 tahun! Bukan 500 dan buka 50 tahun. Tapi 5000! Korang bayangkanlah.. Macam mana diorang jaga.. Huhuhu.. Topeng ini dirampas dari Muzium Nasional Iraq di Baghdad:face30: (Kalau nak tau lebih lanjut tanyalah Pak Cik Google yea..)

Bagaimanakah topeng dibentuk?
 Reka bentuk sesebuah topeng dibahagikan kepada beberapa kategori, seperti bentuk seluruh muka dan kepala ataupun separuh muka atau mata. Topeng direka menggunakan kayu atau kertas surat khabar. Topeng yang direka untuk menjadi bentuk seluruh muka dan kepala akan menggunakan bahan seperti kayu, kulit kayu, emas, kertas, tanah liat, dan tembikar. Reka bentuknya yang menutupi bahagian  tengkuk dan bahu, menjadikan watak yang dimainkan oleh si pemakai lebih realistik dan memberikan kesan yang mendalam kepada penonton.
 Topeng separuh muka atau mata pula merupakan sejenis topeng yang mudah direka. Topeng ini hanya menutupi bahagian muka atau separuh muka. Kertas, kad manila, kertas keras berwarna-warni atau apa-apa sahaja bahan terbuang boleh digunakan untuk membuat dan mereka bentuk topek separuh muka atau topeng mata.

ASAL USUL TOPENG SEDUNIA
Topeng direka dan dibentuk mengikut adat dan kepercayaan sesuatu kaum di seluruh dunia. Suatu topeng akan melahirkan identitinya yang tersendiri. Ketelitian dalam penghasilan reka bentuk topeng dapat dilihat secara jelas dengan adanya perincian yang berbeza-beza mengikut budaya dan kepercayaan sesebuah masyarakat.

Kegunaan Topeng Mengikut Kepercayaan
 Topeng mempunyai fungsinya yang tersendiri. Topeng dilihat menjadi peralatan wajib semasa berlakunya upacara ritual sebuah komuniti. Sebagai contoh, topeng buaya merupakan gabungan antara manusia dengan haiwan yang membentuk roh "syurga" dengan "duniawi" (Dewa Langit dan Dewa Bumi). Di Kalimantan Timur, topeng dianggap sebagai salah satu topeng yang mulia. Topeng ini menjadi sebahagiandaripada pakaian kaum lelaki semasa upacara ritual yang tertentu.

 Selain itu, topeng monyet pula mengguanakan wajah monyet untuk mewakili gabungan muka manusia dengan haiwan. Topeng ini digunakan oleh golongan dewasa dan tua sebagai bahan jenaka kepada kanak-kanak. Tambahan lagi, topeng ini digambarkan sebagai ajaran tertentu untuk golongan masa hadapan.

 Topeng hantu yang dijumpai di Kalimantan Timur pula dianggap mulia dan tulen. Topeng ini berfungsi sebagai kuasa semangat yang hebat demi memastikan semangat padi dapat dijaga dengan baik semasa pesta tanaman.

Ok.. Sekian.. Hehe.. Assalamualaikum semua!!

Sumber-Dewan Pelajar



No comments: