Pendidikan Percuma Di Perancis!!

Ana Myhusna | 16:20 | 0Comments |

Assalamualaikum semua!  Eh, korang tau tak pasal Pendidikan Percuma Di Perancis? Ha! Kalau belum tahu, meh Ana bagitau.. Just nak bagi information.. Hehehe.. 

Okay2.. Perancis dikelilingi oleh beberapa buah negara termasuklah Belgium, Sepanyol, United Kingdom, Itali, Jerman, Luxembourg dan Brazil. Negara ketiga terbesar di Eropah ini dianggarkan mempunya populasi penduduk berjumlah 65 951 611 orang menjadikan negara itu tempat ke-21 teramai penduduknya di dunia. Woah!!   Daripada jumlah tersebut, kira-kira 18.7 peratus atau 12 344 037 orang ialah kanak-kanak berumur di bawah 14 tahun.  Jika dipecahkan mengikut jantina, sejumlah 6 314 779 orang terdiri daripada lelaki dan 6 029 258 orang lagi ialah perempuan. Negara Perancis mencapai taraf negara pembangunan telah diiktiraf sebagai antara negara yang mempunya jumlah cerdik pandai teramai di dunia, iaitu 27 wilayah utama.

Fakta Ringkas Tentang Perancis
  • Pendidikan di Perancis percuma dan diurus tadbir oleh Kementerian Pendidikan Nasional.
  • Perancis antara negara yang memperuntukkan dana tertinggi dalam bidang pendidikan di dunia.
  • Ketika ini, Perancis tersenarai sebagai negara ke-25 terbaik dalam aspek pendidikan di dunia.
  • Sesi persekolahan kanak-kanak di Perancis bermula pada umur enam tahun di sekolah tadika (ecole matternlle).
  • Yang menarinya, kanak-kanak di Perancis sudah mula mengenali alam persekolahan sejak usia dua tahun, namun pada usia mereka hanya didedahkan dengan keseronokkan bersama-sama rakan sebaya.
  • Sesi pembelajaran secara formal bermula pada umur enam tahun. Pada usia ini mereka ditempatkan di sekolah rendah sehingga usia mereka mencecah 10 tahun.
  • Apabila menceceah usia 11 tahu, kanak-kanak ini sudah mula belajar pada peringkat 2 eme degree iaitu tahap dua dalam sistem pendidikan di Perancis sebelum melanjutkan pelajaran di kolej.
  • Masakan Perancis mendapat penghargaan dan pengiktirafan daripada Warisan Budaya Dunia (UNESCO) kerana keunikan masaknnya.
  • Kepelbagaian makanan utama negara ini mengikut tempat tinggal rakyat sama ada di pedalaman, tepi pantai mahupun di bandar.
  • Ketaasuban mencintai negara menyebabkan rakyatnya lebih megutamakan produk tempatan termasuklah makanan. Contohnya epal segar, buah beri, bawang, labu dan sayuran lain.
  • Yang menariknya, Perancis turut terkenal sebagai negara yang menghasilkan keju dan anggur utama di dunia. Setiap daerah akan menghasilkan keju dan anggur pelbagai rasa.
  • Perancis juga terkenal sebagaii negara pengeluar minyak wangi yang terbaik di dunia. 
  •  Les Blues merupakan julukan bagi pasukan bola sepak negara ini. Antara pemain terkenal yang menaikkan nama Perancis pada peringkat dunia termasuklah Zinedine Zidane, Karem Benzema, Michel Platini,Thery Henry dan Eric Cantona.
  • Pada tahun 2000, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengiktiraf Perancis sebagai negara peringkat pertama yang memberikan rawatan kesihatan terbaik secara keseluruhan kepada warganegaranya.
  • Warganegara Perancis dapat menikmati rawatan kesihatan menyeluruh yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak 75 peratus.
Ngantuk dah ke baca?  Jangan ngantuk-ngantuk.. Pergi basuh muka.. Ini info menarik tau! Ha.. Ada sikit lagi Ana nak bagi.. Fakta yang menarik! Jom! Jom! Ready? Set! Go! 

 Bandar Utama : Perancis
 Bahasa Rasmi : Perancis
 Presiden : Francois Hollande
 Perdana Menteri : Jean-Marc Ayroult
 Etnik : Celtic dan lantin, Slavic, Selatan Afrika, dan Indon-cina
 Agama : Roman Katolik (80-88 peratus), Prostan (dua peratus), Yahudi (satu peratus) Muslim (lima hingga 10 peratus) dan lain-lain (empat peratus)
 Mata wang : Euro dan CFP Franc
 Sumber Ekonomi : Pelancongan, Elektrik dan Elektronik, Pertanian, Perindustrian, Telekomunikasi dan Aeroangkasa.

Ok sudah habis.. Dah faham? Pening ke baca? :131: Haha.. Kenalah faham ok.. Sekarang baru boleh tidur..  Huhu.. Ok.. Assalamualaikum! 



No comments: