UPSR Habis!

Ana Myhusna | 12:58 | 0Comments |

Hai semua! Lama jugak yea Ana tak edit blog. Ana fokus kat UPSR dulu. So, kalini UPSR dah habis! Semua nak MERDEKA! Tapi, Ana rasa belum tiba masanya. Sebab sekolah agama ada PSRA pulak.. Aduyai.. Pelbagai betul peperiksaan penting nih. Ana nak minta maaf juga sebab GA Ana yang sepatutnmya dah habis lama dah tue. Ana terpaksa lanjutkan tarikh atas sebab-sebab tertentu. Mula mula, Ana nie UPSR Candidates. Kali ni, Ana PSRA Candidates. So, Ana tak banyak masa nak berblog dan layan GA. Ana minta maaf sangat sangat.. Memula, Ana buat sebab Ana bosan. Saja saja nak buat.. Lepastu, Ana boleh pulak lupa yang Ana ni nak hadapi UPSR dan PSRA! Nak cancel GA dah tak boleh.. Sebab dah ada yang join. So, Ana lanjutkanlah tarikhnya.. Dan Ana harap, bila Ana dah lanjutkan tarikh nie ramailah yang join! Tapi, rasanya takde orang yang nak join.. Huhu.. Ok ok.. Apapun yang terjadi, Ana kena teruskan jugak.. Ana tahu hadiah dia tak seberapa kan? It's okaylah..

Btw, jangan lupa doakan Ana dapat 5A in UPSR okay? Ana tak taulah boleh dapat ke tak.. Sebab Ana tak pernah dapat 5A. Betul.. Paling tinggi pun, 4A 1B. Ana lemah dalam matapelajaran sains. Dah ulangkaji banyak kali.. Sains lah pelajaran yang Ana selalu tumpukan. Harap2 Ana bolehlah dapat A untuk UPSR nanti. English pulak, Ana bukan takleyh buat.. Ana boleh, tapi selalu cuai! Soalan senang pulak tuh.. Tapi, karangan die pulak Ana selalu dapat markah tinggi! Geramnya..... Harap-harap, kali nie dapatlah 5A! English paper 2 tue, soalan dier macam hampir sama dengan latihan yang pernah Ana buat. Takdelah sama gile.. Cuma, boleh tahanlah. Bina ayat die, tak banyak kata kerja! Geram pulak time buat tuh.. Kk.. Taknak citer lebih2 lah.. Dah lewat nih.. Lambat pulak nanti nak siap pergi sekolah agama. Assalamualaikum.. 

No comments:

Post a Comment

Love you!