Joining Seonmul

Ana Myhusna | 16:56 | 11Comments |


Suka tengok gambar Luhan gerak-ii camni.. Ohoho.. Gwiyeobgo! (Eh, betul ke? Tengok citer korea ini yang disebut.. Ohoho..)
Hello and hai semua! Baru-baru ni, Ana selalu blogwalking blog orang and bila Ana blogwalking tu ada sesetengah blog dekat sidebarnya ada satu button badge. Then, Ana macam tertarik dengan button badge tu. So, Ana klik. Dah banyak kali Ana bukak website tuh. Tapi, Ana ni tak alert lah! Ana teringin nak join. Tapi, duk cakap kat Cbox tu pula. Memang tak dilayanlah jawabnya. Then, Ana pun baru perasan. Kena isi form dulu rupanya. Then, sekali lagi perangai blur tu keluar. Lepas dua hari Ana joined tu nama Ana not listed yet! Geramnya.. And then, Ana cakap kat Cbox nama belum listed. Pastu, bila Ana duk baca-baca blog tu, rupanya Ana tak perasan ada peraturan perlu diikut. (Memang blur lah kau nih) :blur:
Malu gila tuh bila dah ngadu kat Cbox. Apa patut buat? Sonyap jeler.. Then, Ana pun ikutlah peraturannya. Letak banner apa semua. Lepastu, it says kalau nak promote pun boleh. Then, Ana nak promote lah ni.. Hehe.. Lepastu, Ana kena always cek email bila Ana dah confim joined. Lorhh.. Lagilah malu ngadu kat Cbox tuh. Malunya!! Okay-ii takpelah.. Nak wat camne kan? Benda dah jadi. Salah sendiri. Lenkali alert. Jangan bawak perangai blur tu sampai sekarang. Buang perangai tuh! Oh pleaselah.. Perangai tu permenant. Tak boleh buang! :eyesclose:
Okay! Apapun, kalau korang rasa berminat nak join, joinlah! Tapi, kena ingat! Jangan jadi macam Ana. Blur tahap ghaban. Aduhh.. Malu siakk! Kan! Perangai lama Ana bawak. (Janganlah kurang ajar sangat..) Apapun, kalau nak join boleh klik banner yang ada kat sidebar Ana tu ye.. Okay! Assalamualaikum..

Tukar Bateri Phone

Ana Myhusna | 14:25 | 8Comments |


Hai semua! Lama Ana tak post gambar kawaii macam ni dalam entri kan? Kalau dulu, setiap entri ada gambar kawaii. Sekarang dah takde.. Dah tak berapa minat sangat dah kawaii nih.. Hehe.. Kalau dulu, minat gila gambar kawaii macam nih. Okk..
Korang, korang.. Pernah tak tukar bateri phone? Pernah tak bateri phone tetiba tak muat nak masuk kat dalam phone. Perut bateri tu macam dah gemukss pulak! Pernah tak? Okk.. Jawab dalam hati je. Hehe.. Time Ana punya bateri jadi camtu kan.. Ana bengang gila. Sabar je dngan bateri tu. Ana ingat bateri tu yang tak betul. Ntah ntah boleh baik balik ke apa. Tapi, makin teruk pula jadinya. Bila nak pakai phone je boleh pakai 2 atau 3 minit je.. Last-ii, ter off pulak. Bila on balik bateri dari full jadi low. Kengkadang, baru je on ter off balik. (Dah nyanyok apa phone aq nih?) Ana bengang sangat time tuh. Pasanglah charger balik. Lepastu, mainlah phone tuh. Bila pasang charger baru boleh pakai lama sikit. So, Ana terus jelah pakai. Nak bagitahu abah Ana takutlah pula. Sebab apa? Sebab ni kali ke berapa ratus ntahlah Ana rosakkan barang-barang mahal macam handphone, laptop & lain-ii tuh. (Dasar tak reti jaga barang!) Hohoho...
Lepastu, makin lama makin buat hal phone Ana tuh. So, Ana terpaksa juga ngadu kat abah Ana. Tapi, sebelum tu Ana ngadu kat mama Ana dulu. Haha.. Takut katakan.. And then, mama Ana tengoklah phone tuh.. Pastu, katanya pakai getah kat phone. Bateri tu kan makin gmukss.. Bila masukkan je terkeluar balik. Cover takleyh tutup. Asyik tercabut je. Then, Ana pegilah charge phone. Pastu, abah Ana balik. Dia nak pinjam charger Ana. Katanya, malas nak amik charger kat tingkat atas. Ana pun bagi je abah Ana amik sendiri dengan slambernya! Ana pun tak sedar.. Last-ii, abah Ana prasan phone Ana bergetah. Terus tergagap-gagap jawab. Jantung nak jatuh je rasa. Ana pun citer jelah pasal bateri Ana tuh. Lepastu, abah Ana cabut bateri tuh. (Eh, tak marah ke bapak aq nih?) *Tarik nafas lega..*
Balik je dari kedai, abah Ana bawak bateri baru. Wuu.. Dengan seronok Ana amik. Tapi, yang geramnya buat penat je delete semua gambar Luhan EXO dengan gambar EXO yang lain. Kena download balik. Ingatkan phone tu nak bawak gi kedai. Rupanya, beli bateri baru je? Yoler.. Nanti abah Ana nampak penuh gambar EXO, nak jawab apa? Haishh.. Pastu, Ana download balik bagi penuh satu album. Huahaha.. Okk.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum.. ^^

Playboy Itu Suami Aku

Ana Myhusna | 20:07 | 6Comments |

Hai semua.. Ana baru je lepas tengok Playboy Itu Suami Aku. Awww! Sweetlah.. Well, episode 10 & 11 nih dia dah start sweet lebih-ii ckit.. Sebelum-ii nih, sweet tuh adelah tapi tak nampak sangat maybe? Tapi, yang kalini sweet gila. Lagi-ii episode 11 nih, King dah start suka kat pompuan tuh. Comellah! Laki tu dah baca apa yang Fina tulis kan?

Semakkan gambar jap.. Ohoho.. Time tu barulah si King ni nak sedar kan? Yes! King ni memang dah suka kat Fina. Tapi, ego je lebih.. Right? Haha.. Apapun, drama ni memang best. Yang paling Ana suka tak payah susah-ii beli novel. Dah tau jalan cerita dan pengakhiran dia pun dah puas hati dah. Memanglah mungkin jalan cerita tu ada sikit-sikit ditukar atau tak ditayangkan. Tapi, best pe kan? Eceh! Time citer Saya Sebenarnya Isteri Dia tu pun bila orang bawa novelnya, Ana yang gila-ii nak belek-belek novel tuh. Cakap je lebih! Haha.. Okk.. Assalamualaikum.. smile!

SEGMEN SIMSEM BLOGGER BY RISHAMELON

Ana Myhusna | 18:14 | 2Comments |



Sebab Ana nak join because Ana nak KENAL, RAPAT AND JADI SAHABAT. (Ooo.. Tiru ayat dalam banner tu ahh..) Ana nak juga kenal-kenal dan rapat-rapat dengan blogger-ii lain.. ^_^

URL Blog Ana
http://ana-myhusna-life.blogspot.com (Personal Blog)
http://anamyhusnagivaway.blogspot.com (GA/Contest)
http://anamyhusnastudy.blogspot.com (Study Blog)
http://anamyhusna.blogspot.com (Movies & More)
Eh eh.. Terbanyak pulak! Hehe.. Ana tak aktif sgt study blog dgn movies tuh.. Tkyah jnguk pun takpe.. Hehe..

FB : http://www.facebook.com/ana.myhusna
Twitter : http://twitter.com/MyAna_1
Instagram : http://instagram.com/my_ana1
(Tiga ni je yg aktif. Follow / add tau! ^^)

Wechat ID : myana_1
(Tak aktif sangat.. Tapi, bagi jelah.. Hehe..)
Whatsapp? Hurmm.. Kena bagi no. phone kalau whatsapp.. Tak payahlah.. Hehe.. Sorry!

Gambar? Kalau x bagi boleh kan? Takpe kan? Sorry tau takde gambar..

Apapun, Ana ni jenis yang takut-takut tegur orang.. (Malu-ii meoww.. Hehe..)

Tu je kan? Assalamualaikum.. ^^

CJR - Kamu

Ana Myhusna | 11:34 | 0Comments |

Hai! Fuhh.. Ana tersangkut kejap dengan cerita yang Coboy Junior berlakon. Ana memang suka kalau sesebuah boyband jadi watak utama dalam drama / movie. Mesti rasa seronok dan gembira sangat nak tengok. Macam EXO berlakon music video tuh. Ana rasa seronok je tengok. Bila tengok SM*SH berlakon pun seronok! Lagi-ii, drama dia dah tiga siri dah. Ana seronok je tngok! Kalini, tengok pula cerita Hanya Kamu. Coboy Junior watak utama. Best giler! Tapi, geram pun ada sebenarnya. Tengok mana-mana cerita yang melibatkan bebudak sekolah menengah je.......team basket sama team cheers pasti jadi yang paling keren! (Kan kau! Cakap Indon sekali.. XD)
Haha.. Okay-ii.. Bila waktu cuti-ii macam ni, duduk rumah je.. Tak bestlah. Kalau abah Ana free, mama Ana pula yang sibuk pergi kelas. Bila mama Ana free, abah Ana pula sibuk kat KL. Haishh.. Takde masa nak gi jalan. Bila duduk rumah je, takde ceritaalah untuk buat entri baru right? Kalau korang semua tengok, entri Ana sejak dua menjak nih entri Ana semua entri pasal artislah..review bloglah.. takde pun cerita pasal percutian ke.. pape ke.. Mesti korang makin bosan baca entri Ana kan? Kan? Kan? Maaflah dah buang masa korang baca entri membosankan yang Ana buat niih.. Ana nak luangkan masa dengan blog aja dong.. Jom! Ana nak tunjuk Coboy JR buat persembahan time diorang berlakon jom!


Bestkan? Kerenkan? Hehe.. Okk.. Sampai sini saja..
Assalamualaikum.. ^^

P/S : Nampak sangat Ana minat banyak artis dan kebanyakan artis Ana minat mesti boyband kan? kan?

Promote Twitter Jap!

Ana Myhusna | 16:13 | 1Comments |

Hai semua! Ana nak promote sikit twitter Ana nih.. Hehe.. Follow ler twitter ni. Ana memang aktif kat twitter, tapi segala tweet Ana semua tweet merapu. Lepas follow kalau boleh abaikan je tweet merapu Ana tuh. Ana harap korang boleh follow! Kalau nak Ana follow balik mention tau. Ana nih, kengkadang malas nak follow balik. Kadang-ii je follow balik. Hehe.. Nampaknya gambar Luhan penuh ek? Yang tak minat tu, abaikan jelah gambar Luhan tuh.. Ana pun banyak post gambar selfie. Welk! Gediknya! Haha.. Tabiat bebudak SK Kajang. Dah tak main dah ejek orang gedik nih. Kalau ejek pun, "Do I care?". Haha.. Sebab apa tau? Sebab yang mengejek gedik-ii tu tak sedar dia sdang menggedik-gedik mengejek orang! Haha.. Okay-ii.. Dah dah.. Gedik gedik.. Bagi free hand kang! Okk.. Kalau sudi, follow yek! Just tengok kat sidebar, kan ada icon twitter. Klik then follow! Easy Peasy je kan.. Kalau sudi jelah.. Tak paksa pun.. *Peace!* Okk.. That's all.. Assalamualaikum.. ^^

Blog Review (Followers Ke-201)

Ana Myhusna | 14:23 | 4Comments |

Hallo! Memang Ana tak jumpalah blog followers Ana yang ke-200. Kalau tak review langsung tak bestlah pula. So, followers yang ke-201 ni bernasib baik! Ececeh.. Ok ok.. Ana review ye blognya.

 Firstly, Ana nak cakap this is a nice blog. Kalau tengok headernya kemas sangat. Cantik dan sesuai dengan blognya. Kalau Ana tengok baik-baik blog ni, blog ni menggunakan warna tema hijau 'Olive Drab' dan ada juga hijau 'Yellow Green' (tak silap Ana lah..). Dicampur pula dengan warna purple 'Medium Ochid'. Cantik sangat warna yang dia guna. Boleh nampaklah warna temanya gelap sikit tapi friendly lah jugak kan?  Lepastu, sidebar dia memang cantik. Blognya memang kemaslah. Ada navigation kat atas tu. Lepastu, siap ada status lagi. Tulisan pun kemas, mudah dibaca. Entri pun awesome! (Semua entri Ana cakap awesome! Dah banyak blog Ana baca. Sejujurnya entri mereka memang awesome! ^^) 
Yang part paling Ana suka dalam blog ni header dan gadget popular posts. Ana suka baca popular posts kat blog orang. Ehehe.. Apapun, terima kasih banyak-banyak sebab sudi follow blog Ana okay! 
So, that's all! Assalamualaikum.. cute!

CJR (Coboy Junior)

Ana Myhusna | 13:56 | 4Comments |

Hai semua! Sihat? Time Ana buka dashboard ni tadi, senyum tak lekang tau! Thanks sangat-ii sebab sudi datang baca blog Ana. Makin hari viewers makin meningkat dalam seminggu ni. Dari 200 sampailah 500. Bila buka blog rasa seronok je. Followers pun makin meningkat dalam seminggu ni. Memula muka terkejut pun ada sebab banyak sangat comment awaiting moderation. Semalam, Ana tutup blog pukul 12 lebih. Time tu tak sangka pula ada kejutan macam nih. Ehehe.. Buat Ana semangat pula nak update entri kali ni. Ha! Semalam Ana ada cakap nak review followers Ana ke-200 kan? Maybe Ana akan review. Tapi, Ana tak jumpalah blog followers Ana yang ke 200 tuh.. Kalau Ana tak jumpa juga kejap lagi maybe yang ke-201 tu akan direview.. Hehe.. Lepas entri yang ni, Ana buat satu lagi entri ye. smile!
Tadi, Ana bukaklah Ipad. Memula niat Ana nak lepaskan rindu dengan kawan-ii. So, Ana tengoklah video kat youtube. Video yang Ana pernah post pada entri yang lepas-ii nih. Klik sini kalau nak tengok. Sedihlah Ana bila tengok video tu. Tapi, sekurang-kurangnya Ana rasa lega sikit lepas tengok video tu. And then, Ana dengarlah lagu-ii Sm*sh. Dah lama Ana tak amik tau pasal lagu band-band Indonesia yang Ana minat gila-gila dulu. Super 7 lah.. And then, Ana jumpa video CJR (Coboy Junior). Ana takdelah minat sangat Coboy Junior ni. Sebab Ana lebih minat Sm*sh, Be5t dengan Super 7. Tapi, Ana cubalah tengok video CJR ni. Yang Ana tengok ni video konsert diorang. Dari first sampai last. Apa diorang buat sebelum konsert, selepas konsert, tengah konsert pun Ana tengok. Time tu jantung ni dub dab je tengok tau! Sebab apa? Perasaan minat tu dah mula timbul! Lebih-ii lagi, bila tengok Iqbal. Hensem gila! Patutlah kawan-ii Ana minat sangat dengan Iqbal CJR ni. Haha..
Kejap lagi Ana nak tengok cerita yang diorang berlakon. Macam best je.. Macam best je.. Haha.. Okk.. Ana nak tunjuk gambar diorang nih! Ana kalau minat memang macam ni! Ohoho.. Ok!

Iqbal, Kiki, Aldi, Bastian (Dah hafal! Kihkihkih..)


Iqbal! Hehehe..
Okk.. Sampai sini saja.. (Tunduk kepala, undur diri)
Assalamualaikum

Jom Berburung Hantu Di Blog Ana!

Ana Myhusna | 00:33 | 4Comments |

Hai semua! Wah wah wah.. Nampaknya, followers Ana nak masuk 200. Siapa yang bakal jadi followers ke 200 tu ek? Hehe.. Teringin juga nak review blognya.. Ehehe.. (Tak janji wokeyhh.. Terfikir jap je..) Waktu-waktu macam ni pun, Ana tengok masih ada orang yang datang berkunjung ke blog Ana. Terima kasih sebab sudi blogwalking, bloghop, blogrunning, singgah, golek-golek atau pape punlah kat blog Ana nih! Hah kau! Tercungap-cungap buat ayat nih.. Haha..

Wokeyh.. Siapa suka jadi burung hantu? Hah! Kalau suka sangat jadi burung hantu malam-ii, meh terbang blog Ana. Jadi burung hantu sat kat blog Ana. Sekurang-kurangnya ada benda yang korang boleh baca ek? Skang ni, Ana memang betul-betul tak boleh tidur. Tengah tengok cerita korea sebenarnya nih. Tapi, internet slow sangat. Sapelah yang kacau line nih! So, update sat lah entri walaupun internet slow. Kalah kura-kura tau! Macam tak gerak langsung pun ada. Menyampah pula! (Wot wot.. Jangan over sgt ye!) Hehe..
Okay-ii.. Internet makin lama makin slow. Sebelum jadi stop terus, lebih baik publish cepat-cepat entri ni ek? Okay.. Assalamualaikum! ^^

Entri Tanpa Nama

Ana Myhusna | 19:01 | 5Comments |


Hai semua! Ha! Tengok gambar atas tu.. Ana sekarang tengah buat benda alah tulah.. Hee.. Belajar sikit-ii dari kawan-ii rapat.. Kalau pakai yang air tu Ana rasa ragu-ragu pula nak pakai. So, pakailah benda alah ni ha! Tak tau lah nama die apa. Korang tau? Cer cakap sikit apa nama dia? Tapi, Ana punya ade warna.. Bukan putih je macam gambar kat atas tu. Nak cari google tak jumpa pula. Ehehe..
Ana tak selalu sangatlah kilat kuku ni. Kilat kuku time ABC jee.. Uhuk-ii! Susah pula nak sebut. Haha.. Ana pakai time tu pun sebab ragu-ragu boleh ke bawak solat nih? Korang tau tak? Kalau tahu, bagilah tau Ana. Jangan kedekut ilmu~~ Hehe.. Kalau boleh, Ana nak lah pakai selalu. Haha.. Ana punya tu pun dah lama sangat. Baru nak pakai harini. Tu pun lepas terjumpa dalam handbag Ana yang dah lama zaman bila ntah. Haha.. Lepastu, Ana punya ni dah terbelah dua. Bayangkan betapa susahnya Ana nak 'gosok' kat kuku Ana. Haha.. Gosok? Allah.. Bahasa Melayu Ana ni betul ke tak? Ececeh.. Apa ni! Ni dapat 5A ke 5B?! Haha..
Setelah melepaskan bosan dekat entri ni, Ana baru terpikiak' nak tengok cerita korea. (Amboi! Loghat pekat nampakkk') Haha..
Okay.. Tapi, kenalah panjangkan entri dulu. Kalau tak panjang, tak best pula kang kan? Btw, ada yang minta tutorial pasal kotak komen Ana tu dekat blogskin right? Ana tak taulah macam mana nak buatnya tuh. Nanti Ana godek-godek balik code dekat blogskin Ana. Okay? Sebelum tu, Ana harap akak tuh bolehlah bagi Ana link blognya. Ana nak tengok jugak masalahnya. Sebab katanya, orang punya komen tak keluar kat blog ye? Ha! Harap sangat link blognya dikasi tahu ye.. Okay-ii.. TTYL! Assalamualaikum..

Tutorial : Kotak Status Macam Ana

Ana Myhusna | 15:27 | 5Comments |

Hai semua! Okay.. Kalini, Ana nak buat tutorial status box. Ataupun dalam bahasa melayu kotak status. Tutorial ni diminta oleh adik Aisya Maisara.


Susah nak screen capture. (Tak pandai sgt pakai windows 7! XD) Amboii.. Malas nak search ye.. Hehe.. Okay-ii takpe.. Nak buat status box ni mudah je.. Tak susah pun.. Tapi, rasanya adik Aisya Maisara ni pakai blogskin. Okay-ii.. Takpe.. Ana pun pakai blogskin jugak dulu.. Tak lupa pun cara nak pakai blogskin nih. Ehehe..

Untuk pengguna blogskin :
1. Dashboard - Template
2. Search code di bawah
</style>
3. Then, copy code yang Ana bagi ni dan pastekan bawah code yang korang cari tadi.
<style>
@font-face {
font-family: "tinytots";
src: url('http://static.tumblr.com/rmj06l2/Usellxb4i/tinytots.ttf');}
#line{position:fixed;
left:80px;
top:0px;
border-left:10px solid #CCCCCC;
border-right:10px solid #CCCCCC;
width:70px;
height:50px;}
.statioo {
font-family:tinytots;
font-size:8px;
letter-spacing:2px;
-webkit-transition:All 0.4s ease;
-moz-transition:All 0.4s ease;
-o-transition:All 0.4s ease;color:#000;
width:150px;
margin-left:-38px;
margin-top:40px;
text-align:center;
padding:5px;background: #FFFFFF;}
#notii {
border:1px dashed #CCCCCC;
width:150px;
font-family:tinytots;
font-size:8px;margin-top:10px;
margin-left:-38px;
padding:4px;
height:30px;
text-align:left;
background:#FFFFFF;
color:#444;
-webkit-transition: 1.0s;
-moz-transition: 1.0s;}
</style>
<div id="line">
<div class="statioo">
▼ ƧƬΔƬƲƧ ▼
<div id="notii">
Your status</div></div>
4. Siap! Bagi pengguna template designer just copy code kat atas ni dan pastekan dekat HTML/Javascript.

Mudah je kan? Okay.. Assalamulaikum

Soalan Cepumas Daripada Kak Zakiah

Ana Myhusna | 13:15 | 3Comments |

Hai semua! .... Pergi Cbox, bukak balik older messages then pergi dekat link soalan cepumas yang belum dijawab. Okay! Seperti yang Ana cakap malam tadi, Ana akan jawab soalan cepumas daripada Kak Zakiah right? Okay, Ana jawab sekarang juga. (Sambil dengar lagu XOXO dekat blog sendiri! XD)

1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the question the tagger tag to you
4. Creat the new 5-10 questions for those u want to tag
5. Choose 3 bloggers u want to tag and link them to the post  
11 Things About Myself
1. Cuai
2. Suka shopping
3. Suka pendam perasaan
4. Tak reti jaga rahsia (jangan bagi Ana rahsia, nanti bocor! XD)
5. Banyak cakap
6. Suka tengok cerita korea
7. EXOSTAN (Sape geng kita?)
8. Tak suka mekap (Org asyik ckp Ana pakai mekap. Benci! >.<)
9. Suka menyanyi.
10. Suka berkawan (jenis tak tau malu bila jumpa kawan baru ^^)
11. Kasar n sombong dengan lelaki (kasar tapi hati I lembut kayy..)   
Okay,, sori tau. 11 things ni Ana c/p je dripada soalan cepumas yang Ana dh jawab. Sebab Ana sendiri tak tau nak fikir apa lagi yang ada tentang diri Ana. Hehe.. (Malas nak fikir sebenarnya tuh!)
 SOALAN UNTUK ORANG YANG DITAG ;
1 . Boleh DESCRIBE blog saya tak ?
Blog awak is really cool. And lagu dia pun BEST GILER! Warna blog awak pun saya suka. Blog awak looks cute but simple. (Pandai awak edit blog! Heee.. Saya suka! Saya suka!) Header awak pun cantik lagi-ii ada gambar Chanyeol lagilah daebak. Muka hensem kat situ kan.. XD
2 . Suka cerita Good Doctor tak ? Cerita KDrama .
Tak tengok lagi. Best ke? (Tanya balik pula!) Kalau best nak tengoklah nnt! Hehe..
3 . Tengok cerita Playboy Itu Suami Aku tak ? Boleh ceritakan best ke tak ?
Tengok sangat. Takkan terlepas! Best giler citer ni. Pelakon die hensem pulak tu! Haha...
4 . Layari internet berapa kali seminggu ? *sori la tanya hal peribadi plak*
Tak tentu.. Kalau bosan bukaklah internet nih.
5 . Try dengar lagu Encik Mimpi - Dengarkanlah . Komen ?
Lagu tuh best yang teramat sangat. Selalu sangat dengar lagu tuh.
6 . Suka blog siapa ? Boleh taruk link tuan blog tu sekali :)
This Blog. Kliklah kalau nak tahu blog sape. Sebenarnya, banyak lagi blog yang saya suka. Semua sebenarnya. Tapi, blog ni paling saya suka.
7 . Suka masuk segmen / giveaway tak ?
Suka sangat. Tapi, tak boleh masuk banyak-ii sangat nnt pening kepala. Then, masa untuk buka intrnet un tak menentu.
8 . Minat kpop ? Jpop ?
Dedua minat. Tapi, lebih kepada kpop lah.. Hehe..
9 . Kenal kumpulan Coboy Junior tak ? Lebih kurang cm kpop tapi ipop
Kenal sangat!
10 . Suka edit gambar tak ?
Suka.. Tapi, tak berapa pandai.. Ehehe..
Okayh! Ana dah jawab.. Hope puas hati dengan jawapan Ana okay?

My Questions
1. Bila selalunya buka blog?
2. Warna kegemaran?
3. Mula blogging bila? Tajuk entri pertama awak?
4. Lebih cenderung pada twitter / facebook?
5. Pernah masuk GA/Segmen? Pernah menang?
6. Kpoppers? Band mana paling awak suka?
7. Minat EXO? Siapa paling awak minat dalam band tu?
8. Suka kilat kuku? (Takde kerja tanya soalan camni)
9. Barang apa paling awak sayang?
10. Describe my blog?
Mangsa tag! Jeng jeng jeng.. :
2. Scha
Ok! Tugas selesai.. Fuh! Assalamualaikum.. 


Minta Pendapat Plz.. ^^

Ana Myhusna | 23:07 | 9Comments |

Okay, hye semua! Orite! Ana baru je buka blog and Cbox Ana memang penuh sangat! Sampai kena tengok old messages. (Bangga ler tuh!) Haha.. Siapa yang tak bangga kan? Viewers pun tetibe naik mendadak. Tapi, skang tu semua tak penting. Ana just pelik satu benda. Sekarang ni, musim main game tagging-ii ke? Musim soalan cepumas eh? Ni dah masuk kali ke-3 dapat soalan cepumas. Bukanlah tak suka. Suka sangat! Tapi, selalu dapat waktu Ana nak tidur. Dah malam, cek Cbox tengok "Anda di tag.", "Awak di tag." (Sama je tuh.. Hehe..)
Yang kalini Ana dapat dari Kak Zakiah. Fuhh.. Soalan dia bestlah jugak. Maybe Ana akan jawab kejap lagi entri yang lain or Ana jawab esok ok? Suka sebenarnya layan soalan cepumas nih, tapi setiap malam dapat soalan cepumas. So, kejap lagi atau besok Ana jawab. In Shaa Allah. Sekarang nih, Ana tengah tengok cerita Aku Bukan Buaya. Korang pula? (Cehh.. Belagak friendly konon! Haha..) Hmm.. Okay-ii. Dah takde cerita tapi nak juga panjangkan entri. 'Tak boleh jadi ni! Entri pendek sangat!'
Korang-ii ni semua kan blogger bijak. Boleh tolong Ana tak? Ehehe.. Ana nak minta tolong bagi pendapat sikit apa yang Ana patut buat supaya blog Ana nampak friendly sikit. Blog Ana terlalu boringx lah.. Bagi Ana lah.. Korang bagilah pendapat sikit pasal blog Ana nih. Hehe.. Tapi, jangan kutuk pula pasal blog Ana. Dulu, Ana pakai blogskin, tema dia memang friendly lah.. Comellah jugak.. (Eceh! Puji blog sendiri pula!) Tapi, bila pakai template designer ni susah ckit nak bagi jadi happy-ii ckit.. Nak tempah, keluar duit tu yang tak boleh. Ana ni manalah berduit. Minta mama, sorilah.. 'Talk to her hand!'. Nak edit dan usaha sendiri tu yang malas. Nak edit se-simple sekarang ni pun susah. Ambik masa lama juga. Apa lagi nak edit cantik-ii kan? Ana teringin nak buat blog yang cute / beautiful but simple n tak berat. Susah kan? (For me, for you?)
Okay-ii.. That's all. Untuk yang soalam cepumas tu Ana buat besok ye? If Ana ada maselah ye.. Okay.. Assalamualaikum.. hello

Soalan Cepumas Daripada Adik Shah (Again!)

Ana Myhusna | 08:30 | 3Comments |

Hai semua! Kalini dapat lagi soalan cepumas daripada adik Shah pula. Okay, kalini tak rasa gelabah nak jawab tapi rasa relax ckit sebab dah kali kedua. So, taknak buang masa maybe pagi ni je ada masa berblogging.
1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the question the tagger tag to you
4. Creat the new 5-10 questions for those u want to tag
5. Choose 3 bloggers u want to tag and link them to the post.
11 Things About Myself
1. Cuai
2. Suka shopping
3. Suka pendam perasaan
4. Tak reti jaga rahsia (jangan bagi Ana rahsia, nanti bocor! XD)
5. Banyak cakap
6. Suka tengok cerita korea
7. EXOSTAN (Sape geng kita?)
8. Tak suka mekap (Org asyik ckp Ana pakai mekap. Benci! >.<)
9. Suka menyanyi.
10. Suka berkawan (jenis tak tau malu bila jumpa kawan baru ^^)
11. Kasar n sombong dengan lelaki (kasar tapi hati I lembut kayy..)  
I'm gonna answer it:-
1) Suka sangat! Novel yang paling Ana suka novel Teman Tapi Mesra. (Sebenarnya, banyak lagi tapi tulis satu jelah)
2) Mestilah main. (Tapi dah lama tak buka! XD). Dah level 30.
3) Yes, I am K-poppers. Ana minat EXO!
4) Tak berapa minat sangatlah kartun ni. (Bayang zaman kecik-ii dulu). Maybe minat spongebob kot.. Haha.. Dululah..
5) Mac 2013. Entri pertama pasal artis korea. Hehehe..
6) Semua blog Ana suka. (Lah sangat). Blog Shah ni sebab banyak entri menarik maybe.. Betullah tu.
7) Join giveaway mestilah pernah. Menang pun pernah. In Shaa Allah akak join giveaway tu. ^^
Okayh.. Sebenarnya dah buntu akal dah ni. Tak tau nak cari question apa lagi. 11 things about Ana pun Ana c/p dari entri semalam. Hehe.. Okay2.. Takpe..
1. Suka shopping? Di mana selalu menjadi pilihan?
2. Pernah ke luar negara? Di mana?
3. Pernah singgah atau baca blog Ana?
4. Pernah jumpa nickname Ana kat mana-ii? (AnaMyhusna)
5. Suka masuk dapur? (I mean memasak?)
6. Suka budak-ii?
7. Kalau korang diberi peluang untuk memilih sama ada rumah banglo dan kondominium, mana korang nak?
8. Single or taken?
9. Haiwan apa yang korang suka? Atau tak suka langsung?
10. Pernah tengok Drama Korea? Drama apa korang pernah tengok?

 Mangsa Ana for this time :
1. Ikin Asyiqin
2. Farah Arina
3. Ira Nur
Okay! Got to go! Assalamualaikum. ^^ 

Soalan Cepumas Daripada Kak Aisyah

Ana Myhusna | 22:31 | 5Comments |

Hallo semua! Okay.. Baru je kejap tadi bukak dashboard then Ana nampak 1 Comment Awaiting Moderation. Memula, ingat komen biasa je.. Rupanya, Ana ditag soalan cepumas daripada Kak Aisyah. So, what r U waiting for? Jawablah segala soalannya tuh. Let's see.
Some rules okayy:
1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the question the tagger tag to you
4. Creat the new 5-10 questions for those u want to tag
5. Choose 3 bloggers u want to tag and link them to the post
11 Things About Myself
1. Cuai
2. Suka shopping
3. Suka pendam perasaan
4. Tak reti jaga rahsia (jangan bagi Ana rahsia, nanti bocor! XD)
5. Banyak cakap
6. Suka tengok cerita korea
7. EXOSTAN (Sape geng kita?)
8. Tak suka mekap (Org asyik ckp Ana pakai mekap. Benci! >.<)
9. Suka menyanyi.
10. Suka berkawan (jenis tak tau malu bila jumpa kawan baru ^^)
11. Kasar n sombong dengan lelaki (kasar tapi hati I lembut kayy..) 
And the answers is:
1. Pernah! Ana dapat laptop. Baru-baru ni je.. In this month.
2. AnaMyhusna bcus mama Ana yang bagi nickname tu untuk Ana.
3. Kawan-kawan. Are they okay? Miss them.
4. Hangout dengan kawan-ii. (Macam bolehh..)
5. Fan of  EXO (especially Luhan!), 1D (especially Zayn!) and Fattah Amin.

Fuhh! Done.. Penat memikirkan 11 things about myself. Susah jugak nak describe diri sendiri. Okay-ii. Let's go to the next rules.

Questions from me:
1. Are you kpoppers?
2. Kalau korang buka internet, website apa yang korang buka dulu?
3. Pernah couple? Berapa kali? 
4. Hobies?
5. Suka mekap?
6. Minat SM*SH (Boyband Indonesia)? Lagu SM*SH yang mana korang paling suka?
7. Apa nama manja korang?
8. Lebih rapat dengan lelaki atau perempuan?
9. Minat Running Man? Siapa paling korang minat dalam Running Man?
10. Minat fashion?
Okay! Almost done. Sekarang tinggal nak tag je. Jeng jeng jeng!
Ana tag mereka!
Okay.. That's all. Ana dah follow all the rules. Tinggal nak inform mereka yang ditag sahaja! Btw, thanks tag Ana ye. Assalamualaikum.

Happy Siblings ^^

Ana Myhusna | 17:25 | 3Comments |

Hai semua! Sekarang ni, memang Ana tengah bosan. Takde moodlah nak tengok citer korea semua tuh! Ana rasa penat yang teramat sangat. Penat gilalah melayan kerenah adik-adik yang tak habis-habis suruh buat telur scramble lah, kentang lah, nasi goreng lah, air anggur lah.. Macam-macam diorang minta. Taulah bibik dah takde skarang nih. Tapi, bukan bermakna Ana nak kena jadi bibik! Kalau Ana taknak buat je, mama Ana mulalah nak membebel. Kenalah bersabar. Bukan mama Ana tak boleh buat.. Tapi, dia baru lepas demam. Takkan nak suruh buat kerja yang belambak tu.. Right? Abah Ana pula dekat Shah Alam dari semalam lagi. Kejap pergi Kelantan, kejap pergi Sabah, Terengganu lah.. Mama Ana cakap apa tau,
"Dulu, abah kuli, kena travel luar negara selalu.. Skarang, abah boss kecik kena travel luar negeri selalu.."
Aduh! Geram pula mendengarnya. Tapi, Ana pelik juga boss tu berperingkat ke? Sampai mama Ana cakap boss kecik bagai. (Sorilah.. Ana tak cukup pengetahuan. Hehehe..) Sekarang ni, Ana dengan adik lelaki Ana sorang ni menunggu abah Ana balik. Sebab apa? Sebab kitorang memang selalu menunggu abah balik. Hehe.. Tapi, yang kalini punya ada lagi sebabnya. Sebab abah Ana ada janji nak belikan something untuk kitorang. Adik Ana tu nak sangat 'wii' dia. Ana tak taulah apa bendanya. Yang Ana tau it's a game. Ana pula, bukan Ana minta. Mama Ana yang bagi pendapat antara Ipod or Ipad Mini. Kalau nak Ana punya pendapat, Iphone lah jawabnya! Haha.. Mama Ana kata, orang kaya je pakai Iphone! Kalau nak Iphone tu kerja dulu. Haha.. Then, Ana nak sangat Ipad Mini. Lepas duk belek-belek Ipad Mini kat google & youtube.. Puaslah tu.
Ana takdelah meminta sangat benda tu semua dari Abah. Berharap dalam hati je.. Hehe.. Tapi, adik Ana. Ya Allah... Setiap hari dok membebel kat telinga abah Ana minta 'wii'. Abah Ana cakap apa tau?
"Setakat masuk kelas first dah minta barang mahal. Kakak tu 6 tahun masuk kelas first. Heran pun tak."
Haha.. Ana pun mengiyakan jelah apa yang abah Ana cakap tuh. Nak heran apa kan masuk kelas first tiap-tiap tahun tuh. Ana ni dapat 5A pun tak dapat pape tau! Adik Ana je over-reacting sangat! Haha.. Okay-ii.. Nampaknya kalini, Ana bercerita panjang pula ya? Cukup sampai sini saja. Assalamualaikum. ^_^

XOXO

Ana Myhusna | 14:47 | 3Comments |


Luhan!!!
Hai! Semalam, tak sempat menyempat ye Ana time masukkan gambar Fattah Amin. Haha.. Cerita tu start time Ana update entri semalam. Sebab tu tak sempat menyempat tu. Dengar je lagu ost 'Playboy Itu Suami Aku' terus gelabah update entri. Okay.. Sebenarnya, takde benda nak update pun. Just nak bagitau yang Ana dah tambah widget sikit-sikit kat blog Ana right? Okay.. Kalau nak tanya pape or minta tutorial pasal widget yang Ana pasang ni boleh tanya di Cbox ye. Ana memang pernah pasang widget-widget ni dulu lepastu buang. And then, masukkan balik widget ni dalam blog. Haha.. Takde kerja maybe?
Lagu yang Ana letak ni okaylah kan? Alaahh.. Peminat EXO mesti cakap okay gila. Yang tak suka tu? Takkan cakap okay pula. It's okay.. Kalau tak suka boleh tutup lagu tu. Kan aa button pause kat sidebar Ana tuh. Kalau tak pun, silent teruslah laptop. Ana kalau nak join GA, Ana akan silent dulu suara baru start join GA. Sebab apa? Sebab nanti bila nak follow blog sponsor, macam-macam lagu keluar! Haha..

XOXO.. XOXO.. XOXO..
Tengah update sambil dengar lagu kat blog nih! Haha.. Lagipun, blog Ana bukannya terlalu kpop sangat pun kan? Yelah.. Nanti, kalau mama Ana bukak blog Ana penuh dengan kpop je, membebel kang! Lagipun, mama Ana kadang-ii kot buka blog Ana. Hihi.. Okaylah.. Takde benda pun nak update. Takde cerita dah dalam kepala otak. Kalau ada pun, cerita ni semua kalau boleh nak cerita kat kawan-kawan rapat yang sangat sangat sangat dirindui! Ha! Jap jap.. Semalam, Ana ada cakap Ana minat 1D no. 1, Fattah Amin no.2 right? Okay.. EXO pula no. berapa? No. 0 lah! So, EXO is the best!
Okay-ii.. Assalamualaikum

Tajuk apa ya?

Ana Myhusna | 19:09 | 4Comments |

Hai semua! Ana tak tau nak borak apa. Tapi, nak borak jugak! Tak bolehlah kalau tak update entri. Nanti rindu.. :sadunhappy: Hehehe.. Btw, Ana dah letak status kat blog Ana. Cer tengok tepi tuh... Ooottt.. Okay! Nampak kan? Ha! So, bolehlah tahu perkembangan semasa Ana. Cewahhh.. 'Perkembangan Semasa' bagai. Ha! Korang tengok tak cerita 'Playboy Itu Suami Aku'? Tengok tak? Tak? Best kan cerita dia? Daebak gila! Lagi-lagi pelakon utama dia. Ya Allah! Hensemnya. But,, Ana tak boleh bagitahu kawan Ana sorang ni yang Ana minat dekat Fattah Amin. Korang jangan bagitau dia tau! Shhhh.. Haha.. Tapi, Fattah Amin tu nombor dua okay.. Apapun, Zayn 1D tetap di hati! Yang pertama sekali okay! Jom jom tengok betapa hensemnya Fattah Amin nih! Nama Fattah Amin ni pun membuatkan Ana teringat dekat someone special. Nama dia hampir samalah! Eh eh.. Cop cop! Kalau ada yang baca ni dapat teka siapa, simpan dalam hati dan buat-buat tak tahu je tau! Especially, kawan-kawan yang rapat dengan Ana. Okay? Promise yaa! Haha..

Satu cukupah ya.. Citer tu dah start lah!! Btw, senyuman dia.....meltinglah! Haha.. Betullah tu apa yang dia cakap dalam cerita Playboy Itu Suami Aku. Senyuman kena menawan. Poket kena tebal. Haha.. Okay-ii.. Assalamualaikum.

Jom Tonton Filem Highland Tower!

Ana Myhusna | 17:24 | 2Comments |

Hai semua! Eh eh.. Korang dah tengok dah citer Highland Tower? Cop cop.. Bukan cerita but realiti. Yes! Dah tengok ke belum? Ha! Filem ni mmg sangat-sangatlah seram. Time Ana tengok filem ni, first2 takdelah ngeri or takut. Sebab first-ii tuh, diorang rakam time kat MIG. Time tengah bincang dengan David Teo semua tuh. Time dorang sampai kat Highland Tower pun still belum takut lagi. Time tengok cerita nih,, mata mesti tajam. Kalau tak, tak perasanlah 'benda' tu semua. Retis-ii yang pergi ni pula berani. Takut pun beranikan diri juga sebab nak dapat experience. First-ii, maybe just nampak 'benda' tu and dengar suara pelik-pelik. But lastly, ada juga yang berlaku. Memang seram habis! Time Ana tengok tuh,, Jari boleh pula luka. Sebab takut sangat, merontalah Ana nak naik atas sofa. Time tuh jari tersangkut kat bakul baju. Sampai terkopek kulit! Haha.. Tulah die masalahnya Ana nih.. Tengok cerita, movie ke pape ke.. Mesti nak feeling. Cam kita pula yang ada dalam tuh! Haha..
Lepastu, ada gaklah kengkawan Ana yang share pasal Highland Tower nih. Nak tidur dah susah ni. Haha..
Okay-ii.. Taknaklah citer banyak sangat. Korang kalau nak tau, tengok sendiri filem die. Sini Ana bagi linknya.

Highland Tower Full Movie

Bogoshipta, chingu!

Ana Myhusna | 11:14 | 4Comments |

Hai semua! Hari ni, ermm...ermm...ermm.. Bosan sebenarnya! Tak tau nak update apa dekat blog. Kalau dulu, buka blog tak habis-habis nak edit aje! Sekarang, buka blog nak update entri pula. Tapi, takde idea nak update pasal apa. Kalau nak edit blog sendiri pula macam tak tau nak tambah apa. Nanti, kalau duk tambah macam-macam kang, jadi belacan pula! Tak pun, jadi air batu campur durian. Haha.. (Terikut cerita Upin & Ipin pulak!) Ha! Cakap pasal cerita nih, Ana teringat cerita korea yang Ana tangguhkan haritu. Tak habis lagi. Tak pun, ceritaa Running Man yang Ana dah banyak kali terlepas. Boleh tengok kat internet. Apsallah Ana tak pernah terfikir. Sebenarnya, sebelum Ana update entri nih,, Ana duk cari-cari novel apa yang Ana boleh baca. But, malangnya semua dah habis di ngap! oleh Ana.. Haha.. Dah habis baca dah semua. Nak beli baru, tak boleh pula keluar. Kalau nak keluar mesti kena keluar ngan mama / abah Ana. Bila dok tengok kawan-kawan Ana yang sibuk planning nak hang out, Ana jadi jeles pula.
Lepastu, haritu kawan Ana nama dia Naim. Okay.. He's just a bit crazy. And mulut dia macam Talking Tom! Membebel je tau kat Ana. Haritu, dia ada sekali ajak Ana keluar dengan kawan-kawan yang lain. Huh.. Rasa serba salah pula. Ana manalah boleh pergi keluar camtu je. Katanya, kesian tengok Ana tak dapat keluar dengan kawan-kawan. (Yaa! Aq boleh keluar ngan family lah..) Hurmm.. Tapi, boleh ke lepaskan rindu dengan kawan-ii ? Takkan.. Kalau tetiba jumpa kngkawan kat shopping complex ke,, kat mydin ke.. Mmg teruja habislah! Kalau nak jumpa kat pasar malam memang taklah. Dahlah ramai org. Kalau jumpa pun tak sedar. (Haha.. Macamlaha aq selalu pergi pasar malam. Gaknya, setahun 2/3 kali je. Cakap je lebih) Haha..
Tengok tuh! Bila nak bual kosong banyak je cerita. Tapi, bila kita nak ready tajuk untuk dibual, mmg takde ceritalah jawabnya! Ckit je ceritanya kan? Biasanya,, mmg Ana akan buat cam bual kosong ckit. Setiap kali nak update entri. Update je apa yang keluar dari kepala otak yang shenget ckit nih.. And then, habis citer baru reka tajuk. Kalau reka tajuk dulu, tak sudahlah jawabnya! Bila sebut perkataan shenget teringat kawan-ii kat SKK. Korang sihat? Jangan cakap tak okay.. Bahasa SKK memang Ana takkan lupa! Cweet, shenget, shakai, and macam2 lagilah.. Lepastu, bahasa yang agak tak betul tuh.. Fafa bagai.. Mmg aq takkan lupa! Panggilan nama yang korang reka pun aq takkan lupa! Btw, jauh di sudut hati Ana,, diorang ni sebenarnya awesome and cool gile! Korang selalu tebalkan telinga dekat ejekan dan sindiran. Macam takde benda. Panggil korang badak pun korang tak kisah. Korang macam anggap itulah nama yang rasmi khas untuk korang! Haha.. Ana nih.. tukar-tukar topiklah.. Jap-jap, keluar dengan kengkawan.. Jap-jap, perangai diorang! Eh.... cop cop! Ana tak tukar topik. Yes! Dah dapat tajuk apa nak bagi untuk entri kali ni. So, taknak buang masa. Cerita korea menanti.. Okay-ii.. Assalamualaikum

Tutorial : Fanpage Like Button

Ana Myhusna | 11:17 | 0Comments |

Hai semua! Okay, tadi ada yang bertanya dekat Cbox Ana macam mana nak buat button like fanpage dekat blog. Kat sidebar Ana tu kan, ada button like tu. Tapi, sebelum Ana mulakan tutorial. Ana nak ajar ckit yea. Dekat Cbox tu ada 3 kotak yang perlu diisi.
Name : (Tulislah nama korang. Bukan guna nama Ana)
Email / URL : (Bagi URL blog korang. Ana taknak emel. Korang punya URL. Bukan Ana punya.)
Message : (Tulislah mesej korang. Asalkan tak kurang diajar sudahlah.)

Faham? Itupun, nak kena ajar.. Haishh.. Ok ok.. Mula tutorial jom!
1. Klik sini dulu.
2. Lepastu, pergi dekat wall fanpage korang. And then, copy URL fanpage korang tuh. Contoh Ana punya.
3. Then, korang pergi balik dekat link yang Ana kasi tadi. Kat situ ada kotak yang korang kena isi. Dekat kotak Facebook Page URL, isikan URL fanpage korang tadi.
4. Lepastu, adjustlah width dengan height korang. Dan adjust lagi apa yang korang nak adjust. 
5. Lepastu, click Get Code.
6. And then, copy code IFRAME.
7. Then, macam biasa korang pergi Dashboard - Layout - Add A Gadget - HTML/Javascript
8. Lepastu, paste kan code tadi dekat situ.

Done! Save. Mudah je kan? Ok ok.. Assalamualaikum..

P/S : Ana minta maaf kalau takde screenshot. Belum download lagi. Maaf ye.

Memori Tercipta

Ana Myhusna | 14:41 | 0Comments |

Hai semua! Okay.. Sebenarnya, entri ni entri saja-saja je.. Ana cerita je apa yang keluar dari hati Ana nih.. Ceh.. Haha.. Okay2.. Sebenarnya, apa yang keluar dari hati Ana always tentang mereka. Kawan-kawan Ana yang always ada bila Ana susah dan senang. Ana tak boleh lupakan diorang. Ana tak boleh lupakan segala nasihat diorang dekat Ana. Diorang je yang tau kelemahan Ana. Diorang jugak yang tau kelebihan Ana. Diorang tau perangai Ana dan Ana tau diorang terima Ana seadanya. Bcus, kat sekolah kadang2 Ana ni mengada ckit.. Huhu.. Kadang2, jadi kurang waras. Tapi, diorang still accept Ana sebagai kawan baik diorang. Bagi kitorang, perkataan gedik, mengada-ngada atau lain-lain yang agak sensitif tuh dah biasa sangat kat telinga. Kitorang sebut je.. "Menggediklah kau!". Lebih kurang camtulah.. Tapi, sebenarnya hati kitorang tak sama macam apa yang telah diluahkan. Sebab tu Ana cakap mereka kawan baik Ana selamanya! Baru2 ni, dah banyak status maaf, rindu, sayang dari semua kawan-kawan Ana kat fb. Ana baca pun tersentuh. Walaupun, komen-komen kat situ semua komen gaduh-gaduh manja. Maksud Ana bertekak mulut. Semua nak menang! Tapi, Ana suka tengok situasi camtu. Tapi, kalau dah teruk sangat memang taklah nk suka. Right?
Apapun, Ana rindu diorang sangat-sangat. Memanglah hari-hari chatting, tapi suara diorang Ana tak dapat dengar. Ekspresi muka diorang macam mana? Huh.. Sabar jelah! Rindu sangat nak tengok sumer tu.. Btw, Ana ada buat satu video yang special gila untuk diorang. Nak buat status dah ramai yang buat. Nak buat gambar pun dah ramai yang buat. Ana pun buat yang lain dari lain! Buat video.. Huhuhu.. Okay2.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum..

Tanpa Mereka..

Ana Myhusna | 09:59 | 0Comments |

Hai semua! Siapa kat sini darjah 6? Tahun depan mestilah nak masuk form 1 kan? Ha! Nilah satu masalah untk Ana dan kwan2 Ana. Kitorang takut tak dapat jumpa lagi. Susah tau nak cari kawan sebaik diorang semua. Ada apa2 je, mesti share sama-sama. Susah sama-sama, senang pun sama-sama. Bila salah seorang dari kitorang dalam kesusahan, mesti semua sekali jadi susah memikirkan masalah dia. Susah sangat nak cari kawan camni. Ana takkan lupa apa diorang buat time Ana susah. Lebih-lebih lagi, kawan2 yang membesar dengan Ana dari kecil dekat taska. Sekarang, Ana dah berhnti taska.. Hurmm..

Embedded image permalink
Koranglah kawan baik aku dunia akhirat! Jangan lupa aq tau!
Time salah seorang dari kitorang gaduh je, mesti kitorang semua susah hati. Kitorang mesti nak juga cari jalan untuk berbaik dengan diorang. Ana takkan lupa diorang. Harap2, kita boleh jadi camni lagi tahun depan. Bila, balik sekolah time hari last tuh..semua dok buka fb, update status sedih2.. Tag semua kawan-kawan. Wall Ana pun dah penuh. Masing-masing hantar mesej mohon maaf. Ana sedih sangat tau! Walau apa pun, harap jumpa lagi. Dekat whatsapp, Ya Allah! Diorang ni, baru beberapa jam tak jumpa, terus bising2 kat whatsapp. Dekat group 6 Amanah. Ana pun sibuk bising jugak. Hehe.. Yelah, mana taknya.. Kelas kitorang memang macam ni. Lelaki perempuan semua satu geng. Tapi, berbatas. Kitorang just rapatlah.

Embedded image permalink
Ni pula time dekat Kidszania. Ana rindu nak berhappy ngan diorang cam nih. Ana tak taulah bila boleh hang out camni. Lagipun, mama Ana bukannya kasi Ana hang out ngan kawan2 kecuali lawatan sekolah. Kan sedih tuh!

Embedded image permalink
Ni time kitorang nak amik PSRA. Haha.. Macam tak amik pula. Sebab tak nervous pun. Banyak cakap adeler.. Btw, Ana rindu telatah dan gelagat diorang yang agak gila-gila nih. Ana rindu kata-kata nasihat dan peringatan dari diorang. Ana rindu lawak TANPA SENGAJA diorang. ^^ Ana rindu macam2 lagi dari diorang. Ana taknak kawan lain! Ana nak diorang jea. Bukan diorang je, Ana nak bebudak 6 Amanah dekat SKK! Ana taknak yang lain! Ana nak geng 6 Amanah yang perangai agak gila-gila. Walaupun otak kengkadang cam takleyh pakai, tapi diorang still the best! Susah nak dapat pengganti! Ana nak diorang juga! Oklah.. Ana dah tak boleh nak menaip. Keyboard dah basah dengan air mata Ana. Assalamualaikum.



Alhamdulillah

Ana Myhusna | 15:31 | 2Comments |

Hai semua! Baru kali ni, Ana ada peluag untuk selalu buka blog. Bukanlah selalu. Tapi, bolehlah buka tu kan.. Selama ni, Ana tak boleh buka blog sebab laptop Ana rosak teruk! Time laptop ada pula Ana sibuk! Sebab tulah.. Yang umum pemenang haritu pun Ana pinjam laptop mama Ana. Skarang nih, abah Ana bagi Ana laptop baru. So, bolehlah pakai tuh. Cuma tak boleh selalu buka. Hehe..
Baru-baru ni, result UPSR dan PSRA diumumkan. Dan Ana bersyukur sangat2 kehadrat Ilahi. Tanpa izinnya, Ana takkan berjaya dan lulus ujian. Ana ucap terima kasih sangat-sangat kat korang yang doakan kejayaan Ana. Ana ucap terima kasih juga dekat ibu bapa Ana yang selalu sokong dan doakan Ana untuk berjaya. Adik-adik angkat Ana pun sama. Terima kasih doakan akak. Alhamdulillah, dalam PSRA Ana dapat Jayyid Jidan. 84.4%. Oklah tu kan? Hehe.. UPSR pula Ana bersyukur sangat sangat! Sebab Ana dapat 5A! Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Kalau kat sekolah, hadiah dia mestilah sijil, cenderamata dengan duit kan? Syukur.. Haritu, Ana pergi Kidszania dengan kawan2 drjah 6, Ana pakai duit Ana sendiri jea. Skang. duit Ana dah dapat balik! Hehe.. Hadiah sekolah tuh.. Haha..
Ana bersyukur jugak sebab sekolah Ana dapat capai kedudukan Top 10 dalam Selangor. Tempat ke-7. Walaupun, bilangan yang dapat 5A kurang seorang daripada tahun lepas, tapi yang dapat 4A 1B tu ramai. Alhamdulillah..
Sekolah agama pula, yang dapat Mumtaz dalam PSRA tu ramai! Makin meningkat bilangannya. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi. Hari2, dekat sekolah kebangsaan murid2 tahun 6 buat solat hajat, solat dhuha, baca Yaasin. Mohon keampunan dari Allah dan memohon doa supaya berjaya dan lulus dalam UPSR dan PSRA. Cikgu-cikgu pula, buat solat hajat, baca Yaasin time murid2 tahun 6 dalam dewan peperiksaan.. See! Inilah hasilnya.. Time dapat result tu, semua muka cuak! Haha.. Oklah.. Cukup sampai sini saja.. Assalamualaikum.