Alhamdulillah

Ana Myhusna | 15:31 | 2Comments |

Hai semua! Baru kali ni, Ana ada peluag untuk selalu buka blog. Bukanlah selalu. Tapi, bolehlah buka tu kan.. Selama ni, Ana tak boleh buka blog sebab laptop Ana rosak teruk! Time laptop ada pula Ana sibuk! Sebab tulah.. Yang umum pemenang haritu pun Ana pinjam laptop mama Ana. Skarang nih, abah Ana bagi Ana laptop baru. So, bolehlah pakai tuh. Cuma tak boleh selalu buka. Hehe..
Baru-baru ni, result UPSR dan PSRA diumumkan. Dan Ana bersyukur sangat2 kehadrat Ilahi. Tanpa izinnya, Ana takkan berjaya dan lulus ujian. Ana ucap terima kasih sangat-sangat kat korang yang doakan kejayaan Ana. Ana ucap terima kasih juga dekat ibu bapa Ana yang selalu sokong dan doakan Ana untuk berjaya. Adik-adik angkat Ana pun sama. Terima kasih doakan akak. Alhamdulillah, dalam PSRA Ana dapat Jayyid Jidan. 84.4%. Oklah tu kan? Hehe.. UPSR pula Ana bersyukur sangat sangat! Sebab Ana dapat 5A! Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Kalau kat sekolah, hadiah dia mestilah sijil, cenderamata dengan duit kan? Syukur.. Haritu, Ana pergi Kidszania dengan kawan2 drjah 6, Ana pakai duit Ana sendiri jea. Skang. duit Ana dah dapat balik! Hehe.. Hadiah sekolah tuh.. Haha..
Ana bersyukur jugak sebab sekolah Ana dapat capai kedudukan Top 10 dalam Selangor. Tempat ke-7. Walaupun, bilangan yang dapat 5A kurang seorang daripada tahun lepas, tapi yang dapat 4A 1B tu ramai. Alhamdulillah..
Sekolah agama pula, yang dapat Mumtaz dalam PSRA tu ramai! Makin meningkat bilangannya. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi. Hari2, dekat sekolah kebangsaan murid2 tahun 6 buat solat hajat, solat dhuha, baca Yaasin. Mohon keampunan dari Allah dan memohon doa supaya berjaya dan lulus dalam UPSR dan PSRA. Cikgu-cikgu pula, buat solat hajat, baca Yaasin time murid2 tahun 6 dalam dewan peperiksaan.. See! Inilah hasilnya.. Time dapat result tu, semua muka cuak! Haha.. Oklah.. Cukup sampai sini saja.. Assalamualaikum.

2 comments:

Badlishah Azman said...

Okaylahtu.. Shah punn 87 . 3 % je. Jayyid jidan

Ana Myhusna said...

@Badlishah Azman Shah punye mrkah lagi okay.. Tp, skang ni akak nye markah tu mrkh PSRA. Tp, akak brsyukur.. :)