Happy Siblings ^^

Ana Myhusna | 17:25 | 3Comments |

Hai semua! Sekarang ni, memang Ana tengah bosan. Takde moodlah nak tengok citer korea semua tuh! Ana rasa penat yang teramat sangat. Penat gilalah melayan kerenah adik-adik yang tak habis-habis suruh buat telur scramble lah, kentang lah, nasi goreng lah, air anggur lah.. Macam-macam diorang minta. Taulah bibik dah takde skarang nih. Tapi, bukan bermakna Ana nak kena jadi bibik! Kalau Ana taknak buat je, mama Ana mulalah nak membebel. Kenalah bersabar. Bukan mama Ana tak boleh buat.. Tapi, dia baru lepas demam. Takkan nak suruh buat kerja yang belambak tu.. Right? Abah Ana pula dekat Shah Alam dari semalam lagi. Kejap pergi Kelantan, kejap pergi Sabah, Terengganu lah.. Mama Ana cakap apa tau,
"Dulu, abah kuli, kena travel luar negara selalu.. Skarang, abah boss kecik kena travel luar negeri selalu.."
Aduh! Geram pula mendengarnya. Tapi, Ana pelik juga boss tu berperingkat ke? Sampai mama Ana cakap boss kecik bagai. (Sorilah.. Ana tak cukup pengetahuan. Hehehe..) Sekarang ni, Ana dengan adik lelaki Ana sorang ni menunggu abah Ana balik. Sebab apa? Sebab kitorang memang selalu menunggu abah balik. Hehe.. Tapi, yang kalini punya ada lagi sebabnya. Sebab abah Ana ada janji nak belikan something untuk kitorang. Adik Ana tu nak sangat 'wii' dia. Ana tak taulah apa bendanya. Yang Ana tau it's a game. Ana pula, bukan Ana minta. Mama Ana yang bagi pendapat antara Ipod or Ipad Mini. Kalau nak Ana punya pendapat, Iphone lah jawabnya! Haha.. Mama Ana kata, orang kaya je pakai Iphone! Kalau nak Iphone tu kerja dulu. Haha.. Then, Ana nak sangat Ipad Mini. Lepas duk belek-belek Ipad Mini kat google & youtube.. Puaslah tu.
Ana takdelah meminta sangat benda tu semua dari Abah. Berharap dalam hati je.. Hehe.. Tapi, adik Ana. Ya Allah... Setiap hari dok membebel kat telinga abah Ana minta 'wii'. Abah Ana cakap apa tau?
"Setakat masuk kelas first dah minta barang mahal. Kakak tu 6 tahun masuk kelas first. Heran pun tak."
Haha.. Ana pun mengiyakan jelah apa yang abah Ana cakap tuh. Nak heran apa kan masuk kelas first tiap-tiap tahun tuh. Ana ni dapat 5A pun tak dapat pape tau! Adik Ana je over-reacting sangat! Haha.. Okay-ii.. Nampaknya kalini, Ana bercerita panjang pula ya? Cukup sampai sini saja. Assalamualaikum. ^_^

3 comments:

  1. wah bijak nya adik. akak dulu pun dapat 4A je. pandai adik design blog ni. comel :3

    ReplyDelete
  2. Ehehe, budak-budak biasalah tu. :)

    ReplyDelete
  3. awak di tag soalan cepumas, sila ke sini http://hikayatraisyasukor.blogspot.com/2013/11/soalan-cepumas-untuk-mangsa-tag-i.html

    ReplyDelete

Love you!