Memori Tercipta

Ana Myhusna | 14:41 | 0Comments |

Hai semua! Okay.. Sebenarnya, entri ni entri saja-saja je.. Ana cerita je apa yang keluar dari hati Ana nih.. Ceh.. Haha.. Okay2.. Sebenarnya, apa yang keluar dari hati Ana always tentang mereka. Kawan-kawan Ana yang always ada bila Ana susah dan senang. Ana tak boleh lupakan diorang. Ana tak boleh lupakan segala nasihat diorang dekat Ana. Diorang je yang tau kelemahan Ana. Diorang jugak yang tau kelebihan Ana. Diorang tau perangai Ana dan Ana tau diorang terima Ana seadanya. Bcus, kat sekolah kadang2 Ana ni mengada ckit.. Huhu.. Kadang2, jadi kurang waras. Tapi, diorang still accept Ana sebagai kawan baik diorang. Bagi kitorang, perkataan gedik, mengada-ngada atau lain-lain yang agak sensitif tuh dah biasa sangat kat telinga. Kitorang sebut je.. "Menggediklah kau!". Lebih kurang camtulah.. Tapi, sebenarnya hati kitorang tak sama macam apa yang telah diluahkan. Sebab tu Ana cakap mereka kawan baik Ana selamanya! Baru2 ni, dah banyak status maaf, rindu, sayang dari semua kawan-kawan Ana kat fb. Ana baca pun tersentuh. Walaupun, komen-komen kat situ semua komen gaduh-gaduh manja. Maksud Ana bertekak mulut. Semua nak menang! Tapi, Ana suka tengok situasi camtu. Tapi, kalau dah teruk sangat memang taklah nk suka. Right?
Apapun, Ana rindu diorang sangat-sangat. Memanglah hari-hari chatting, tapi suara diorang Ana tak dapat dengar. Ekspresi muka diorang macam mana? Huh.. Sabar jelah! Rindu sangat nak tengok sumer tu.. Btw, Ana ada buat satu video yang special gila untuk diorang. Nak buat status dah ramai yang buat. Nak buat gambar pun dah ramai yang buat. Ana pun buat yang lain dari lain! Buat video.. Huhuhu.. Okay2.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Love you!