Aku Memang Begini..

Ana Myhusna | 22:36 | 0Comments |

Hai, apa khabar? Nak kenal boleh? Nama Ana, Ana. Wuii.. Salah tu.. Nama saya, Ana. Ha! Baru betull.. Hehe. Ok.
Ha! Ok ok.. Mesti tak faham kan dengan quote nih. Ana baru je buat tadi.. Sebab tu gambar quote ni nampak buruk dan bowink.. Hek! Sebenarnya, Ana sendiri tak boleh nak cakap apa yang Ana rasa. Dunia chatting di alam maya dan chatting face to face sangat sangatlah berbeza. Kadang-kadang, bila kita chatting kat alam maya sometimes kita tak rasa malu untuk sebut satu perkataan tu and sometimes kita takut nak sebut atau tak tau nak cakap macam mana. Alaahh.. Mesti tak faham kan? Oklah.. Kalau Ana, bila chat kat fb or wechat or whatsapp atau lain-lain, Ana akan jadi speechless. Tak tau nak cakap apa. Sampai bila orang tanya atau tegur, Ana jadi takut. Nak compose ayat tu punyalah gelabah. Tak tahu nak cakap macam mana. Kalau chat ngan kawan rapat, maybe okay sikit. Kalau chat dengan orang lain atau someone special? Mesti speechless ckit. Ramai jugaklah orang cakap Ana sombong. Tak tegur dorang kat fb, wechat atau sms dorang. Ana pernah banyak kali try nak chatting ngan orang. Tapi, time compose ayat tulis 'Assalamualaikum'. Bila nak send tu, tak jadi. Mesti Ana padam ayat tu dan tutup phone. Ana still tak boleh buat semua tu. So, bila Ana boring dan teringin nak chatting, Ana tunggu orang yang tegur Ana. Haishh.. Ntah kenapa Ana fobia sangat tegur orang. Kalau kawan tu maybe okay ckit. Ataupun, Ana tegur ada sebab. Nak borak pasal tu ke ni ke. Okay, maybe time tu Ana confident. Tapi, bila setakat nak bual kosong, Ana memang fail lah! Susah.. Sampai bila Ana rindu kat someone tuh, Ana tunggu je sampai dia tegur sambil Ana cari sebab untuk tegur dia. Cus, kalau Ana tegur tanpa sebab atau setakat nak bual kosong dan melepaskan rindu, Ana memang fail.
Lain pula bila chatting face to face. Memang mudah sangatlah kan. Jumpa je borak. Jumpa je borak. Kalau chatting face to face Ana lah rajanya. Haha.. Boleh cakap mulut Ana ni banyak cakapnya lah.. And, maybe sebab tu Ana buat blog. Sekurang-kurangnya, ada peneman untuk bercerita. Bila chatting kat dunia maya nih, Ana jadi lain. Tak taulah kenapa. Tapi, bila cakap sorang-sorang, maksud Ana macam yang Ana buat sekarang nilah kan. Buat entri takde orang kacau, so time tu Ana jadi banyak nak cerita. Ada tak antara korang sama cam Ana? Bila cakap face to face, banyak mulut. Bila bual kat wechat, sms, fb dan lain-lain korang jadi speechless. Tak tau camne nak cakap. Pernah tak? Kalau pernah, that's mean Ana ada geng yang sama peliknya macam Ana. Hehe.. Orite! Assalamualaikum.

P/S : Jom join Simple GA ini! Simple Giveaway. <<< Klik situ

No comments: