Hadapi Dugaan Kena Sabar..

Ana Myhusna | 21:37 | 4Comments |

Hai semua! Huahhh... Ngantuk gile nih! Apa pasai hang ngantuk?? Dah malam lah derr.. Okok.. Hehe.. Sorilah.. Tak betul ckit lepas balik dari MRSM Gemencheh ni. Hokeng.. Korang korang.. Ada tak yang pergi interview MRSM bebaru nih? Ha! Cuak kan? Tak cuak takpe.. Ana kesah apa.. Hehe.. Nak pergi interview tu rasa macam Tuhan nak uji Ana supaya bersabar. Sebab apa? Sebelum hari interview. Malam tu, Ana dah ready nak tidur dalam pukul 10:30 macam tu. Tapi, takleyh tido langsung! Duk baring je atas katil. Dah buat macam-macam supaya dapat tidur. Nak tau apa Ana buat?
First, mata Ana ikut pergerakan kipas yang agak laju tuh.. Ikut je sampai juling mata nih! Merah, berair. Dah menguap-nguap dah waktu tuh. Tapi, still tak tido lagi. Then, dah giveup buat benda tuh, Ana kira satu-satu jari Ana sampai seratus. Penat. Menguap balik. Tapi, tak tidur lagi! Lepastu, Ana duk main-main kaki Ana. Hurmm.. tengok tak cerita korea nih? Full House Take 2. Ha! Ana main-main kaki Ana ikut yang dalam citer tulah. Katanya, boleh buat ngantuk. Yes! Memang Ana ngantuk. Dah menguap-nguap dah. Mata dah berair dah. Tapi, kepala hotak ni tak habis-habis pusing-pusing. Ingat pasal kawanlah.. Interview besoklah.. Buat Ana rasa still takleyh tido. Nak je try kira kambing. Nak cari mana kambing? Haha.. And then, dah lama Ana try buat macam-macam, dah lelap mata baca surah 3Qul, ayat Qursy, Al-Fatihah, baca doa tidur dah.
Then, disebabkan tak boleh tido..Ana main bayang-bayang. Aircond terbuka. Ana pakai selimut. Lepastu, selimut tu agak jarang ckit. Ana pun main bayang-bayang. Letak tangan dekat belakang selimutlah apalah. Adik Ana dah nak tertidur. Dia baring kat katil, dari jauh dia pandang Ana. "Dah tak betul ke kakak aq nih?" Ana bukaklah selimut. Tengok adik Ana jap. Fuhh.. Malu gileee.. Dah buang tebiat dah Ana nih.. Lepastu, dah lama-lama Ana main sorang-sorang.. Ana bukak selimut yang berselubung satu badan macam mayat nih tengok jam sebelah katil adik Ana. Astaghfirullah! Dah pukul 1:20! Ha! Amik kau.. Aq nak bangun camne besok pagi??? Last-last, tup tup tertido! Wahkahkah.. Boleh lak kan?
Besok paginya, pukul 5 pagi Abah Ana dah kejut. Ana bangun, tengok jam. Dalam hati cakap, Rasanya, tadi terdengar abah membebel. Apa ek dia cakap? Baru pukul 5 nih.. Lek luhhh.. Bush! Tidur balik. Pukul 5 suku. Mama Ana pula kejut. Husna.. Bangun mandi.. Ana bangun. Tengok mama Ana takde dalam bilik. Dahh keluar kot.. Tengok jam. Baru pukul 5 suku.. Chillax derr.. Tidur sambil berfikir. Apsal aq cam dengar mama ngan abah kejut mandi ek? Fikir dan fikir dan fikir.
Astaghfirullah!! Bangun terus segar mata. Pukul 6 nak bertolah lah!! Ana cepat-cepat lompat katil turun. Pergi kat almari cermin jap. Allah.. Mata aq.. Macam hantu panda. Takpe takpe.. Gi mandi. Then, dah siap apa semua. Dah azan, solat subuh, betulkan tudung depann cermin. Hampir setengah jam kau! Abah Ana pun, Husna...cepat ckit.. Lari pergi kat meja adik. Tengok jam kat dinding. Lorhhh.. Dah pukul 6:30?? Cekup beg, lari turun tangga. Huahaha.. Dugaan.. dugaan.. Masuk kereta, tidur! Time nak dekat tuh, pergi sarapan KFC. Lepastu, sambung perjalanan sampai MRSM Gemencheh. Dah habis interview, balik tidur dalam kereta. Sampai rumah, dah hujan. Tengok cermin sebelum keluar kereta. Ya Allah! Zombi mana nih?? Ana lah tuh. Haha.. Tidur tak ingat dunia. Ngantuk tau?! Haha..
Itulah dia dugaan sepanjang hari. Panjang kan citer? Komen-komenlah ye.. ^_^
Assalamualaikum.

P/S : Jom join Simple GA Ana! Klik sini.