Hari Persekolahan Bakal Kembali Lagi..

Ana Myhusna | 14:47 | 1Comments |

A beautiful scene. Takde motif letak gambar ni. Just put it here for no reason. Hee..
Rainy autumn
Wahhh.. Nampaknya, hari persekolahan dah nak dekat. Wa nak cuti lagi wooo.. Nak cuti lagi.. Sobsob.. Ana nampaknya pergi sekolah SAAS sementara tunggu keputusan MRSM. Memula, harap sangat dapat masuk MRSM. Tapi, lepas hari pendaftaran, ambil buku teks dengan tengok kelas haritu, jadi berat hati pulak nak tinggalkan SAAS. Hek! Baru sekali melangkah masuk, dah over.. Tapi, doa doalah juga Ana dapat MRSM. Kan lagi bagus tuh.. Ceihh.. Sebelum ni taknak masuk asrama. Tetiba je ubah fikiran ni kenapa? Haha.. Btw, hai semua.. Lupa pula nak ucap! Hehe.. Tak lama mana pun Ana meninggalkan blog kan? Tu pun, Ana ada curi-curi masa buka blog edit background ler.. Blogwalking 2,3 blog.. Takkan takde yang perasan kuttt.. Blog Ana dah tukar background dekat border. Cer ingat-ingat balik.. Haha.. Over seyhh.. Tulah.. Baru kejap tak buka blog dah sewel!
Haritu, Ana ada citer yang Ana tak ready dan takut nak bertudung labuh.. Yolah.. Bebudak SAAS manalah ramai yang bertudung labuh. Tapi, bila sampai time pendaftaran haritu! Fuhh.. Bekas dak-dak SKK pun ada yang bertudung labuh. Sorang dua jelah.. Budak sekolah lain pun ada. Tapi, time tu baru Ana perasan. Ana punya, macam tudung labuh dak-dak asrama. Dorang tudung labuh biasa-biasa je. Tapi kan... Haha.. Tabiat Ana yang paling Ana takleyh buang. Mesti Ana nak angkat tudung yang labuh tu atas bahu bagi kurang sikit labuh dia tu. Time Ana first-first sampai sekolah, tengok kelas then pergi jumpa kengkawan.. Salah sorang dari kawan Ana, Farisha cakap. "Aku dah agak dah.. Mesti kau angkat tudung camtu. Tu kan tabiat kau sejak sekolah rendah.." Wahaha.. Ana tersengih-sengih jelah time tu!
And Alhamdulillah,, masuk kelas 1 Amanah.. Kelas first tu antara 14 kelas.. Ceh! Poyo je.. Tapi, sedeyh juga sebab kengkawan sumer ramai yang duk kelas ke-5. Tak silap 1 Ehsan. Haishh.. Frust nih.. Adalah 2,3 kawan satu kelas ngan Ana. Cuma yang tak puas hati nih, sorang budak laki, kira cam adik kepada bekas kakak angkat Ana......kepada dia sekelas ngan Ana? Ni yang bengang nih.. Haishh.. Ntah kerenah apalah yang dia nak buat lagi agaknya. Ish ish ish.. Nasib baik kau adik best friend aku. Kalau tak, hurmmm.. Ntahlah! Haha.. Orite! Nampaknya, banyak pula berceloteh lepas sekejap tak buka blog. Kk.. Assalamualaikum

P/S : Doa-doalah yang terbaik untuk Ana ye! ^^

1 comment:

  1. selamat kembali ke sekolah :-) jom join segmen d dzureendarwis.blogspot.com

    ReplyDelete

Love you!