I Miss Them..

Ana Myhusna | 09:02 | 3Comments |

Life Is Like A Camera Right?
Life is like a camera
Hello dan hye semua ! Baru-baru ni, Ana adalah join satu segmen. Okay, joinlah segmen nih! Korang boleh doodlekan gambar korang dengan kawan-kawan kalau korang menang! Mencari 3 orang pemenang. Ha.. Siapa yang taknak kalau gambar dia dengan kawan-kawan di doodlekan kan? An pun beriya nak. So, joinlah segmen ini! Mesti seronok punya woo.. Then, lepas Ana join segmen nih, kalau nak tahu Ana ceritakan pasal kengkawan Ana kat entri segmen tu sampai nak menangis tau! Tangan menggeletar je time menaip. Ya Allah.. Betapa rindunya aku dengan kawan-kawan aku..
Ana harap sangat-sangat, next year Ana boleh jumpa diorang. Dahlah bff Ana sendiri dapat masuk SAMTEN! Erghhh.. Kalau takdelah bff Ana, hidup ni rasa boring je.. Kalau kat sekolah, biasanya Ana rehat berdua je dengan BFF Ana. Kengkadang je, kawan rapat Ana yang lain lepak dengan Ana time rehat. BFF Ana tu nama dia FItri. Maybe, kalau korang baca entri segmen yang Ana punya tu, korang akan siapa kawan-kawan Ana. Selalunya, Ana dengan Fitri tak pernah langsung berpisah. Pergi mana-mana mesti sama-sama. And sometimes dak dak laki yang mengada nih cakap kitorang suka sejenis. Nak je tumbuk diorang tu. Tampar pun tak berani. Dah berangan nak tumbuk? Well, diorang saja je pun cakap camtu. Cus, Ana ni punnn.. Takyah taulah.. Cukup kawan-kawan je tau masalah Ana dengan semua budak lelaki nih..
Bila ingat pasal lelaki Ana mulalah ingat nasihat kawan Ana, Safii sebelum habis sekolah agama time hari terakhir tu. Hurmm.. Bukan Safii je semua nasihat Ana benda yang sama. "Jangan terlalu lembut hati dengan lelaki". Ringkasannya begitulah. Kalau nak ceritakan, nanti kata Ana bangga lak kan. Walaupun, Ana sebenarnya dah rimas hidup macam ni. Nasib baik ada kawan yang setia dengan Ana time sedih atau gembira.

Setiap malam, sebelum tidur mesti Ana ingat balik dan cerita dengan diri sndiri pasal kawan-kawan. Ana dah macam orang gila rindukan diorang. Ana takut tahun depan tak dapat jumpa. Safii tu pun entah-entah masuk sekolah convent kot kot.. Terpaksa ikut keputusan mak ayah.. Tapi, kalau dia masuk sekolah tu, agaknya boleh ubah tak sikit perangai. Wahaha.. Dia kan agak boyish sikit.. Tapi, hati still cam perempuan. Masih ada perasaan pada lelaki. Kuat merajuk. Well, kitorang pun kengkadang pening dengan perangai kuat merajuk nya tuh.. Hehe.. Apapun, dia still kawan yang baik. Ana harap sangat kitorang sumer still boleh meet each other macam biasa next year. Amin.. Bila sebut amin..... Haishh.. Kusut kepala bila fikir satu-satu. Ingat yang ni, teringat yang tu pulak. Sokay..
I miss my friends.. ;(

Okay, Assalamualaikum.

3 comments:

  1. Salam kenal ana..snggh dan folo blog ana..jika sdi,snggh ke blog sya ya ^_^

    ReplyDelete
  2. semoga ikatan persahabatan adik dan kawan-kawan sentiasa utuh.. :)

    ReplyDelete

Love you!