Tonton Wayang Di AEON!

Ana Myhusna | 20:56 | 0Comments |

Hai semua.. Wahh.. Lama jugak ye agaknya Ana tak update entri tentang diri Ana. Fuh fuhh... Hehe.. Sebelum Ana cerita, Ana nak ajak korang join GA Ana ni! Alaa.. Scroll atas mesti ada GA kan? Hehe.. Joinlah ye! Ana ada juga tengok Cbox kat blog orang ada yang mempromote, maybe salah satu dari sponsor kott.. Okay-ii takpe..
Berbalik pada tajuk, ha! Nak tau? Malam semalam.. Ya Allah.. Mengantuk habis time balik. Tapi, bila sampai rumah tak jadi tidur. Pukul 5 pagi baru nak tidur. Haha.. Bila bangun solat subuh, mata merah habis! Sebelum ni, Ana dengan family dah banyak kali bercadang nak tengok wayang. Pada awalnya, kitorang bercadang nak tengok cerita 'Ustaz, mu tunggu aku datang'. Tapi, akhirnya kitorang tengok dua cerita sekali gus. Sampai pukul 2 pagi. Mana tak ngantuknya.. Memula, pukul 9 malam. Ana dengan family Ana tengoklah cerita 'Ustaz, mu tunggu aku datang.'
First of all, citer ni memang lawak. Kalau nak kata dalam wayang tu, (apa nak panggil tempat tu ek?) tak macam dalam wayang. Wayang kan biasanya senyap je. Ini bising. Asyik duk gelak tak habis-habis. Ana nak gelak jugak tau tapi takut. Nak gelak je kena ganggu dengan orang belakang. Haisehmannn.. Teruk bebenor gelaknya tuh. Nasibb kau laki. Haha.. Cerita ni mengisahkan dua orang lelaki yang tak pernah solat or dalam citer tu panggil hidup dalam keadaan jahiliah. Memula, sorang kawan dia ni pergilah berhenti kat masjid sebab tak tahan nak gi tandas. Lepastu, jumpa pula dengan sorang laki nih. Pakai jubah semua kan.. Tak silaplah.. Lepastu, dia pun tanya soalan. Ha.. Kalau nak tau tengok sendiri. Kalau dh tengok,, bestkan? Kira cam Allah nak bagi hidayah kat diorang lah.. Walau asyik masuk penjara sebab jadi mangsa keadaan, diorang tetap nak pergi tengok ceramah UAI. Haha.. Ustaz..Azhar Idrus.. Hehe..
Okk.. Lepastu, dalam pukul 12 dah habis citer tu. Pukul 12 setengah, sambung lagi tengok citer Frozen! Memang frozen habislah! Duduk dalam tu, Ya Allah.. sejuk gila! Air botol yang kitorang beli pun dah macam baru keluar peti ais time keluar dari wayang tuh. Citer ni mengisahkan adik beradik. Kakak dia ada kuasa yang agak luar biasa. Kakak dia boleh buat salji and macam-macam lagi yang melibatkan sejuk atau freeze (beku). So, kakak dia ni tak boleh nak kawal kuasa. Last-last, tengoklah sendiri ya.. Apapun, memang best gile cerita dia. Macam mana lah orang putih ni pandai imagine citer pelik-pelik ni kan? Hoho.. Oklah, Assalamualaikum

P/S : Jangan lupa join GA Ana ye. Berlangsung dua minggu tuh. Hehe..

No comments:

Post a Comment

Love you!