Wa Punya Pasallah Ni Blog Wa!

Ana Myhusna | 00:00 | 9Comments |

Hai semua.. Perghh... Tajuk kemain lagi.. Haha.. Actually, tadi Ana tengah buat kerja ckit.. Lepastu, jenguklah kejap blog kan.. Haha.. Sambil menyelam, minum air! Then, time jenguk tu, sekilas pandang je pun.. Takde kerja tengok blog.. Blog kita kan buruk.. Org taknak tengok.. Kita jelah yg tengok.. Then, Ana tak sengaja perasan satu mesej kat cbox. Bukan! Tapi, dua dari orang yang sama. Who? Anon nama dia.. Ana tau ianya orang yang sama.. I/U konon.. Saya/Awak konon.. Puih! Haha..

Oh ye ke? 3 bulan? Lamanya U tak buka blog I.. Patutlah terkeZut benor ye.. AWAK delete blog AWAK knp? Hah? Sebab nak jadi pengkritik blog? Lorhh.. Gitu rupanya.. SAYA gembira dengan perubahan itu. 'Tingkatkan' perubahan awak. Thanks!

Tak sangka dalam dunia ni ada orang nama 'ANON' (unknown). Ana paling-palinglah benci orang yang bernama 'anon' ni masuk blog Ana then, komen benda negatif. Kalau Ana jadi orang 'anon' tu, Ana tak sejujur gile macam 'anon' tu. At least, kalau Ana tak suka, Ana komen murni je. Lu ada?! Takde kann... 'Anon'! Haha.. Okaylah.. Ana takdelah nak marah.. Tapi, nak nasihat kat si 'anon' ni n yg se-spesies dengannya.. Kalau masuk blog orang semata-mata nak komen negatif, tak perlulah sampai guna nama 'anon' tu.. At least, bagi emel sahih ke.. Fb ke.. Twit ke.. Kau buat apa kat internet? Takkan takde sumer tu.. Kerja kau komen pada keburukan orang lain ke? Okayy.. Kau begitu 'sempurna'.. Di mataku, kau begitu 'indah'.. Lagi apa ek? Tak ingat lak lirik lagu nih.. Haha.. Tapi, kalau korang cari kat cbox, mmg takkan jumpalah cus, Ana dah delete. Sebenarnya, Ana dah lama sabar dengan perangai kaum 'anon' nih.. Tak semua kaum 'anon' jahat.. Rilekss.. Hehe.. Act, dah selalu sangat dah kat cbox tu ada komen negatif dari 'anon'. Tapi, Ana tak berapa nak layan. Lagi-ii, Ana sibuk kebelakangan nih.. Nak belajar programming lagi.. Mana sempat nak layan blog or cbox..
Ha! Lagi satu, nak nasihat.. Klau tak suka sesuatu, (contohnya, blog sesiapa sahaja termasuk Ana), takyah jenguk blog tu dah.. Kalau korang still jenguk jugak, that's mean, korang peminat tegar blog tu! Kalau jenguk-jenguk, komen (yang negatif).. Baik x payah gitu.. Buat sakit aty orang je right? Semua orang tak sempurna.. Pi tengok cermin tu dulu, sempurna sangat ke awak? Tuhan dah tentukan setiap manusia tu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. So, jagalah mulut tu sikit.. Okay,, kena sambung buat kerja.. Assalamualaikum! ^^

Sekolah Baru, Hidup Baru

Ana Myhusna | 20:08 | 7Comments |

Hai semua! Sihat? Ana pula tak berapa sihat. So, doa-doalah Ana sihat n Ana pun always doakan korang. Hoho.. Ingat tak? Ana ada beritahu yang Ana dah transfer ke sekolah Maahad right? Maahad Hamidiah, Kajang. Ha! Susah tau nak cari kawan kat situ. What I mean is, diorang ni hyper-active. Perempuan pun kasar habis. Kengkadang tu, bila duduk kain naik atas. Montang-montanglah pakai seluar kat dalam. Kut sedap hati aje angkat kain. Haha.. Cik Ailyy sorang tu nak Ana cerita pasal sekolah baru. Moh nak citer nih.. Kalau bab kawan,, memanglah kekok ckit. Tapi, lama-lama oklah tu. Lagi-lagi, 5/2 ni Ana nak pindah masuk asrama. Baru je dapat tadi. Tapi, berat hatilah nak masuk asrama. Best ke tak ni ye? Haishhh.. Molla.. (몰라) Amboih.. Bertulis korea bagai... Actually, Ana ada belajar sikit-sikit tulisan n bahasa korea ni.. Huhu.. 
Ana sebenarnya, taknak duk asrama.. Tapi, nak duk asrama. Eih?? Guano tu?? Ana nak masuk asrama sebab penat pagi-pagi kena pergi skolah awal-awal. Dahlah jem.. Lepastu, time balik kena balik lambat nak ikutlah mak ayah balik pukul brapa. Biasanya, pukul 5. Bengang je.. Habis pukul dua suku balik pukul lima. Acanor tuh? Kalau time hari Selasa n Rabu tu boleh tahan lagi sebab habis pkul 4:30. Cus, ada koko. Hari Khamis pun tak kisah. Cus maybe, ada usrah n balik pukul 5 gak. Tapi,, nak tunggu tu yang malas. Dahlah mengantuk tunggu. Sebab tulah nak masuk asrama.
Ana taknak masuk asrama pulak sebab, Ana tak biasa dengan keadaan. Faham-faham jeler.. Walaupun dah biasa pergi camping,, but still......you know.. Haha.. Sekali je, pernah camping dalam bilik ber-aircond. Ani! Dua kalilah.. Satu lagi, tidur dalam aircond yang bernyamuk.. Haha.. Yang len, tidur dalam..ermmm.. hot aircond yang bernyamuk kutt?? Hehe.. Itulah salah satu sebab Ana taknak masuk asrama. Just tak biasa dengan keadaan, n malas basuh baju! Haha.. Okk.. Kalau nak cakap pasal coop sekolah pula..hurmmm...macam speedmart kutt.. Memula ingat macam koperasi biasa je.. Smpai-smpaii je... "kedai runcit ke apa ni?". Haha.. Yelahh. Kita first time, masuk skolah yang ada asrama. Gitulah jadinya.. Jakun sangat! Bila nak beli baju sukan, siap ada bilik untuk try lagi. Time tulah.. Where am I right now? Haha.. Kantin? Ha! Macam kedai makan. Ni dia first time, Ana makan kat skolah. Biasanya, beli air then blah camtu je.. Tapi, tadi tak tau kenapa..rasa lapar amat.. Nasib baik ada kawan yang baik hati nak belanja Nasi Goreng Kampung. Mintalah kat kaunter tu.. Nasi Goreng Kampung dua!! Then, tunggu kat meja. Ting! Ting! Nasi Goreng Kampung siap.. Ambik, bayar RM6. Then, makan. See? Ala-ala kedai makan kat perhentian-perhentian tu.. Hehe.. Kelas? Okay.. Biasalah.. Sekolah agama. Putera depan, puteri belakang. Putera hensem, puteri cantik.. Haha... Takde koje.. Ada 4 tangga untuk ke kelas. Tangga puteri satu, tangga putera satu, tangga campur dua. Ok ok.. Terlebih detail nih.. Tapi, Ana puas hati sebab dapat belajar bahasa arab. Yohoo.. Ana ni, sbenornya...suka belajar bahasa selain bahasa melayu. Yolerr.. Bahasa melayu, kan dah fasih. BI pun..bolehlah.. Arab pula, baru dapat belajar asas. Belum lagi semua. Guru kelas Ana spotting habis. Ustaz yang mengajar bahasa arab tulah GK Ana. First time tau dapat guru kelas lelaki, pakai songkok tinggi! Haha.. Okk.. Taknak banyak cakap.. Assalamualaikum..

Mario Maurer

Ana Myhusna | 16:59 | 8Comments |

Hai semua.. Hehe.. Tengok tajuk, macam interesting je kan? Nama orang pula Ana letak. Korang kenal tak? Kalau tak, meh Ana kenalkan. He's a celebrity. Artis Thailand. Ha! Ana kenal dia pun lepas Ana tengok cerita Pee Mak. Alaaa.. Cerita hantu ala-ala komedi + romantik ckit tuh.. Cerita tu dah lama kan? Tahun lepas punya cerita. Ana pun dah lama tak tengok. Tapi, haritu.. time Ana nak hilangkan bosan, Ana tengoklah cerita Pee Mak nih. Then, hari ni Ana terasa macam nak explore siapa pelakon dia. Lebih-lebih lagi pelakon utama dia. Sweet sangat.. Sorang cantik sorang hensem. Then, bila dah cari tau.. Baru Ana tau siapa nama pelakon dia. Time Ana tengah search tu..tertarik pula dengan Mario Maurer. Hensem noh! Nak tengok tak gambar dia?? Hensem gilee.. Dah nak start minat kat dia pulak! Hoho.. Cer tengok cnie.

  

Amacam? Cair tak? Ana dah cukup cair tengok gambar dia. Search lah kat google. Confirm cair habis.. Klik sini kalau nak tengok gambar Mario Maurer. Takyah susah-ii korang nak search. Ana dah bagi link. Hehe.. Then, lepas tengok gambar dia nih mulalah teringin nak tau cerita yang dia berlakon. Nak tengok satu-satu. Kalau best, apa lagi? Tengoklah sampai habis kan? Haha.. Orite! Assalamualaikum.

UPDATED
Taken from google. From a movie called 'Crazy Little Thing Called Love' or 'First Love'.
I know, he's cute right? Melting nohh..



P/S : Siapa tengok cerita Pretty Man / Bel Ami? Best kan? Kan? Kan? ^^

I'll Be Transfared Student!

Ana Myhusna | 22:06 | 2Comments |

Hai semua! Ha.. Nak tau tak apa jadi hari ni? Disebabkan hari ni, perasaan Ana bercampur-campur. Sedih, happy, terkejut, geram.. Semualah! Actually, tadi kat sekolah.. time rehat, Abah Ana datang sekolah. Punyalah Ana terkejut. Cikgu Adley (Cikgu SK Kajang) pun datang nak beli buku untuk anak dia. Biasalah.. Mestilah borak ngan Abah Ana sampai tak ingat dunia kann? You know... Hehe.. And, dengan kain yg panas + tebal.. Ana berlari macam penguin kat Abah Ana. Malu tau sebab kena lari camtu! Tu pun, sebab kain Ana tu asyik ternampak kain dalam. Haishh.. So....embarrasing! Then, sebelum Ana pergi kat Abah Ana,, kengkawan Ana semua cakap.. "Dapat MRSM lah tu", "Dapat masuk asrama lah tu". Kesian Ana tengok dorang. Sumer muka tak puas hati. Tapi, mustahillah dapat MRSM. Kan time cek result memang Ana tak dapat. Sodihh + happyy.. Hoho.. Rupa-rupanya....
.
.
.
.
Ana dapat masuk Maahad. Pastu, Ana patah balik pergi kat kantin. Jumpa kengkawan dengan muka biru + merah. Haha.. Beritahu lah dorang perkara sebenar. Then, respon pertama dorang.... "Alorrhh.. Tak dapat nak cakap camni kat kau, Bila nak tinggi? Bila nak tinggi?" Haishh.. Nak bagi pelempang aje. Respon yang seterusnya, baru okay okay ckit. Taulah aq ni pendek. Dulu, korang pendek dari aq, skang aq pendek dari korang. Takyah over weyh!! Setelah dipujuk berpuluh kali supaya takyah pindah, Ana terpaksa pindah juga. Nak try dulu sekolah tu sebenarnya. Oklah. At least, Ana dapat sekolah agama kan? Tapi, nasib baik tanpa asrama. Kalau berasrama,, I'm really not ready yet! Lepastu, time masuk kelas, Abah Ana datang suh Ana gi jumpa guru kelas Ana. Mulalah, bebudak laki nih.. Bila dapat tau Ana nak pindah, kecoh!! I hate them!
Yg paling Ana benci, ada aje cara dorang nak buat Ana 'SHUFFLE'. Shuffle means, tersungkur / terjatuh ke depan. (Bahasa pasar weyhh) Lepastu, time BM. Adelah kengkawan dalam kelas tu..tak kasi Ana pindah. Ana pun kengkadang tak faham. Dalam kelas, Ana rapat dengan Laili sorang je. Tapi, Laili tak pula overacting. Bangga ramai kawan sayang aq!! Wahaha.. Ada sorang kawan Ana ni, her name is Atifah. Dia ni punyalah tak kasi Ana pindah. Siap peluk-peluk lagi. Katanya, dia nak Ana pindah sama hari dengan dia. Sebab bulan Februari dia nak pindah. Dpat MRSM kat Langkawi. Oh! I'm so jeally!!

Yang membuatkan hidung Ana kembang kempis nya... Dia puji-puji pula Ana! Haishh.. Bukan hidung je kembang kempis, hati warna-warni.. Haha.. Boleh pula cakap bulu mata Ana lebatlah.. Muka cantiklah.. Tahan je Ana time tu.. Cus, sebelum ni kengkawan Ana kalau nak puji, diorang puji belakang-belakang. Tapi, si Atifa ni sedap je puji. Nak bodekler tu! Haha.. Dalam hati Ana berkata,, betul gak dia ckp. Sumer cakap aq camtu.. Wahhh.. Perasan tahap ghaban nohhh... Haha.. Dah dah lah tu.. Ana tau, makin lama korang baca. Muntah hijau makin nak terkeluar Ntah ntah dan terkeluar dah pun! Haha.. Ana tarik balik sumer yang Ana cakap sampai buat korang nak muntah hijau! XD
Wokayhh.. Assalamualaikum.

Sekian Lama Menyepi

Ana Myhusna | 10:09 | 0Comments |

Hai semua.. Nampaknya, lama juga kan Ana tak update entry dekat blog? Rindu pula blog ni. Ada sesapa yang terbatuk-batuk ke.. terbersin ke lepas buka blog Ana? Yolerr.. Blog dah macam stor lama.. Haha.. Btw, miss me? Teringat citer Conjuring pula dah eh.. Ha! Ana update ni pun, sebab....ntah! Haha..
Time tengah bosan, and ada banyak masa ni.. Nak jugak jenguk blog kejap. Bila jenguk, teringin pula nak update. Btw, lagu blog Ana,, best tak? Hehe.. Kalau suka dengar lagu ni,, and teringin nak tau lagu apa ni? Ha! Lagu ni, like always EXO's song. Tajuk lagu dia Lucky. Sebenarnya, hari-hari Ana dengar lagu EXO. And sometimes, jadi tak tau nak letak lagu yang mana satu. Lagu 3.6.5 pun best jugak.. Haishh.. Guwano nih? Hehe..
Btw, macam mana 2014? Okay? Ha! Meh dengar citer Ana meh. Actually, Ana dah selesa dah sekolah kat SAAS. Dah seronok dah. Dapat ramai kawan.. Tapi, dalam kelas rapat dengan 4, 5 orang je. Then, rapat pula dengan kelas KAA. Tu pun, sebab Ana tengok budak kelas Ana, rapat dengan kelas KAA. Ana pun, ikut rapat juga lah kan? Haha.. Lagipun, barisan kelas sebelah-sebelah je. KAA, KRK. Memanglah rapat right? Citer ckit jelah. Citer sumer nanti kang over pula kang.
Btw, Ana nak share slideshow video yang Ana buat. Sebenarnya, video ni kawan Ana yang request. Ingat tak? Ana pernah citer pasal dia. Kamilia Hanim? Kalau ingat, great! Kalau tak tau, tengoklah entri lama yang berkaitan tentang friends.. Hehe.. Penat jugak buat video ni. Asyik tersilap buat je. Then, video ni lah yang da last. Walaupun, last-last dia lagu x sempat habis! XD Maybe, ada error ckit kat situ. Ana tersilap buat kutt.. Ana memang dah cek awal-awal dah. Patutnya, 3:16. Ntah kenapa boleh terkurang pula masa dia. Jom tengok video ni!



Gambar kurang cantik ckit. Alohh.. Kalau korang tengok,, sama je sumer gambar dia macam dalam video slideshow yang Ana pernah buat sebelum ni. Ada lah beberapa gambar yang lain. Tapi, kebanyakan sama. Cuma takde tulisan or caption kat setiap gambar. N lagu dia lain. Nak tau mana ada dapat lagu ni? Ha! Time Ana tengah tengok video-video EXO, Ana tengoklah video XiuHan / LuMin. You know? Diorang kan rapat.. Lepastu, tajuk lagu video tu Shining Friends. Ana pun cuba search lagu tu. Macam best je.. Macam best je.. Then, Ana tengok lyrics dia. Macam okay je.. Macam okay je.. Hehe.. Ana amiklah lagu tu as background song of my slideshow video. Is it okay? Sebelum Ana upload pun Ana dah tanya dengan Kamilia, 'minah' yang request kat Ana nih.. Hoho.. Katanya, okay.. dia suka. Ana pun, apa lagi? Uploadlah jugak last-last.. Cik Minah tu sebenarnya, tengah rindu kengkawan yang masuk asrama. Ha! Kalau nak tau, bff Ana baru call haritu lepas dia balik dari asrama. And then, chat pulak dengan someone nih. Dia pun baru balik asrama sama dengan bff Ana haritu. Ana happy giler time tu. Terlompat sana sini. At least, terubat rindu dapat dengar suara bff Ana kan? Sambil tu boleh chatting. Hoho.. Okk.. Nak siap gi sekolah. Assalamualaikum! ^^

I'm Hiatus Again..

Ana Myhusna | 08:14 | 6Comments |

Hai semua! Fuhh.. Dapat juga Ana curi masa buka blog. Tu pun, kejap je nihh.. So, nanti Ana hiatus balik! Hoho.. Sejak masuk form 1, Ana betul-betul takde masa nak buka blog. Kalau singgah blogwalking pun pakai phone je.. Tak dapat nak tinggalkan jejak. Btw, acaner tahun baru korang? Okay? Hehe.. Time Ana first first masuk sekolah, senyap seribu bahasa dalam kelas tau! Terikut-ikut Kak Ailyy sorang nih.. Dia senyap, kita pun ikut samalah senyap! Haha.. Kalau ramai kawan takpelah jugak. Tapi, bebudak kelas Ana ramai masuk asrama. Dari 40 lebih jadi 22 je.. Tu pun, ada yang nak pindah kelas KAA rabu ni. Tak silap Ana nanti kelas Ana nih tinggal 19 orang ler.. Sodiyh.. Kebanyakan kengkawan rapat Ana masuk kelas 1E so, tak dapatlah nak belajar sama-sama. Ye dok? Time rehat je dapat lepak sama-sama. Tu pun, time nak gi solat zohor sumer dah berpecah. Time solat asar pun gitu jugekk.. Ana ada sorang jeler kawan yang boleh rapat dengan Ana. Siapa lagi kalau bukan Kak Ailyy ni kan?
And, hopefully Abah Ana tak hantar Ana gi sekolah pukul 10:30 nanti. Disuruhnya pula Ana amik ujian untuk masuk kelas KAA. Sedangkan, Ana tak bagi nama pun kat cikgu. Pelajar tak diundang! Haha.. Hopefully, abah Ana lupalah pasal ujian tu. Taknak ler datang tanpa diundang ekk.. Kelas KRK pun okay pe.. Haha.. Orite! Dah tak banyak masa ni.. So, terpaksa tarik diri dulu. Assalamualaikum!

I'm Hiatus Again!

Freebies : Colorful + Beautiful Background

Ana Myhusna | 20:29 | 14Comments |

Hai semua! Okay, siapa yang dah start sekolah? Ana start sekolah besok. Yang seronoknya, sekolah petang! Haha.. Yeay.. Yeay.. Kihkihkih.. So, malam ni Ana jadi baik hati pulak! Welkk.. Baiklah sangat.. Ana nak kongsi sikit freebies background yang jadi kegemaran hati Ana. Biasa kalau korang tengok background blog Ana, corak dia macam corak abstrak? Ehh.. Tak.. Ntahlah. Tak tau nak cakap corak apa. Dia agak blur blur ckitlah.. Korang cer tengok background yang Ana pakai. Gitulah jenis coraknya. Cantik kan? Ana dah jatuh cinta dengan corak ni sampai setiap kali tukar background jer nak pakai corak macam ni. So, Ana nak share ckit background yang macam tu.

http://i.imgur.com/jR3sz5s.jpg

http://i.imgur.com/a87gnMo.jpg

http://i.imgur.com/cAI71mB.jpg

http://i.imgur.com/6vsex4M.jpg

http://i.imgur.com/p478xkX.jpg

http://i.imgur.com/61p4ewQ.jpg

http://i.imgur.com/uuWlfLi.jpg

http://i.imgur.com/UQUdBkw.jpg

http://i.imgur.com/7nYngZG.jpg
Ok tu jeler yang boleh dikongsikan! Assalamualaikum.. ^^