Ditangguh Pula..

Ana Myhusna | 19:56 | 6Comments |

Hai semuA! Eh eh? Ana tak masuk asrama lagi ke? Ha! Hehe.. Meh Ana citer apa jadi harini..
Firstly, semalam Ana dah siap kemas semua barang! Baju sekolah ada yang dah siap gosok ada yang berlipat dalam beg. Semua Ana dah sedia. Takde satu pun tinggal. Cermin mata Ana je tertinggal.. Tu pun, petang selepas daftar asrama, parent Ana datang bawa barang then bagi cermin mata Ana. Fuhh.. Ana sangat-sangatlah perlukan spek tu time belajar. Kalau tak,, memang slow lah Ana belajar jawabnya! Dahlah duduk belakang sekali.. Hukhuk.. Budak baru katakan.. Eh! Ana dah kira budak lamalah ni.. Sebab dah ada intake keempat! Haha.. Poyo jeler.. Yg bestnya, kawan Ana, Syasya dapat maahad. Lagi syok! Tapi, tadi kitorang cari dia sekolah mana. Tapi, ntah lh.. Tak jumpa.. Kitorang dah elok-elok ada peluang merayau jap (shhh.. XD) tapi tak jumpa pula dia. So, kitorang anggap dia dah baliklah uruskan sekolah lama. Cus, Nadzira ada nampak dia kat koop beli barang sekolah. So, settle! Confirm dia sekolah situ.
Lepastu, dalam pukul 1 suku gitu, sekolah habis. So, kitorang turun. Lepastu, nak beli makanan, tapi Ana tak jadi beli cus takut tak sempat. Then, terus pergi daftar asrama. Ana n kengkawaan Ana pergilah pejabat warden. Lepas dah settle sumer, dah tau dorm asrama apa semua.. kitorang terus pi tengok dorm masing-ii. This is yang Ana bengang. Dah leklok Ana dapat Dorm Asmaa kat asrama MN, tetiba tukar pi asrama...(lupa lak)..asrama Kal.. Kalba..Kalbalak? Eh eh.. Ha! Karbalak! Adushh.. Asyik sajo lupo.. Dorm tu kat asrama KL. Aishh.. Tak bebas ler gitu.. Dekat ngan asrama lelaki pulak tuh~! Asrama MN tu okay, cus asrama tu terletak jauh dari sekolah n no boys nearest.. Haha.. Broken ek?
Redha jelah kan.. Asalkan dapat masuk asrama. Seb baik block 1. Dekat sikit.. Tetiba, time dah siap tengok dorm kebenda semua, Ana nak pi kantin, pastu parent Ana sampai.. Tepat pada masanya! Ana punyalah berlari dengan seronoknya pi dekat kereta. Keletak keletuk bunyi kasut. (Ceih! Kasut baru katokann.. Nak jugek pakai kasut bertumit macam orang lenn..) Lepastu, masuk je kereta......jeng jeng jeng!
.
.
.
What? What? What?!
Ana dapat SMAP Kajang. Terkedu habis time tu. Tapi, sebelum dapat tu, Ana dah bagitau parent Ana dah yang Ana taknak pindah-pindah walaupun dapat SMAP. (Beratnya kaki nih.. Susahnya hati nih.. Merasa suasana yang lain-ii.. Bulan-ii tukar skolah.. Lecehler gitu..) Ana cakaplah yang Ana tak nak pindah. Lepastu, di-istikarah pulekkk oleh mama Ana. "Husna masuklah sekolah tu. Sekolah tu bagus. Sekolah tu mudah dapat biasiswa kalau nak masuk U. Sekolah tu cikgu semua cemerlang. Susah nak dapat sekolah tu. Biasanya, budak kampung je yang dapat sekolah tu. Dah kira untung budak bandar dapat sekolah tu. Dekat pula tu. Tak sampai setengah jam dah sampai. Bla bla bla......" Okay, tak terkesan di hati.. Haha.. Susah tak susah.. Ana dah selesa dengan sekolah maahad dan dah ramai kawan kat situ. There's no way I would go there. Kalau dapat MRSM tu takpe gak.. Lepastu, mama Ana suruh Ana buat istikarah.. fikir masak-masak dulu. Bila dah cukup masak, baru buat keputusan. So that Ana tangguh masuk asrama sampai hari Isnin depan. Penat je bawa barang asrama. Jeles pulak tengok kengkawan yang dah kemas-kemas bilik. Iman (anak kawan abah) tu pun taknak Ana pindah. Kat situ, Ana ada 3 org je kawan yang paling rapat dengan Ana. Iman, Fateha n Hurin (kawan SRA). Alhamdulillah.. kawan baik-baik..
Ana ada juga terdetik di hati nak masuk SMAP. Tapi, bila fikir-fikir balik, nak stay Maahad pula. Selalu macam tu tau! Time kat SAAS pun sama. Nak Maahad tapi nak SAAS. Tapi, maahad ni Ana rela sikit cus last year, Ana ada juga pasang niat nak masuk maahad. Apalah salahnya kan.. Asalkan kita seronok belajar kat situ.. Dapat ilmu pun mudah je.. Tenang ckit hati.. No stress! Hikhikk.. So, petang tu lepas balik dari koko dalam pukul 5 lebih macam tu baru parent Ana amik. Actually, habis pkul 4:30. Then, parent Ana bawa pusing-pusing kat SMAP. Yes.. Dekat sangat SMAP dengan rumah.. Memang untung dapat.. Tapi..apakan daya hati tak terbuka.. (Budak ni keras kepala!) Time kat SMAP. Punyalah terkejut bila tengok asrama puteri dekat.....je dengan kubur. Asrama putera pula yang dok tempat lain. Punyalah gerun Ana time tu.. Haha.. Mama Ana cakap, lelaki ni tak boleh duk asrama dekat ngan kubur.. diorang tak takut.. Tapi, lagi nak pergi sana lepak-lepak adalah! Hoho.. Then, lepas dah visit tu..boleh tahanlah.. Maybe kemudahan tu lagi banyak. Tapi, hati still buka tutup buka tutup lagi. Hihihi.. Supervisor mama Ana pula asyik duk sibuk pasal Ana.. Dia jugaklah yang galakkan Ana try semula Permata Pintar. This is my third time. 3 tahun berturut-turut Ana cuba nasib. Mama Ana tu pula dah kira cam bekerja sekali kot dengan permata pintar. Maybe? Molla.. Molla.. Supervisor mama Ana tu pula asyik bagi advice pasal Ana. Katanya, jangan lepaskan peluang masuk SMAP. Malas nak cakap.. Sama jelah macam mama Ana cakap..
.
.
So, now! This is the question. Should I go? Any suggestions?
Assalamualaikum

6 comments:

Aily Pop said...

Stay Maahad pun ok.. Ada ramai kawan.. Kalau dah masuk SMAP, ada ke kawan yg Husna kenal..? Kalau ada, ok lah tu.. Tapi, apa2 pun ikutlah kehendak sendiri.. Hehe.. Tapikan, serious Syasya Nurina sekolah Maahad?

Ana Myhusna said...

@Aily Pop Yee.. Hee.. :DD

Yun Sing said...

Terpulang.. ikut naluri hati *cewah* bestnya asrama dekat dengan kubur :D

nurin hanisah said...

Eh eh??asma'?my dorm!!!!ahakss..klu husna+syasya msuk situ mesti best!!!Skk bergabung!!haha..sian syasya..dia je f1 kat asmaa..:(

Ana Myhusna said...

@nurin hanisah Ye ke? Nk je masuk dorm tu..

Ain Nadzira Yunus said...

nak masuk MN jugak!!