Good Morning!

Ana Myhusna | 06:09 | 1Comments |

Morning semua! Heyy.. Jangan menguap lagi.. Haip! Dah solat subuh ke belum ni? Kalau dah, bagus.. Kalau belum, pergi solat cepat... Dah gosok gigi belum? Gi gosok cepat.. Hehe.. Ok.. Entri ni tak panjang mana pun.. Just nak ucap selamat pagi semua!



Okay.. Lepas solat, buat apa? Jangan tidur balik.... Buatlah solat sunat ke.. Baca Quran ke.. Cehh.. Cakap je tau kan Ana nih? Dia sendiri ntah buat ke tak tu?? Okaylah.. Kalau Ana pun, lepas solat tidur.. Wakaka.. Since harini, Ana puasa ganti.. Ana taknak tidur.. Tapi, nak buat kerja lain.. Kalau tak nanti bangun tidur je pergi dapur cari makanan.. Haha.. Okaylah.. Assalamualaikum semua..



P/S : Alya, kita tak faham yang Alya cakap nak tukar perkataan 'Girls Life' tu, kat sekolah nanti terangkan eh? Hee..

What Should I Put As The Title?

Ana Myhusna | 00:57 | 3Comments |

Hey semua.. What's up? Hehe.. Howkeyhh.. Actually, tadi Ana baru je print beberapa keping gambar family n kawan-kwan dari darjah 1 smpai darjah 6. Tak kisahlah kenal time darjah 4 ke.. Kenal time darjah 3 ke.. Asalkan mereka kawan yang selalu dengan Ana bila susah dan senang. Cehh.. Ana ada gak print gambar kawan-ii kelas.. Actually, Ana lagi rindu kelas Ana dari darjah 1 smpai darjah 6. Bebudak yang stay satu kelas ngan Ana dari dulu smpai sekarang.. Mereka-ii lah yang menjadi bunga-bunga dalam hidup Ana. Ecehh.. Haha.. Bunga-ii lah sangat.. Group whatsapp, wechat taknak layan.. Haha..
Since masuk sekolah menengah ni..selalu je teringat kat kawan-ii lama yang duk satu sekolah skang.. Confirm diorang tengah seronok belajar sama-sama.. Makan sama-sama.. Solat sama-sama.. Heshh.. Jeleslah pulak.. Tapi, baru haritu Ana call kwan Ana, borak sat lama-lama.. tetiba dengar citer dorang dah kurang rapat.. Biaseler tu.. Sekolah baru.. kawan pun baruler.. But, at least dorang satu sekolah.. Hari-ii jumpa walaupun lain-ii kelas.. Ana nih hah.. Tak dapat tengok batang hidung dorang langsung! Haha.. Biasalah kan.. Dah masuk sekolah baru, kena gak tukar-ii kawan.. Takleyh lah kawan sama je kan.. Tak bestlah gitu.. Biarlah jauh-jauh pun.. Asalkan hati tetap bertaut. Hesh.. Ayat.. Bukan main lagi!
Sebelum gi Johor haritu pun Ana singgah rumah kawan Ana. Terkejut jugaklah cus tetiba je pakai spek mata.. Ubah penampilan eh.. Haha.. Pastu, ada jugaklah nampak muka terkejut dia tengok Ana pakai tudung labuh.. Haha.. Takde lah labuh mana pun.. Baru pakai tudung labuh kanak-kanak yang brand Hudakids tuh.. Haha.. Tu pun pakai kadang-ii je.. Ana lebih prefer pakai tudung bawal. Baru style.. Hoho..
Okay.. Ngantuknya.. Look! 12:57?! Okay.. Time to sleep now.. Goodnight.. Assalamualaikum..

March Story (Part 2)

Ana Myhusna | 10:40 | 0Comments |

Hai semua! Pekabo? Hehe.. Boleh baca tak apa Ana tulis tu? Apa khabar?? Ana sihat je.. Tapi, stress gaklah duduk kat asrama. Stress gila! Bukan pasal tak tahan duk asrama. Tapi pasal org tak suka kita hanya kerana kita berkawan dengan kawan dia. N bila Ana rapat dengan semua orang. confirmly dia akan buat Ana takde kawan. Sakit tak kalau cam gitu? Haha.. Takpe.. Tu maknanya Allah rindukan doa seorang hambanya yang bernama Wan Nur Husna. Btw, sorry sesangat pasal tak buat entri minggu lepas time balik wajib. Cus, time tu Ana baru nak buat entri tetiba je dilanda emosi. Hehe.. Maaf ye!
In Shaa Allah nanti, kalau ada cuti lagi panjang daripada cuti seminggu ni or ada free time lama, Ana akan tukar design blog termasuk header and semua sekali setakat yang Ana mampu. Dan yang pasti, In Shaa Allah bukan lagi tema kpop. Hey! Bukan pasal dah tak minat kpop ye. Tapi, pasal taknak terlalu lalai dengan kpop smpai blog pun kpop. Cehhh.. Sejak masuk sekolah agama ni.. Bukan main ye. Just yang Ana pelik sekolah ni sekolah teras BArab, tapi diorang lagi suka speak in english. Heshh.. Susah nak dengar dorang cakap arab. Tapi, bila tengok dorang cakap arab ternganga mulut! Ada sekali  tu akak senior f3, masuk kelas Ana. Time tu tengah belajar subjek BArab. Lepastu,, akak tu dalam secara tak langsung cakap arab ngan ustazah. Masing-ii ternganga mulut. Haha..
Okay.. Nak citer sumer terasa panjang pula kan. Takpe Ana citer apa yang Ana fikir sekarang je. Yg keluar camtu je. Maksudnya perkara yang Ana takleh lupalah.. Yg paling-ii takleh lupa pasal malam tadi. Seronok tau.. Rugi budak yang duk luar. Malam tadi ada makan malam asrama. Memang seronoklah.. Sebab malam tu nak sambut birthday boy n birthday girl bulan January until March. Bestlah jugakk... Sebab dapat makan sate. Dah lama tak makan sate sebenarnya.. Haha.. Time nak sambut birthday boy ngan birthday girl masuk dari pintu belakang pergi ke depan je yang best ckit.. Yg len asyik dok bagi ucapan.. Cam boring je.. Haha.. Takdelah.. Saje je.. Bosan sebab f1 duk belakang..........sekali! Sakit lak hati. Dahlah tak bawa spect time tu. Pastu, tngoklah persembahan dari Excel 97 & Luminous kot? F5 dgn f3. Yg f3 tak silap dorang bagi video. Video boleh tahan lawaklah.. Tapi, dia pasal buli. Apa ntah tajuk video dia. Tapi, awesome lah dorang buat. Pandai dorang berlakon.. Haha..
Ok.. Ingat tak? Ana pernah cakap Ana tak suka nak masuk sekolah macam ni. Lagi-ii berasrama. Time tu, Ana still kat SAAS. Ingat tak? Kalau baca entri sebelum-ii ni mesti ingat kan.. Hurmm.. Kali ni, Ana ngaku kalah. Memang best pun sekolah macam ni. Sebab..Ana dapat belajar banya benda kat sini. Kalau gi SMK biasa sama jelah macam dekat sekolah rendah cuma ada ckit-ii je yg lain. Masuk sekolah asrama macam ni, lagi seronok walaupun tak duduk asrama. Kalau duk asrama 10x lagi seronok sbb bnyk aktiviti. Cuma yang tak seronok je duk asrama. Ehh? Kata seronok. Seronok duk asrama tapi tak seronok tak duk rumah.. Faham tak? Haha.. K takpe-ii.. Since Ana dah dapat laptop Ana yang lama balik laptop sebelum ni adik pakai.. laptop lama lagi best! ringan je.. haha.., nanti ada masa Ana nak ubah blog Ana sepenuhnya. Walaupun bukan tema kpop. Nantikan tema seterusnya!
Assalamualaikum.

March Story

Ana Myhusna | 17:19 | 5Comments |

Hai semua.. Apa khabar? Sihat? Okayy.. Lamanya tak buka blog. Since Ana pun duduk asrama kan... So, Ana balik 2 minggu sekali. Then, maksudnya dalam sebulan 2 kalilah Ana balik kan? Hah.. So, Ana akan update entry kalau Ana sempat jelah ye.. Tunggu je entri Ana. Actually, Ana nak buat lain kali entri bulan nih.. Cus, Ana pakai laptop lain. Laptop sebelum ni rosak. Setiap tahun mesti laptop rosak. Bayangkan betapa cuainya Ana. Heshh.. Tapi, yang kali ni bukan Ana rosakkan okay.. Balik rumah je laptop dah xde. Tanya mama, katanya laptop rosak. Okay fine! Actually, Ana memang betul-ii tak suka tukar laptop. Nanti semua benda nak buat balik. Photoscape, GIMP n app lain-ii lagi. Nak buat entri ni pun, sepatutnya ada banner macam banner yang sebelum ni. Tapi, tak dapat nk buat. Download apps lah yang Ana paling malas. Dahlah asyik balik hari Sabtu je.. Pastu, balik asrama hari Ahad. Sakitnya hati ni.. Hari sabtu je ada aje aktiviti sampai takleyh balik hari Jumaat. Baru kejap tadi Ana ada merentas desa. Penat you know? Since masuk skolah menengah ni semua benda kena serius. Yang paling penting, mesti sukan. Hesshh.. Ana dah berlari dengan sedaya upaya dah.. Tapi, tak dapat nombor.. Dapat mata je.. Tu pun nasib baik sempat. Kalau tak, tak dapat dah mata. Yang paling geram, pelajar putera rumah merah (marikh) semua ayu-ayu je.. Tak dapat nombor langsung! Geram tahap mampus nih.. Haha.. Ellehh.. Dia sendiri tak dapat nombor.. Nak harapkan pelajar puteri jelah.. Pelajar puteri, P3.. sorang je rumah merah menang dapat no. 5. P2.. Sorang jugak, juara. P1.. sorang jugak, juara. Tengok betapa semangatnya pelajar puteri nih.. Aceehhhh.. Paling tak suka, rumah biru poyo tahap "!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" ni hah.. Lebih lagi actually. N, juara keseluruhan... okay fine, rumah hijau.. Dapat banyak mata.. Hamper dapat dua, putera puteri. Piala besar nohh.. Tengah jeles nihh.. Hesshh..
Since masuk sekolah menengah inilah yang Ana rasa. Sentiasa rasa cam nak bersaing. Sekarang, nak kena latih kawad kaki pula.. Heshh.. Tak rela nak masuk sebenarnya.. Tapi, kesian pula.. Batch F1 tak ramai masuk.. Baik kita join kan.. Yg join pun sumer tak rela.. Haha.. Sabor jeler.. Ni pun first time bekerja keras untuk unit uniform. Unit uniform apa ek? Pandu puteri.. Hoho.. Ni pun x rela masuk.. Puteri Islam penuhler.. Sedihhhh... Erghhh.. Kelab kooperasi pun tak rela jugak.. Takde kelab ICT.. Kelab media ada. Tapi penuh.. Ya Allah.. Bersabar jelah.. Sukan prmainan je yg rela. Cus, mmg Ana nak masuk BOJA pun.. Next year, In Shaa Allah nak try memanah. Kalau masuk memanah, takyah join uniform apa semua. Lagi syok.. Tapi, penat jelah.. Cus sukan memanah paling aktif kat maahad. Kawad pulak memang hampir semua uniform join. Kalau puteri islam lagilah.. Disiplin habis~! Bukan nak kata yang lain tak disiplin. Tapi, cara belajar kawad unifrom puteri islam tu Ana tengok macam lebih,....ntahlah.. Tak tau nak cakap camne.. Haha.. Ni lak diam-ii ckit tau.. Jgn bagitau org.. Haha.. Arytu, kawan Ana bawak laptop dengan kebenaran pengetualah.. Cus, nak buat powerpoint untuk PAI. Lepastu, dalam laptop banyak download citer korea. Haha.. Paham-ii sendiri jelah.. Kompem sambil menyelam minum air.. Haha.. Tu pun, tengok senyap-ii. Since bilik tv takleyh tengok citer korea. Sodiyh.. Tapi, ada sekali tu akak senior bukak M Count Down. Pastu, memula keluar group lain tau.. Memula senyap je.. Akak tu suruhlah kunci pintu. Bila org masuk je tukar channel. Bukan exco? Okay.. Wat lek.. Tukar balik channel.. Pastu, rasa cam bosan tau.. Tukarlah channel biasa balik.. Dh lama pastu, Ana baru nk amik pensel buat kerja rumah. Tetiba akak tu bukak balik M Count Down. Tetibe..
Geurae Wolf, naega Wolf, Awoo~
(Ah, saranghaeyo!)
Menjerit akak senior tu. Bukan dia sorang, semua yang ada dalam bilik tv tu (kebanyakan F1), menjerit-jerit EXO~! EXO~! Ana tengah pegang pensel baru nak tulis, campak pensel tu. Haha.. EXO~! EXO~! Sampai gitu sekali? Btw, Ana tak jerit okay.. Tapi mata bersinar-sinar. Kelip pun tak.. Mulut terlopong. Nak jerit! MALUU... Haha.. Since masuk SMKA, jumpa putera je takut tahap gila. Gelabah je. Nak lari je rasa. Nak menggedik pun dah tak berani walaupun takde putera. Punyalah tunduk pandangan ni bila jumpa lelaki. Haha.. Jaga ikhtilat! Jaga ikhtilat! Kihkih.. Okay.. Dah panjang bercerita. Hope korang puas hati dengan entri kali ni. Actually banyak lagi nak citer. Kalau 2 minggu lagi Ana balik ada masa nak buat entri Ana buat ye. Part 2 punya. Kalau takde masa maaflah ye.. Assalamualaikum~~~ ^^

Btw! Btw!

This is what I feel since in asrama. ^^