Hari Perasmian Penutup Bacathon

Ana Myhusna | 10:40 | 0Comments |

Hai!! Tajuk harini, Hari Perasmian Penutup Bacathon. Serius best! Kitorang semua (murid maahad) lega gilaaa bila dapat tahun hari perasmian PENUTUP bacathon tu sedang tiba. Dah lepas dah act. Sehari sebelum penutup lagi dah lega gila. Sape je yg rajin kutip bacathon. Okk.. Rasanya ramai je yang rajin. But major semua kumpul 50 sampai 100 ringgit je. Ade gak yang tak ngumpul. Sedangkan cikgu kata at least 100 ringgit. Heshhh.. Rajin noh nak cari. Alamak aii.. Ana pun pakai duit sendiri je. Tulislah nama adik mak ayah bagai.. Hamba Allah sumer.. Takde kerja lah nak cari. Tapi adelah 15 ringgit tu org bagi. Selebihnya reka-ii je nama.. Letak nama kawanlah.. Huhuhu.. Bila dah cukup 100 terus hantar. Malas dah nak pikir pasal bacathon tu hah.. Tu pun, cikgu hari-ii dok mention pasal bacathon time prhimpunan.. Dah berdesing telinga dengar pasal bacathon.Hari-ii dok bacathon. Kalau perhimpunan tu seminggu sekali ok lagi tau.. Ni hari-ii.. Hari-ii lah ko dengar bacathon ni.. Seb baik hari jumaat perhimpunan dalam kelas (baca Quran).
Time hari penutup tu pun.. Kena gak jual-ii bukak gerai.. Sape yg nak jelah.. Dhlah pakai kupon.. Duit derma kat sekolah kan.. Tapi tak silap boleh claim. Tu pon ada kebanyakan gerai boleh pakai duit betul. Takyah pakai kupon pun takpe.. Semua org pun nak untungkan..
And you know what? Hari penutup tu dua hari berlangsung. Hari Jumaat n Sabtu. Time hari Jumaat tu ada.......forum motivasi remaja olehh....... Puan Lisdawati dan Encik Fauzi Nawawi. Time tu semua tak sabar. Time forum tu je.. kerumun orang.. Sampai tak cukup tempat duduk. Tu pun puteri je yang conquer tempat tu.. Putera terpaksa selit-ii kat belakang. Tu pun kejap je dorang datang bertandang.. Sebab putera nak ready gi solat jumaat. Walaupun baru pukul 11 lebih.. Sume dah ready nak gi solat jumaat. good boy.. Lama tau forum ni.. Dia start dalam kul 10 kot.. Ke 11.. Tak ingatlah.. Tapi siyes best.. N lawak lah jugak sikit-ii tu. Pastu,, siapa yang tanya soalan dapat tiket tengok wayang. Tau tak filem Kelibat tu?? Hah! 3 orang pelajar yang tanya soalan dapat tiket nya.. N boleh tengok wayang tu sama-ii dengan En. Fauzi dan Pn. Lisda.. Haha.. Berencik puan kau.. Kalau cikgu lak yang tanya soalan dapat gak.. Tapi pergi sendiri.. Haha.. Bukan apa.. Katanya cikgu banyak duit.. Pergi jeler.. Hehe.. Ana punyalah pikir nak tanya soalan apa.. Tapi kalau tau pun soalan apa.. Tak berani nak tanya..
Pastu yang dapat semua akak form 2 lah.. Hehe.. Punyalah ramai form 1. Rasanya yang conquer kerusi tu form 1 je.. Form 2 hanya segelintir.. Form lain tengok dari kantin je. Ada gak yang tak berminat nak tengok. Gi beli belah lagi syok.. Haha.. Act, anak mereka sekolah kat maahad. Form 6 atas.. Kak Hainil. Bila tengok dorang buat forum tu.. rasanya cara Kak Hainil berceramah ngan kitorang cam sebijik dengan ayahnya.. Hehe.. Kata-ii pun ada yang sama. Kitorang mmg suka kalau Kak Hainil berceramah.. banyak pengisian.. Hoho.. And butik Lisdawati pun ada.. Accesories dia mmg cantik!! Ana rasa cam nak beli.. Tapi paham-ii jelah.. Poket pun kosong.. Takdelah kosong. Tapi manalah aku ada duit. Seminggu duit belanja aq 20 ringgit je.. Haha.. Nak suruh mama datang.. mama sibuk pula.. Ada kursus semua..
Okay.. Hari Sabtu lak.. betul-ii perasmian. Semua orang-ii atasan a.k.a yang dihormati semua datang. Walaupun tak ramai penontonnya.. Maksudnya, semua orang lebih berminat untuk shopping. Ana jadilah penonton.. Tapi sekajap je.. Sebab ngantuk.. Pastu Ana terus balik asrama... Penatlah.. Pukul 10 lebih lagi dah balik.. Pastu kan... Hari Sabtu tu gak ada promote buku Hamasah As-Syabab. Pengasas Hamasah As-Syabab tu datang bagi tazkirah sekali. Teringinn nak beli bukunya.. Tapi wangnya tak ada... And teringin nak bergambar dengan pengasasnya tapi kamera juga tak ada.. Ana bukanlah budak luar. Bukanlah ahli kelab media. Jadi kamera pun.. tak ada.. Hehe..
Lepas je hari perasmian nih.. Dah tak ada dah berdesing telinga pasal bacathon. Tapi lebih berdesing bila hari-ii PBS. Waduh waduh.. Penatnya.. Hoho.. Okay! Assalamualaikum..

No comments: