Cerpen : Sahabatku Sayang #1

Ana Myhusna | 13:40 | 10Comments |

First cerpen by First Group.
In Shaa Allah, nanti akan ada cerpen tajuk sama,, tapi jalan cerita yg berlainan. Penulis pun berlainan. Since, ni homework kitorang kat sekolah. Just for sharing!


Puan Linda memegang tangan anaknya yang dingin sambil mengusap kepalanya. Kemudian, Puan Linda terlena kerana penat.

Aku terlantar di atas katil Hospital Columbia Asia selama tiga minggu. Aku terjaga daripada lenaku yang panjang dalam keadaan yang sangat lemah dan kakiku terasa kebas. Tanpa kusedari, aku terlihat mama tidur di sampingku sambil memegang erat tanganku. Mungkin mama penat menjagaku selama tiga minggu. Aku tertanya-tanya tentang perkara yang menimpa diriku sehingga menyebabkan aku terlantar lama di atas katil hospital ini. Mama terjaga daripada tidurnya apabila menyedari aku terbangun.

Banyak soalan yang bermain di fikiranku. Aku ingin bertanyakan apa yang telah menimpa diriku sehingga aku terlantar di atas katil hospital ini.

"Mama, apakah yang terjadi kepada saya sehingga kaki kiri saya berbalut?" tanya Ahmad.

Ibunya dengan perasaan sedih dan pilu menjawab pertanyaan Ahmad.

"Sayangku, kamu terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tiga minggu yang lalu."

"Kamu pengsan di tempat kejadian dan kaki kirimu patah."

Aku sedih kerana tidak dapat berjalan seperti sediakala. Aku akan menjalani rawatan tetapi untuk pulih tetap mengambil masa yang agak lama.

Aku duduk di bangku taman hospital sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa untuk menenangkan diri di samping pokok yang redang meneduhiku. Ketika aku menikmati keindahan alam, sesuatu merasuk mindaku. Kepalaku berasa pening. Sesuatu sedang bermain di  fikiranku. Bunyi siren terngiang-ngiang di kepalaku. Ramai orang mengerumuni diriku. Sekujur tubuh terlantar di sebelahku. Aku tersentak daripada kejadian yang bermain di kepalaku. Tanpa membuang masa, aku terus bergegas masuk ke dalam laju menuju ke wad untuk mencari mama. Aku cuba memikirkannya. Aku memaksa diriku untuk mengingati semula kejadian yang berlaku tetapi sukar untuk aku mengingati semula kejadian yang berlaku. Siapakah gerangan pemuda yang terlantar di sebelahku? Adakah dia yang menyelamatkanku? Setibanya aku di pintu wad, aku tercungap-cungap di daun pintu.

Langsung aku meminta penjelasan daripada mama.

"Mama, selain saya siapakan yang ditemui di tempat kejadian?"

Mama terdiam. Hatiku berasa kurang senang memikirkannya. Gerak hatiku mengatakan mama ada merahsiakan sesuatu.

"Sebenarnya..."

Kata mama terhenti seketika. Raut wajah mama berubah dan menunjukkan perasaan risau dan gusar yang amat.

"Sebenarnya, kamu ditemui bersama sahabat karibmu, Razak."

Aku terdiam sejenak.

"Bagaimanakah keadaannya? Di manakah dia sekarang?"

Lalu, sambil menundukkan kepalanya mama menjawab.

"Dia telah meninggal dunia di tempat kejadian."

Aku cuba memikirkan kembali. Begitu akrabkah hubunganku dan Razak, sahabat karibku? Aku benar-benar ingin mengetahuinya. Mama berjanji kepadaku akan membantuku mengingati semua tentang Razak apabila kami pulang ke rumah. Aku juga menjumpai hadiah-hadiah yang diberi oleh Razak di dalam sebuah kotak. Banyak memorabilia kami berdua. Melalui gambar dan hadiah tersebut, ingatanku beransur pulih. Aku teringat kenanganku dan Razak bersama. Air mataku menitis membasahi pipiku. Sebak di dada, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.

Setelah ingatanku pulih sepenuhnya, aku menjadi seorang yang pendiam. Aku berasa tertekan. Aku tahu, mama risau akan keadaanku tetapi aku tetap sukar mengeluarkan sedikitpun kata-kata. Aku terkenang akan sahabat karibku yang telah kembali ke rahmatullah. Hubungan kami begitu akrab. Aku sukar untuk melupakannya semula. Aku cuba melupakannya tetapi tidak termampu. Alangkah bagusnya jika ingatanku tidak akan pulih. Aku menjadi murung selama beberapa bulan. Ramai yang risau akan keadaanku sekarang. Aku sering dinasihati oleh keluarga dan rakan-rakan. Pada awalnya, amat sukar untukku menerima kenyataan ini. Setelah beberapa lama, barulah aku dapat menerima segala kenyataan dan suratan takdir. Aku sedar, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku kerap menziarahi pusara sahabat karibku itu. Bagiku, inilah satu-satunya cara buatku melepaskan rindu terhadapnya. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Doaku, agar sahabat karibku itu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aku tetap meneruskan hidup dengan rakan-rakan yang lain walaupun Razak tiada di sampingku. Aku tahu, setiap manusia perlu meneruskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah walaupun orang yang kita sayang sudah tiada. Setiap yang datang pasti akan pergi. Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat menyambung pelajaran sehingga ke menara gading demi mencapai impian yang telah kubina bersama arwah Razak.


--Tamat--

Semoga semua orang suka baca ya!

Author : Hurin, Husna, Fatin, Amira
Editor : Cikgu Umi Kalsum
Publisher : Blog AnaMyhusna
Big Thanks to : Mahiss

10 comments:

  1. Beruntungnya ada sahabat karibkan? Ya sahabat karib lah yg sanggup berkorban utk kita.

    Tahziah utk Razak dan family :(

    ReplyDelete
  2. Bestnya group korg punya cerpen...congrats....������

    ReplyDelete
  3. @nurin woo.. besok bak sini korang punya kat asrama.. ^^

    ReplyDelete
  4. done follow #544..very nice blog..keep sharing ya

    ReplyDelete
  5. cerpen yang sangat bagus. *tepuk tangan* :D

    ReplyDelete
  6. Turn group kitorang pulak husna ^^

    ReplyDelete

Love you!