Alhamdulillah..

Ana Myhusna | 08:17 | 3Comments |

Wahhh. Semalam ingat nak post entry,, tapi Ana pening kepala sangat-sangat semalam, tak jadi nak buka blog. Huhu.. So, semalam result PT3 keluar. Bayangkan,, Ana relaks sangat dari malam tu. Takut tu memanglah takut, tapi Ana macam senang lupakan yang esoknya nak ambil result. Bila buka insta, hah semua nak post gambar buat caption pasal esoknya.. Tu yang buat Ana tak lupa pasal esoknya nak ambil result. Haha..

19/12. Ana memang mandi awallah. Selalunya, Ana lepas subuh, Ana tak mandi dulu. Ana akan buka laptop dulu, tengok mv ke,, drama ke,, show ke,, news ke,, pastu baru nak mandi. Tapi, pagi semalam, Ana terus mandi. Hahaha.. Tapi, Ana sangat relaks sebab Ana memang betul2 ingat, parents Ana nak datang lambat sebab yelah.. result keluar pukul 10. Tapi, taklimat semua pukul 8 lah kononnya.. Lambat juga taklimat start sebenarnya bila baca kat whatsapp ibu bapa. Hoho..
Sebab abah Ana nak keluar awal sikit since nak gi sarapan dulu,, Ana terus ambil hairdryer,, gelabah amat.. Ambil baju sekolah, gosok. Haha.. Sebab tak gosok lagi. Keluarkan pun tak lagi.

Sampai restoran, Ana makan pun tak tenang . Tak selera langsung. Separuh pinggan je Ana makan. Lepas tu, terus gerak ke sekolah,, and sampai je kat dewan, macam dah ramai dah ambil. Ana sampai pukul 10:30. So, of courselah semua dah ambil. Time tu, Ana dah dengar dah nama2 straight A dari mulut kawan2. Haha..
Time Ana jumpa cikgu, dari jauh cikgu dah.... okayh ni Husna punya,, act Ana tak jumpa lagi barisan kelas Ana kat mana.. Nasib baik cikgu nampak batang hidung Ana. Haha.. Dia cam dalam sampul,, so Ana dok pikir,, kena buka ke? Haha.. Time tu jasad dengan roh kat tempat lain.. Haha.

Mama Ana suruh Ana buka. Alhamdulillah.. Tak teruk.. Haha.. Time tu, Ana cam happy sangatlah.. Tapi, well PT3 je pun kan. Berkat doa ... siapa? Ibu bapa,, guru. Actually, before Ana ambil result, Ana whatsapp cikgu sains form 2 Ana yang dah bersara, minta doa dari cikgu.. Haha.. Alhamdulillah,, sains Ana je B. Time tu, mama Ana dah macam.. ha tulah tak minat sains.. Haha.. Tapi memang,, kalau Ana jumpa mana2, biasanya diorang akan cakap sains yang B ataupun C. Maybe susah kot untuk kebanyakan orang. Untuk Ana.. lagilah.. Haha..

Okayh.. Habis story.. Assalamualaikum

P/S : Drama Hwarang dah keluar!! ^^ MV For Life pun best!! 

Hujan

Ana Myhusna | 06:23 | 1Comments |

Sekarang ni, dekat tempat Ana tengah hujan.. Hoho.. Baru pukul 6 pagi. Since harini Ana nak puasa so,, bangun awallah kan untuk sahur. Before subuh lagi dah hujan. Sekarang tengah hujan jugak rasanya,, macam nak reda sikit lah..

Alang-alang tengah hujan ni, cerita pasal hujanlah.
Dalam Islam, setiap satu perkara tu mesti ada doa dia. Sebelum tidur, ada doa. Bangun tidur, ada doa. Sebelum makan, lepas makan, masuk masjid, masuk tandas, semualah.. Senang cerita serba lengkap lah kan. So, tadi Ana dok pikir je,, kalau hujan macam mana doa dia. Ana terus search google and I found it! Yeayyy.. Ana ingat susah tau. Senang je,,, korang mesti ramai dah tahu. Since Ana tak pernah baca doa ketika hujan. Everytime hujan je, Ana selalu baca doa sendiri sebab waktu hujan antara waktu yang doa kita paling mustajab ketika itu. Kan? So, Ana selalu baca doa Ana sendiri lah.

Image result for doa waktu hujan

Tapi, Actually, tak susah pun doa ketika hujan.
Sekejap je dah boleh hafal. hehe.. smile!
Image result for doa waktu hujan
Credit kat gambar. Hehe..

Tak susah pun kan? Tu yang Ana seronok tu.. senang nak ikat. Ni kira paling simple lah.. Doa hujan ni ada banyak. Ada doa untuk kilat. Doa hujan lebat lagi panjang tau. hehe.. Ada doa lepas hujan.. Hmm.. Macam2 lah. Kalau korang curious gila ann,, nak sangat amalkan,, bolehlah google ye. Heee.. Okayh.. Babai.. ^_^

Share Drama jap

Ana Myhusna | 21:44 | 0Comments |


여러분, 안녕!

Hai semua! Saje je Ana buat entri, tapi tulah takde apa nak di storykan..
So, Ana nak share drama yang Ana sangat seronok tengok sekarang ni.
Drama melayu sekarang, Ana seronok tengok Hafidz Roshdi punya dramalah.. Mr. Donat Karamel tu. Actually, kalau takde Hafidz Roshdi,, hmmm,, Tak taulah Ana follow ke tak cerita tu. Ana sangatlah jarang follow cerita melayu sejak masuk asrama,, sebab asyik miss episode je. Soo,, Ana tengok drama yang ada hero yang Ana minat jelah.. Haha.. Bestlah jugak cerita tu.. 'sebab ada Hafidz Roshdi'.. haha..
Image result for mr donat karamel ]

Next, of courselah drama korea.. Hahaha... Sementara tunggu episode untuk every drama tu,, Ana tengok drama Japanese juga. Tapi banyak movielah.. Ana paling suka drama Japanese lakonan Yamazaki Kento lah.. Cer search,, boleh tahan hensem je.. Drama dia sumer best2!! Rugi tak  tengok..
Drama Korea yang Ana layan sekarang,, yang paling baru drama Goblin. Mula2 tak minat tau,, tapi lepas tu, tetiba rasa macam nak tengok sebab sinopsis dia menarik gilalah.. Jalan cerita pun agak menarik.. Heroine dia lak dari Cheese in the trap tu. Ada Dong Wook pulak tu,, gila tak tengok.. Haha..
Image result for goblin kdrama
Drama Goblin

Pastu, drama best lagi.. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo pun bestlah.. Perempuan dia terror angkat berat,, Lelaki dia pula perenang. Wowlah cerita dia.. Comel.. Tapi, cerita Lee Min Ho lagi best!! Sebab sinopsis dia pun best gila.. Heroine dia pun best! Rugi tak tengok. Drama The Legend of the Blue See. Seriously best. Trylah tengok.. Huhu..

Drama Hwarang pun nak keluar!! Hoho..

Okayh! Babai.. Assalamualaikum.. ^^

Fly To Success

Ana Myhusna | 22:00 | 0Comments |
Hai.. Actually, post ni dah pernah ada dekat blog ni. Dah lama dah tersimpan dekat bahagian pages Ana.. Tapi, Ana rasa macam nak jadikan entry pula instead of page.. Hehe.. Nak kurangkan tab page sambil baca2 balik fly to success Ana nih.. Haha..
Buat renungan bersama untuk orang yang sangat malas belajar macam Ana


Orang kata, "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China". Jadi, tuntutlah ilmu. Tetapi, bukan kerana untuk mendapat kekayaan dan kedudukan di dunia semata-mata.. Malah dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah. Tak akan cium bau syurga kalau kita cuma mengejar dunia sahaja. Belajar kerana Allah. Baru betul.. "Setiap kegagalan mematangkan kita... Setiap kejayaan pula memberi kita kealpaan... Jadi... Jadilah insan yang tidak takut akan kegagalan dan tidak pula lupa diri apabila berjaya kelak."

Ana minat kpop. Tak tipu. Tapi, akak senior kat sekolah Ana kata.. Nak minat takpe.. Tak salah.. Tapi, jangan alpa.. Dunia ni sementara.. Akhirat selama-lamanya.. Belajarlah kerana Allah. Semakin banyak ilmu kita dapat, semakin banyak kita tak tahu. Sebab tu, orang kata belajar tak ada akhirnya. Sampai tua pun, kita kena belajar. Ilmu akhirat dan ilmu dunia. Dua-ii penting. Tapi, yang lebih penting tu ilmu akhirat. Tapiii.. macam mana pun, dunia kita tak boleh tinggal. Kengkadang, Ana jadi malas nak belajar, bila tengok drama ke....tengok youtube ke.. Buka kpop kpop ni.. Tapi,, Ana selalu pesan kat diri Ana.. Belajar tu lebih penting.
Image result for kai exo study
(This is what he say to other fan)
(Ter-iklan Kpop pulak.. Haha..)
 So,, study! Study! Hwaiting! Ini pun bukan untuk Ana je.. Korang pun kena belajar. Kalau dah habis belajar.. Cari pulak ilmu Allah. Sekarang ni, semua ada kat hujung jari je.. Takkan guna internet untuk bukak utube je kot.. Ilmu pun banyak gak kat internet.. Carilahh.. Hee.. Nasihat ini dibawa khas oleh AnaMyhusna. Keh keh keh.. Nasihat ni untuk diri Ana juga..

Image result for success quotes

Jadi,, renung-renungkan.. Assalamualaikum.. ^^

Tutorial : Scrollbox Blog Archive

Ana Myhusna | 23:32 | 0Comments |

Ana dah lama sangatlah tak buat tutorial tapi sebab ada yang bertanya,, Ana buatlah.. Hehe.. Lagipun, before Ana perasan ada je yang tanya tapi Ana tak buat tutorial sebab time tu Ana sangat busy,, sempat buka sekali tengok je.. Tak sempat nak buat pape.. Tak ingat tutorial apa yang diminta,, tapi takpelah. Kita move on ye.. Hehe..

Tutorial yang direquest kali ni pasal blog archive Ana. Ana pun pelik sebenarnya,, 10 kali Ana tengok blog archive Ana tapi tak tau apa yang lain dari orang lain. Ana pun buka layout Ana tengok archive Ana. Bukak template sekali kot.. Haha.. Pastu baru perasan apa yang lain, Ana punya blog archive boleh scroll rupanya..
Okay.. senang je sebenarnya.. 

1. Buka blogger korang then terus klik template.
2. Klik Edit HTML.
3. Okay, cari code yang ni :
 <div id='ArchiveList'>
 4. Before code yang atas ni. Korang akan jumpa code macam bawah ni :
 <div class='widget-content'>
5. Gantikan code itu dengan code yang ini:
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:150px'>

Okay done! Senang je kan? Korang boleh tukar saiz tinggi yang ada bold kan tu untuk adjust height scrollbox korang. Kalau 150px macam Ana punya archive lah. Okay?

Babai~~ Assalamualaikum

P/S : Kalau tak berjaya bagitahu tau. Ana dah lama tak buat tuto, mana tahu ada tersalah.

Countdown MAMA

Ana Myhusna | 21:40 | 0Comments |

Haloo!! Okay, actually tak ada apa sangat pun nak share. Hehe.. Saje nak citer2..

Tak perlu baca pun takpe. Tak ada yang seronok pun tentang entry ni. Seriously.. Korang lagi annoyed kalau baca sebab Ana tengah fangirling.. Haha..

Ana sangatlah sedang fangirling dengan satu boy group korea ni sampai Ana tengok video countdown mama diorang banyak kali. Haha.. It's just so funny.

Ana takdelah gila sangat pun tengok kpop ni. Just, suka tengok boy group yang Ana minat and Ana suka every group from its company. Okay fine,, Ana gila lah juga tapi alhamdulillah masih boleh kawal.. Haha.. Since mama award tahun ni ada boy group baru yang Ana minat (NCT) so, Ana seriously tak sabar nak tengok. Countdown diorang buat Ana lagi tak sabar nak tengok diorang je lah.. Hehe.. Dengan EXO !! Memang Ana fangirling gilalah dua group ni. Banyak je Ana suka,, tapi tak fangirling sangat.. Haha..



Sangat comel sebenarnya video ni. Sebab yang Japanese and Chinese dua orang tu asyik salah teka je.. Lagi-2 yang Japanese tu.. Haha..

Okaylah ,, tu je nak share..

P/S : Doakan Ana dapat keputusan cemerlang PT3..

^^

Ana Myhusna | 12:42 | 2Comments |

Hai! Hari ini dah nak balik asrama. Haiyoo.. Malas sebenarnya, tapi tulah dia banyak pula aktiviti kat sekolah. Kenalah join. Hehe..

Minggu-minggu lepas, banyak kali dah Ana balik haram. Bukan Ana je.. Ramai.. Sebab tulah, this week cikgu dah bagi warning dah. Tak boleh buat apalah kan. Nanti kena demerit, tak pasal2 form 4, mula sekolah dah dicop budak nakal. Haha..

Dormmate Ana pun risau takut Ana tak balik petang ni. Dia terus whatsapp Ana nak confirm Ana balik ke tak. Kalau Ana tak balik, of course dia pun tak balik. Besok pagi baru nampak batang hidung kat sekolah. Selalu dah.. Haha..

So, this week, stay jadi budak baik. Kita join je segala aktiviti. Best sebenarnya. Tapi, depends on kerajinan lah sekarang ni. Last week, kitorang buat explorace. Since explorace tu sesama batch sahaja, dia jadi sangat seronok sebab kitorang boleh lawan fasi. Haha.. Fasi pun tak berani nak lawan balik. Tu yang seronok, kalau buat dengan batch lain, ada limitnya. Tak boleh nak lawan fasi kalau dah fasinya tu senior kan.. Huhu..

Alright, so this is the last entry for this week. See you after two weeks!! Kalau Ana rajinlah. Okayh! Assalamualaikum.. ^^

Excited Jap (EXO-CBX)

Ana Myhusna | 23:25 | 1Comments |


Tak tau kenapa.. selalunya kalau EXO comeback, Ana excited macam mana pun, Ana tengok sekali then tidur. Esok tengoklah balik. Tapi, malam ni, Ana tengok countdown dekat V-Live, pastu tepat pada masanya,, lewat seminit sebenarnya, Ana buka mv nya,, dan sekarang Ana tengah dengar buat kali ke empat kalau tak silap. Maybe sebab first sub-unit, Ana sangat excited. Haha..
Image result for hey mama exo

Sangatlah excited. Sampai Ana tak jadi nak tidur. Haha lol.. Dekat V App pun Ana dengar lagi sekali. Seriously best, and Ana pun memang dah tunggu lama nak tengok sub-unit ni. Since, diorang nyanyi ost untuk drama Scarlet Heart. Kalau ada yang tengok, Baekhyun, one of the member, is staring in the drama. Tapi, matilah tengah-tengah drama. Tapi, serious best okay drama tu walaupun historical drama. (Ana bukan jenis orang yang akan layan historical drama. Lagi-2 K-drama. Seriously.)

Okayy.. Tu je sebenarnya nak share. minta maaflah kalau tak suka. Haha.. Ana sangat jarang, post entry tentang benda-benda yang sangat lagha ni. Sekali sekala nak excited. Heee..

Okay! Assalamualaikum.

New Update

Ana Myhusna | 09:17 | 2Comments |

Today is...Saturday. And my work is drama.. Haha.. Since before PT3, nk tengok drama sangatlah susah. Ana still tengok drama but, jarang-jarang so banyak gila drama yang tertangguh.. Ada certain tu tengok separuh episod je.. Yang selebihnya dah tak tengok sbb ada drama baru. Dia jadi banyak sangat sampai bila habis je PT3, confirm buka laptop and cari drama yang dah tertangguh. Tapi, disebabkan banyak sangat, Ana jadi lupa episod berapa yang Ana tinggalkan. Haha..

Drama apa? Drama korea lah yang paling banyak. Drama Thai. Drama Taiwan. Philipines. Jepun. Tapi, most movie lah. Nasib baik kat asrama, form 3 dah takde PREP. So, every night kitorang kumpul kat bilik TV n tengok movie. Yang pasti bukan korea. It is forbidden ya kat asrama. So, kitorang tengok movie english lah jawabnya. At least we have fun watching it, walaupun tertidur.. Bangun-bangun je, dah habis. Haha. Kadang-kadang tu, bangun-bangun je, dah takde orang. Tu lagi bestlah. Bukan orang tak kejut. Kejut je, tapi kejut sambil kosongkan bilik. Jerit-jerit pakai mulut je suruh bangun.

Novel pun jadi hobi balik dah. Sebab dah takde apa nak buat. Dah lama tak baca novel, so bacalah banyak-banyak sekarang. Ni masalah budak asramalah.. Kalau jadi budak luar, diorang tak banyak benda tertangguh since dah duduk luar kan, diorang boleh tengok drama when the episode keluar,, dah habis satu episode boleh sambung study.. senang je. duduk asrama nak kena tangguh dua minggu. balik baru boleh tengok. kalau balik sebulan sekali lagi seksa.. haha.. nasib baik Ana balik dua minggu sekali. Tu pun selalu dah sebenarnya balik tiap-tiap minggu. Dah  kalau takde air, tak jadi apa gak ann. Tahun ni banyak kali dah jadi budak luar, sebab masalah air kat asrama. Tahun lepas masalah jerebu. Tahun ni masalah air. Ada je masalah kat asrama ni. Time first day n second day PT3 pun, Ana jadi budak luar. Tulah dia. Bersyukur rumah dekat. Hoho..

Alright, tu je kot since Ana jarang update.. So, here it is. New update. Hmmm.... ^^

Esok sekolah

Ana Myhusna | 22:04 | 0Comments |
Halo semua!! Okayh.. Esok sekolah n Ana x balik asrama lagi dan Ana sedang tulis entri?? What am I doing? Actually, harini tak balik asrama sebab asrama takde air, so Ana decide nak balik esok pagi.. Senang ckit nak mandi kan.. Tapi, kalau petang esok takde air juga, tak tau lah nak cakap apa.. Tengah susah nih.. Dah 2 mingu rasanya,, asrama ni takde air. Bukan apa.. Bukan takde air. Pam rosak.. Well, sekolah pun dah tua juga..

Tapi, takpe.. Selagi Ana boleh belajar, oklah tu kan.. Cuma bezanya, kat rumah belajar, main, belajar, main. Kat asrama, belajar, belajar, penat, tidur, belajar, belajar, penat, tidur. Berbeza sikitlah.. Kat rumah Ana bangun lagi awal daripada kat asrama. Kat asrama Ana bangun 5:30 pagi paling awal? kot.. Kat rumah Ana bangun paling awal 4:30 pagi.. paling lewat.... 5:30 pagi rasanya.. Since kat rumah Ana tak suka buang masa dengan tidur. Kalau kat asrama,, sebab senang penat. So, tidur jelah cure dia.. Kan?

Tidur punn.. Kat rumah depends lah.. Kalau ngantuk tidur.. Tak ngantuk takyah tidur. Kalau dekat asrama,, ngantuk ke tak ngantuk ke.. Ana akan tidur 12:30 lah paling awal pun.. Banyak benda kena buat before tidur kat asrama.. Kalau kat rumah,, tandas, meja, laptop, dan segalanya dalam 1 bilik. Xyah risau.. Nak gi tandas, pergi je.. Kat asrama kena pakai tudung dulu,, jalan sampai hujung.. turun tangga,, naik tangga.. Jadinya, bila malas tangguh dulu.. Pukul 12 baru nak gerak.. Haha.. Takdelah.. Tu paling lewat pergi tandas kat asrama before tidur. Tapi, oklah.. Dah rindu asrama dah.. Dah 2 minggu tak balik.. Minggu before holiday memang balik hari dari rumah.. Asrama tu tempat persinggahan je.. Hoho..

Alright! Barang tak kemas lagi.. Esok dah sekolah.. So, esok bangun awal.. Kemas barang.. Ana tak suka kemas malam-malam.. Malam-malam, Ana kemas sikit2 je.. Gosok baju pun esok pagi.. Haha.. Tulah dia.. Kalau kat asrama,, malam tu baru nak gosok..  Ana memang suka buat kerja last minute. Tapi alhamdulillah.,, jalan je.. Bukan x punctual ye.. Okay! Assalamualaikum..

P/S : DOAKAN ANA STRAIGHT A PT3.. SEMOGA ANA DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG. AMIN.. 

It's coming.. PT3

Ana Myhusna | 22:32 | 0Comments |




Hari ni dah masuk hari Ahad. Esok Isnin. Lusa Selasa. Tak lama lagi habis cuti seminggu.. Means tinggal lagi berapa hari je nak PT3. OMG guys!! ਉ_ਉ ਉ_ਉ 

Seriously Ana sangat tak rajin untuk study.. Homework pun tak siap lagi.. Tengah workhard melawan nafsu drama.. Aduh... Ana tak pernah tak tengok drama bila balik rumah.. Tak tahu kenapa,, tahun ni macam banyak pulak ann yang nak ditengok.. Well,, most of them Ana save untuk end of the year. But still half of them I'm watching now.. Plus movie n movie.. Ohh.. Favourite Ana.. Memang tipulah kalau Ana tak suka.

Nanti Ana nak tengok Now You See Me 2. Mesti ramai dah tengok.. Macam best since the first one best gila ann.. Walaupun ada unsur-unsur dajjal tapi jalan cerita dialah yang best. Tak tahu bila nak tengok sbb asyik duduk depan laptop buat benda lain. Kalau curios google.. Kalau bosan,, buka drama website. Pastu nanti nak tengok performance lah.. MV lah.. Hah memang kerja Ana lah tu. That's why Ana buat schedule time table, so that Ana boleh follow slow slow dan study banyak-banyak. Solat nak kena awal. Tak suka lambat2.. Tapi, tulah,, bila balik rumah kengkadang terlajak.. Aiyoo..

Lagi-lagi Isya',, suka sangatlah tu tangguh..  Hmm.. Ni yang dugaannya duduk rumah. Tapi duduk rumah tak dapat makan banyaklah.. Semua orang dalam rumah ni suka sangat bangun lambat.. Bila Ana turun dapur nak masak macam tak tahu apa sesuai nak buat sarapan. Itu takde.. Ini takde. Sampai harini sarapan Ana roti bakar dengan air masak jelah.. Yang lain tu ,,, hmmm tunggu lunch lah jawabnya.

Weekend kan.. Semua seronok tidur. Disebabkan Ana duduk asrama dan Ana sangat tidak mahu melepaskan sikit pun masa kat rumah,, so Ana tidur lambat dan bangun awal sbb nak bagi terasa lama je duduk rumah. Ahaha.. Ana memang macam ni. Lagi2 bila dah nak balik asrama.. Lagi awal bangun lagi bagus. Kalau boleh before subuh dan celik.

Alright..
Kalaulah ada yang baca entri ni.. Ana harap sangat korang boleh doakan Ana dapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 supaya Ana boleh buat parents Ana proud.. Walaupun Ana bukan pelajar terbaik sekolah, tapi apa salahnya.. Usaha dan tawakal. 

Okay.. Assalamualaikum.. ◕‿◕

Tulah dieee

Ana Myhusna | 17:38 | 0Comments |

OMG!!!

Baru je habis trial harini.. Isnin depan dah lisan dahhhhhh.... Maybe sekolah lain dah lisan dulu enn.. Sekolah Ana selalu lambat ckit..  Tapi serius ahhhhhh... Terasa awal sangat..

Takut pun ada.. Nervous pun ada.. Seronok pun ada.. Tak sabar pun ada.. Tak sabar?? OMG seriously Ana nih... Haha.. apapun,, doakan lah Ana dapat buat yang terbaik untuk lisan.. Tak sabar sebenarnya.. Tak tahu kenapa.. Rasa seronok kalau banyak idea nak cakap.. tapi kalau xde idea entahlah.. Ana harap sangat tajuk dia x susah sangat untuk Ana pikirkan idea.. Before time buat latihan lisan ngan cikgu, cikgu bagi tajuk last year and Ana x berapa nak paham tajuk dia.
But, time tu Alhamdulillah kitorang ada contoh idea untuk tajuk2 last year, bila dibaca-baca barulah paham.. n then barulah banyak benda nak citer kat depan.. Well, diorang perkenalkan Ana sebagi ustazah dalam forum lisan kitorang.. haha..
Cam lawak pun ada,, tapi suka pula dengar.. Kalaulah satu hari nanti.. Hmm??

Ana x suka nak tinggalkan entry pendek2 je.. Tapi, Ana just nak cakap ckit je.. Well masa kat rumah tak banyakk..

Hah! Lusa Ana akan jawab UKM2 lagi.. Sbb haritu time UKM3, Ana jawab UKM1 once again,, and dapat lagi.. Tapi x taulah.. Adik Ana pun dapat lagi sekali n dia nampak sangat bersemangat untuk jawab balik.. Ana pula x ingat pun pasal tu sbb dok memikirkan trial sampai tumbuh 2 biji jerawat atas kepala.. Adoihh,, nak hilangkan bukan  senang..  Ditambah lagi dengan lisan,, boleh suka jerawat ni datang.. Adooiyaiii..

Okayh.. Assalamualaikum.. ^^

Boys24 (소년24)

Ana Myhusna | 09:37 | 0Comments |

Haloo!! Korang .. PT3 nak dekat dah.. OMG.. Skang Ana n friends tengah bz buat geo, habis je geo,, terus lisan BM n BI n then trial weyh!! Takut tu takut jugak, tapi bila dpt balik rumah,, hah kau.. cenggini lah.. Okayh takpe asalkan kita usaha n belajar relax2.. sungguh2.. In Shaa Allah,, success..
Ok, main dia bukan ni tau.. Belajar2 gak.. Ana actually saja nak citer pasal satu rancangan korea baru. Dia survival show. Kalau siapa yang pernah tengok survival show before tahulah kot macam mana.. Kalau macam WIN (Who Is Next?) n Mix n Match tu, dia under YG n dia just sesama trainee dia je.. Kalau macam Produce 101 pulak,, 101 trainee perempuan di setiap company akan join rancangan tu. (soriler kalau x tau.. Ana nak kongsi je.. hehe..)
TAPI!!! Kalau Boys24 ni pula,, contestant dia bukannya trainee means diorang takde latihan apa-apa pun untuk jadi artis. Tapi, diorang ada bakat cuma belum diasah je. So, melalui Boys24 nilah diorang akan asah bakat dan lawan. Cuma yang kesiannya, ep 1 lagi dah ada yang tersingkir.
Tapi, boleh nampaklah dia punya makin bagus dalam setiap episod. Episod 2 pulak,, satu group akan tersingkir. Since dia bahagikan kepada 7 kump.
And Ana paling suka 2 group!! Unit white n Unit sky! Dan member kump lain ada je yang Ana support tapi sbb x semua Ana support.. hehe..
Ana time tengok ep1 dia cam x minat lagi auu.. tapi, lepas dh tengok smpai ep 5 since tiap-tiap minggu balik time bulan puasa..ahaks.. dengan cuti seminggunya lagi.. dengan minggu ni baliknya lagi.. So, bila episod baru keluar je,, Ana terus tengok.. Haha.. (Macam mana nak PT3 nih..) Tak salahkan nak enjoy sikit2.. Ana dah give up drama dah nih.. Tunggu masa je.. hehe..
So, nak share jelah video diorang buat mission tiap2 minggu.. Best tau sebenarnya..

ni yang paling latest Unit White tapi x best sgt macam performance diorang yang sebelum nih..

ni pulak video ep 4.. time ni dah ada 1 group yang tersingkir..

time ni Ana start minat diorang.. sbb nampaklah performance diorang tu best.. Especially leader dia n yang first2 start nyanyi tuh.. Youngdooo!!! Diorang ni kira visual Unit lah sebab kalau unit lain bukan xde yang hensem,, ade je.. cuma yang ni cam unit handsome2 bersatu (?) haha,,

ok Unit Sky pulak!

Ok this is the latest performance diorang.. Sangat comel sebenarnya n time ep ni diorang dapat vote tertinggi.. Uwooowww.. Yang awal2 ada atas pentas tu,, nama dia Isaac and he is Malaysian.. Orang Sabah kalau x silap.. Chinese.. Hoho.. Ramai gaklah orang kita support kalau x silap.. Cuma ranking dia dari no.1 jatuh no. 10 tapi slow2 dia jatuh..
Ana minat yang rambut blonde tu hah.. Sangmin.. Sangat comel n ada Key vibe..  (Key Shinee)


Ni pon bolehlah bestnya.. Diorang hampir tersingkir n then unit lain yang tersingkir last sekali.. Ana suka sangat suara yang second nyanyi tuh.. Heee..


ni first performance diorang sama2.. n sorang tersingkir.. hmmmm...

n performance unit lain pun best especially Unit Yellow since leader dia sngt kreatif n member die pun ikut kreatif.. Hoho.. Okayh! Banyaknya ... Adoiyaii... Takpe ni je Ana tgk.. Still focus PT3.. Haha.. Okayh.. Assalamualaikum! ^^

Lailatul Qadar

Ana Myhusna | 11:00 | 0Comments |


Ramadhan dah nak habis dah korang! 10 malam terakhir pun dah sampai!! So,,, marilah kita saling mengingati ye. Malam ni bolehlah berjaga malam.. buat solat sunat banyak banyak.. buat amal ibadah banyak2.. Mana tahu jumpa malam lailatulqadar. Oleh itu, hari ni Ana nak share tentang lailatulqadar mengikut pengetahuan yang Ana ada jelah. Ana xdelah pandai sangat bab2 nih.. Tapi, adalah sikit yang boleh share. Hehe..

Ni Ana dapat melalui wikipedia tentang sejarah ringkas lailatul qadar.
Apabila sahabat-sahabat Rasulullah mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israel yang beribadah selama 1000 bulan dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah menurunkan surah al-Qadar yang menyatakat lailatul Qadar (malam al-Qadar) lebih baik daripada 1000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah kepada umat Rasulullah.

Ha.. Nampak tak? So, jomlah kita berjaga buat ibadah malam2 ehhh... Hehe.. Siapa je yang akan dapat lailatul qadar ni?
  • Orang ni orang yang solat fardhu maghrib dan isya' secara berjemaah sepanjang bulan Ramadhan dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat subuh berjemaah pada esoknya.
  • Solat tarawih ni termasuk dengan solat malam juga sbb ia dilakukan lepas Isya'. So, kiranya orang yang solat tarawih ni dikira solat sunat pada lailatul Qadar, so bolehlah tambah lagi rakaat time 10 malm terakhir.
Okay now tanda2 Lailatul Qadar pula.
  • Keadaan matahari pada waktu pagi, terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru. 
  • Keadaan waktu malam tak panas dan tak dingin, matahari di waktu paginya tak terlalu cerah dan nampak kemerah-merahan
  • Malam lailatu qadar ni bersih, tak panas, tak dingin, tak berawan, tak hujan, tak berangin
And, sebenarnya banyak lagi yang kita boleh tahu tentang Lailatul Qadar ni. Kalau korang berminat cerlah google. Ustaz Azhar Idrus pun ada bagi tazkirah tentang malam al-Qadar ni. So what are you waiting for? semua di hujung jari je skang. Ana pun nak checkout sebenarnya. Doa2 yang boleh diamalkan dan macam2 lah.. So, jom sama2 cari ilmu! Assalamualaikum..

Kawan 2Weeks Ana

Ana Myhusna | 06:48 | 2Comments |


Hai. Hari ni, Ana tak balik asrama lagi sbb banyak lagi barang dari kem haritu nak kena punggah dan basuh dan kemas dan lipat dan bla bla bla.. Act, mmg dah rancang dah untuk ponteng.. Hehe..
Okay, nak cerita pasal kem haritu sebenarnya.. Sangat best, sangat seronok. Tak sia-sialah pergi sbb masa kita yang terluang tu mmg dah xde dah bila pergi sana. Since Ana dapat course green technology, then Ana belajar pasal green tech je.. Hari2.. Buat eksperimen pun mesti ada kena mengena dengan green tech.
Okay, jangan ingat green tech tu pokok pulak. It's an energy okay.. Time Ana pergi tu, Ana dapat rasa macam Analah yang paling mengong sekali sbb x fluent english sangat and rasa macam banyak benda aku tak tahu.. pretest pasal green tech pun Ana dapat 51 je. Nampak sangat pengetahuan ceteklah time awal2 masuk tu..
Tapi, dh last2 tu postest pula Ana xdelah hebat sangat.. Ana just dapat 71 means pengetahuan tu makin banyaklah,, tapi still blur lagi ann..
Buat projek pun Ana sangat susah nak cari idea. Nak berpusing-pusing otak Ana memikirkan idea.
Dahlah individu,, susahlah nak fikir.. nak perah otak sorang2.. Pastu, anak2 yang sebaya ngan Ana kat sini ada 6 orang je termasuk Ana. 3 lelaki n 3 perempuan. Elok sangatlah tu.
Rommate Ana mmg semua form3. Kami bertiga dalam bilik tersebut. Dan kami yang selalu lambat bersiap. Bilik kitorang no. 16. Nanti, pagi-pagi tu kalau kitorang lambat,, mulalah form2 yang dh siap ni kejut kitorang melalui whatsapp yang sebenarnya x function pun. Kami tetap akan lambat sbb kami sempoi je.. Act, kami berusaha untuk awal ye.. Tapi, still lambat. Dax2 form2 ni tak tau camne dorang boleh manage awal. Mungkin sbb diorang sanggup beratur panjang2 dan awal2 time pagi2 tu .
Kami yang form3 ni berasa kami sepatutnya tidur dahulu shingga barisan untuk ke shower sudah berkurang. Haha..
Tapi, seronoklah.. Video pasal course kitorang pun ada.. Dan obviously, orang yang buat video ini ialah pelajar2 dari course Multimedia Kreatif. Ana teringin gak nak masuk course tu. Bagi Ana tu course yang paling mudah untuk belajar sbb Ana memang minat bab2 pakai komputer ni. Kalau boleh buat apa2 kerja pun nak cari laptop. Alhamdulillah kami belajar di kelas dgn mencari maklumat dalam laptop juga. Dan kadangkala kami dibenarkan membawa telefon bimbit untuk mencari maklumat berkenaan teknologi hijau.
Hoho.. Time yang Ana paling sukalah is time riadah. Sangat seronok sbb kitorang memang betul2 berpeluh and semua sangatlah lasak. Lagi satu, yang risaunya time nak start riadah tu memikirkan yang kitorang main campur lelaki n wanita. LOL.Ana ni dahlah x biasa ngan budak lelaki nih. Nak jaga daripada tersentuh tu,, Ya Allah Ya Rabbi,, dugaan betul.. Susah sangat nak menjaganya. But,. in the same time,, kitorang dapat merapatkan ukhwah antara ahli kumpulan. Ana daripada kekok bebenor nak cakap ngan lelaki,, akhirnya biasa je cakap ngan diorang.
Ana x tau apa akan jadi kalau Ana balik semula ke asrama nih,, takut awkward tu datang balik ann.. Nasib baik course Ana ramai form2. Kalau form3? Hah, susahlah citer dia. Kitorang pun x ingat dah sape tua sape muda. Sumer pakai aku kau je. Sorang je budak yang pakai akak. Since dia form1. Namanya Sashvini. Sangat comellah budaknya but sometimes jahat gak ngan akak2,, Haha.. Okayh! Till then,, assalamualaikum...

Don't Be Discouraged

Ana Myhusna | 00:15 | 1Comments |


Haiii.. Dah bulan 5 dah n nampaknya post Ana baru 2 je untuk tahun nih.. Haiyoo.. Tak sedar pun masa ni bergerak sangat wow lajunya..
Okayh.. Main point tajuk ni nak citer pasal coming mid year exam next week. But, before that.. today is my mom's birthday! Alaaaa.. It's just ended a minute ago. Dh pukul 12:01 minit.. Hoho.. Ana je yang x beli hadiah.. since baru balik dari asrama.. So, coming exam ni,, Ana akan buat yang terbaik to be mama n abah birthday gift. Since abah punya besday pon nak dekat dah..

Okayh!
Exam nak dekat, n Ana tengok semua orang study hard. Ana? Tak tau naper,, rasanya sangat susah ye untuk study.. Rasa cam suka hati aq lah bila nk study and bila nk main.
And bila balik rumah, study tu amat kurang tapi azam tu amatlah tinggi yeee.. sebab tu lah rasa cam,, hesh boleh ke aq buat exam kali ni.
Ana rasa macam baru je masuk sekolah n xde benda yang dah dipelajari. Hoho.. Takdelah camtu.. Rasa cam baru start study sikit,, padahal buku tulis sumer dah masuk buku 2 tau masalahnya..
Ana sekarang, balik rumah terus buka lagu, nak tengok drama / movie baru.. Macam mana nak belajar kalo banyak sangat benda lagho boleh buat kat rumah ni. Nasib baik xde drama baru.
That's why lah Ana pilih quotes atas tu. Sebab Ana banyak kali discouraged, rasa cam nak stop sekolah.. Penat study. Pagi, petang, siang, malam ada kelas sampai ntah bila nak buat homework pun tak tahu.
Tapi, bila fikirkan balik. Tujuan belajar kerana-Nya,, jadi kenalah belajar seikhlas-ikhlasnya,. Belajar ni pun satu jihad ye sebenarnya. Lagilah bila kita betul2 ikhlas.
Datang sekolah buka sekadar untuk main,, tapi tujuan utama tu yang kita kena ingat. Belajar kerana Allah.
And yang paling utama bukan pergi sekolah untuk bercintan-cintun ye. Sekolah tempat belajar bukan tempat untuk mendekati zina. Allah kata La takrabu zina. Bukan La tafa'lu zina. Allah kata jangan dekat pon apatah lagi buat. Bercintan-cintun ni pun salah satu cara kita nak dekat dengan zina ya. Tak kiralah zina mata atau hati.
Wushhh,, dah macam ustazah dah.. Nilah orang kata penangan dengar tazkirah tiap2 malam kat asrama. Tapi, tahun ni sangat kurang dengar tazkirah. But, since musim periksa, Ramadhan n Syawal is coming .. so tuition stop kejap, duk kat masjid je. Alhamdulillah..
Tapi, rasanya Ramadhan takde tazkirah kot. Ntahlah.. Alaaa...

Tapi, memang seriouslah.. Selalunya yang duk depan time tazkirah ni form 1 auu.. Tapi batch Ana ni dari form1 sampai form3 nih hah.. nak rebut jugak tempat depan.. Moga2 bukanlah sebab nk mengusha... Hoho.. Ya Allah,, jauhi kami dari zina mata.. Kihkih...

Okayh.. dh jauh sangat ye! main topic pasal belajar je.. Last2 sampai ke masjidlah tazkirahlah.. Susahlah camni ann..

Apapun,, whenever discouraged time study,, ingat tujuan kita belajar kerana Allah.
Wallahua'lam. ^^

Assalamualaikum

P/S : Doakan result kalini lagi tinggi dari sebelum ni. Doakan markah Ana sumer 80 ke atas je.. Takde bawah 80. In Shaa Allah.. AMIN..

Fuh ..

Ana Myhusna | 07:13 | 1Comments |

Haloo.. Ok everytime Ana update,, ayat dia mesti cenggini.. "lamanya x update!!" sebab apa? Ana mmg jarang update pon. Kalau korang tengok update lama mesti pelik. Awal2 je ayat sama.. haha.. Nak wat camne.. Duk asrama cengginiler.. Cikgu kalau dapat tau balik wajib,, hah! semua nak bagi homework n yang paling penting homework tu mesti kena pakai laptop.. nak wat folio lah.. fotostat nota untuk kelaslah.. presentation lagi lah. Kalau boleh setiap subjek tu nak suruh buat presentation.
Kalau tak balik rumah, cikgu suruh pakai pape je. Kertas mahjong pun boleh.. Pape jelah.. Tapi still lagi bagus kalau pakai powerpoint. Haritu cikgu suruh buat video. Dia cam kengkadang rasa macam Ya Allah...susahnya nak buat...
Ada gak cikgu pernah cakap camni hah.. "Yang present ni bawak laptop tak?" And I was like.. huh? laptop? Boleh je nak bawa,, tapi lecehlah sekolah ni.. Nak kena minta surat bawa barang haramlah.. Nak kena minta sign lah.. Nak kena fotostat satu salinan bagi exco lagi.. Pastu, kena bagi exco pegang pula.. Nak guna baru amik.. Aduh leceh.. Ana pernahlah, sekali dua bawa laptop. Biasa Ana x bagi exco,, sebab Ana bawa laptop bila betul2 terdesak so kitorang akan guna je setiap kali ada masa. Then, terus bawa balik rumah bcus I hate people touch my things.
That's whylah.. Tapi bila semua kerja powerpoint dikumpulkan dalam 1 masa,, jadi beban yang amat lah pulak.. Haha.. Takpelah.. Mama Ana cakap, kalau nak berjaya kena banyak berkorban untuk belajar. Mohler kita belajar banyak2.. Hoho..
Okay! That's all for today.. ^^