Kawan 2Weeks Ana

Ana Myhusna | 06:48 | 2Comments |


Hai. Hari ni, Ana tak balik asrama lagi sbb banyak lagi barang dari kem haritu nak kena punggah dan basuh dan kemas dan lipat dan bla bla bla.. Act, mmg dah rancang dah untuk ponteng.. Hehe..
Okay, nak cerita pasal kem haritu sebenarnya.. Sangat best, sangat seronok. Tak sia-sialah pergi sbb masa kita yang terluang tu mmg dah xde dah bila pergi sana. Since Ana dapat course green technology, then Ana belajar pasal green tech je.. Hari2.. Buat eksperimen pun mesti ada kena mengena dengan green tech.
Okay, jangan ingat green tech tu pokok pulak. It's an energy okay.. Time Ana pergi tu, Ana dapat rasa macam Analah yang paling mengong sekali sbb x fluent english sangat and rasa macam banyak benda aku tak tahu.. pretest pasal green tech pun Ana dapat 51 je. Nampak sangat pengetahuan ceteklah time awal2 masuk tu..
Tapi, dh last2 tu postest pula Ana xdelah hebat sangat.. Ana just dapat 71 means pengetahuan tu makin banyaklah,, tapi still blur lagi ann..
Buat projek pun Ana sangat susah nak cari idea. Nak berpusing-pusing otak Ana memikirkan idea.
Dahlah individu,, susahlah nak fikir.. nak perah otak sorang2.. Pastu, anak2 yang sebaya ngan Ana kat sini ada 6 orang je termasuk Ana. 3 lelaki n 3 perempuan. Elok sangatlah tu.
Rommate Ana mmg semua form3. Kami bertiga dalam bilik tersebut. Dan kami yang selalu lambat bersiap. Bilik kitorang no. 16. Nanti, pagi-pagi tu kalau kitorang lambat,, mulalah form2 yang dh siap ni kejut kitorang melalui whatsapp yang sebenarnya x function pun. Kami tetap akan lambat sbb kami sempoi je.. Act, kami berusaha untuk awal ye.. Tapi, still lambat. Dax2 form2 ni tak tau camne dorang boleh manage awal. Mungkin sbb diorang sanggup beratur panjang2 dan awal2 time pagi2 tu .
Kami yang form3 ni berasa kami sepatutnya tidur dahulu shingga barisan untuk ke shower sudah berkurang. Haha..
Tapi, seronoklah.. Video pasal course kitorang pun ada.. Dan obviously, orang yang buat video ini ialah pelajar2 dari course Multimedia Kreatif. Ana teringin gak nak masuk course tu. Bagi Ana tu course yang paling mudah untuk belajar sbb Ana memang minat bab2 pakai komputer ni. Kalau boleh buat apa2 kerja pun nak cari laptop. Alhamdulillah kami belajar di kelas dgn mencari maklumat dalam laptop juga. Dan kadangkala kami dibenarkan membawa telefon bimbit untuk mencari maklumat berkenaan teknologi hijau.
Hoho.. Time yang Ana paling sukalah is time riadah. Sangat seronok sbb kitorang memang betul2 berpeluh and semua sangatlah lasak. Lagi satu, yang risaunya time nak start riadah tu memikirkan yang kitorang main campur lelaki n wanita. LOL.Ana ni dahlah x biasa ngan budak lelaki nih. Nak jaga daripada tersentuh tu,, Ya Allah Ya Rabbi,, dugaan betul.. Susah sangat nak menjaganya. But,. in the same time,, kitorang dapat merapatkan ukhwah antara ahli kumpulan. Ana daripada kekok bebenor nak cakap ngan lelaki,, akhirnya biasa je cakap ngan diorang.
Ana x tau apa akan jadi kalau Ana balik semula ke asrama nih,, takut awkward tu datang balik ann.. Nasib baik course Ana ramai form2. Kalau form3? Hah, susahlah citer dia. Kitorang pun x ingat dah sape tua sape muda. Sumer pakai aku kau je. Sorang je budak yang pakai akak. Since dia form1. Namanya Sashvini. Sangat comellah budaknya but sometimes jahat gak ngan akak2,, Haha.. Okayh! Till then,, assalamualaikum...