It's coming.. PT3

Ana Myhusna | 22:32 | 0Comments |




Hari ni dah masuk hari Ahad. Esok Isnin. Lusa Selasa. Tak lama lagi habis cuti seminggu.. Means tinggal lagi berapa hari je nak PT3. OMG guys!! ਉ_ਉ ਉ_ਉ 

Seriously Ana sangat tak rajin untuk study.. Homework pun tak siap lagi.. Tengah workhard melawan nafsu drama.. Aduh... Ana tak pernah tak tengok drama bila balik rumah.. Tak tahu kenapa,, tahun ni macam banyak pulak ann yang nak ditengok.. Well,, most of them Ana save untuk end of the year. But still half of them I'm watching now.. Plus movie n movie.. Ohh.. Favourite Ana.. Memang tipulah kalau Ana tak suka.

Nanti Ana nak tengok Now You See Me 2. Mesti ramai dah tengok.. Macam best since the first one best gila ann.. Walaupun ada unsur-unsur dajjal tapi jalan cerita dialah yang best. Tak tahu bila nak tengok sbb asyik duduk depan laptop buat benda lain. Kalau curios google.. Kalau bosan,, buka drama website. Pastu nanti nak tengok performance lah.. MV lah.. Hah memang kerja Ana lah tu. That's why Ana buat schedule time table, so that Ana boleh follow slow slow dan study banyak-banyak. Solat nak kena awal. Tak suka lambat2.. Tapi, tulah,, bila balik rumah kengkadang terlajak.. Aiyoo..

Lagi-lagi Isya',, suka sangatlah tu tangguh..  Hmm.. Ni yang dugaannya duduk rumah. Tapi duduk rumah tak dapat makan banyaklah.. Semua orang dalam rumah ni suka sangat bangun lambat.. Bila Ana turun dapur nak masak macam tak tahu apa sesuai nak buat sarapan. Itu takde.. Ini takde. Sampai harini sarapan Ana roti bakar dengan air masak jelah.. Yang lain tu ,,, hmmm tunggu lunch lah jawabnya.

Weekend kan.. Semua seronok tidur. Disebabkan Ana duduk asrama dan Ana sangat tidak mahu melepaskan sikit pun masa kat rumah,, so Ana tidur lambat dan bangun awal sbb nak bagi terasa lama je duduk rumah. Ahaha.. Ana memang macam ni. Lagi2 bila dah nak balik asrama.. Lagi awal bangun lagi bagus. Kalau boleh before subuh dan celik.

Alright..
Kalaulah ada yang baca entri ni.. Ana harap sangat korang boleh doakan Ana dapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 supaya Ana boleh buat parents Ana proud.. Walaupun Ana bukan pelajar terbaik sekolah, tapi apa salahnya.. Usaha dan tawakal. 

Okay.. Assalamualaikum.. ◕‿◕

No comments: