Tutorial : Scrollbox Blog Archive

Ana Myhusna | 23:32 | 0Comments |

Ana dah lama sangatlah tak buat tutorial tapi sebab ada yang bertanya,, Ana buatlah.. Hehe.. Lagipun, before Ana perasan ada je yang tanya tapi Ana tak buat tutorial sebab time tu Ana sangat busy,, sempat buka sekali tengok je.. Tak sempat nak buat pape.. Tak ingat tutorial apa yang diminta,, tapi takpelah. Kita move on ye.. Hehe..

Tutorial yang direquest kali ni pasal blog archive Ana. Ana pun pelik sebenarnya,, 10 kali Ana tengok blog archive Ana tapi tak tau apa yang lain dari orang lain. Ana pun buka layout Ana tengok archive Ana. Bukak template sekali kot.. Haha.. Pastu baru perasan apa yang lain, Ana punya blog archive boleh scroll rupanya..
Okay.. senang je sebenarnya.. 

1. Buka blogger korang then terus klik template.
2. Klik Edit HTML.
3. Okay, cari code yang ni :
 <div id='ArchiveList'>
 4. Before code yang atas ni. Korang akan jumpa code macam bawah ni :
 <div class='widget-content'>
5. Gantikan code itu dengan code yang ini:
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:150px'>

Okay done! Senang je kan? Korang boleh tukar saiz tinggi yang ada bold kan tu untuk adjust height scrollbox korang. Kalau 150px macam Ana punya archive lah. Okay?

Babai~~ Assalamualaikum

P/S : Kalau tak berjaya bagitahu tau. Ana dah lama tak buat tuto, mana tahu ada tersalah.

Countdown MAMA

Ana Myhusna | 21:40 | 0Comments |

Haloo!! Okay, actually tak ada apa sangat pun nak share. Hehe.. Saje nak citer2..

Tak perlu baca pun takpe. Tak ada yang seronok pun tentang entry ni. Seriously.. Korang lagi annoyed kalau baca sebab Ana tengah fangirling.. Haha..

Ana sangatlah sedang fangirling dengan satu boy group korea ni sampai Ana tengok video countdown mama diorang banyak kali. Haha.. It's just so funny.

Ana takdelah gila sangat pun tengok kpop ni. Just, suka tengok boy group yang Ana minat and Ana suka every group from its company. Okay fine,, Ana gila lah juga tapi alhamdulillah masih boleh kawal.. Haha.. Since mama award tahun ni ada boy group baru yang Ana minat (NCT) so, Ana seriously tak sabar nak tengok. Countdown diorang buat Ana lagi tak sabar nak tengok diorang je lah.. Hehe.. Dengan EXO !! Memang Ana fangirling gilalah dua group ni. Banyak je Ana suka,, tapi tak fangirling sangat.. Haha..



Sangat comel sebenarnya video ni. Sebab yang Japanese and Chinese dua orang tu asyik salah teka je.. Lagi-2 yang Japanese tu.. Haha..

Okaylah ,, tu je nak share..

P/S : Doakan Ana dapat keputusan cemerlang PT3..

^^

Ana Myhusna | 12:42 | 2Comments |

Hai! Hari ini dah nak balik asrama. Haiyoo.. Malas sebenarnya, tapi tulah dia banyak pula aktiviti kat sekolah. Kenalah join. Hehe..

Minggu-minggu lepas, banyak kali dah Ana balik haram. Bukan Ana je.. Ramai.. Sebab tulah, this week cikgu dah bagi warning dah. Tak boleh buat apalah kan. Nanti kena demerit, tak pasal2 form 4, mula sekolah dah dicop budak nakal. Haha..

Dormmate Ana pun risau takut Ana tak balik petang ni. Dia terus whatsapp Ana nak confirm Ana balik ke tak. Kalau Ana tak balik, of course dia pun tak balik. Besok pagi baru nampak batang hidung kat sekolah. Selalu dah.. Haha..

So, this week, stay jadi budak baik. Kita join je segala aktiviti. Best sebenarnya. Tapi, depends on kerajinan lah sekarang ni. Last week, kitorang buat explorace. Since explorace tu sesama batch sahaja, dia jadi sangat seronok sebab kitorang boleh lawan fasi. Haha.. Fasi pun tak berani nak lawan balik. Tu yang seronok, kalau buat dengan batch lain, ada limitnya. Tak boleh nak lawan fasi kalau dah fasinya tu senior kan.. Huhu..

Alright, so this is the last entry for this week. See you after two weeks!! Kalau Ana rajinlah. Okayh! Assalamualaikum.. ^^