^^

Ana Myhusna | 12:42 | 2Comments |

Hai! Hari ini dah nak balik asrama. Haiyoo.. Malas sebenarnya, tapi tulah dia banyak pula aktiviti kat sekolah. Kenalah join. Hehe..

Minggu-minggu lepas, banyak kali dah Ana balik haram. Bukan Ana je.. Ramai.. Sebab tulah, this week cikgu dah bagi warning dah. Tak boleh buat apalah kan. Nanti kena demerit, tak pasal2 form 4, mula sekolah dah dicop budak nakal. Haha..

Dormmate Ana pun risau takut Ana tak balik petang ni. Dia terus whatsapp Ana nak confirm Ana balik ke tak. Kalau Ana tak balik, of course dia pun tak balik. Besok pagi baru nampak batang hidung kat sekolah. Selalu dah.. Haha..

So, this week, stay jadi budak baik. Kita join je segala aktiviti. Best sebenarnya. Tapi, depends on kerajinan lah sekarang ni. Last week, kitorang buat explorace. Since explorace tu sesama batch sahaja, dia jadi sangat seronok sebab kitorang boleh lawan fasi. Haha.. Fasi pun tak berani nak lawan balik. Tu yang seronok, kalau buat dengan batch lain, ada limitnya. Tak boleh nak lawan fasi kalau dah fasinya tu senior kan.. Huhu..

Alright, so this is the last entry for this week. See you after two weeks!! Kalau Ana rajinlah. Okayh! Assalamualaikum.. ^^

2 comments:

Fhatin Amelia said...

good luck :D and have fun
done follow
http://mellyacrayola.blogspot.com/

Aini Shah said...

Hi Ana, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)