Alhamdulillah..

Ana Myhusna | 08:17 | 3Comments |

Wahhh. Semalam ingat nak post entry,, tapi Ana pening kepala sangat-sangat semalam, tak jadi nak buka blog. Huhu.. So, semalam result PT3 keluar. Bayangkan,, Ana relaks sangat dari malam tu. Takut tu memanglah takut, tapi Ana macam senang lupakan yang esoknya nak ambil result. Bila buka insta, hah semua nak post gambar buat caption pasal esoknya.. Tu yang buat Ana tak lupa pasal esoknya nak ambil result. Haha..

19/12. Ana memang mandi awallah. Selalunya, Ana lepas subuh, Ana tak mandi dulu. Ana akan buka laptop dulu, tengok mv ke,, drama ke,, show ke,, news ke,, pastu baru nak mandi. Tapi, pagi semalam, Ana terus mandi. Hahaha.. Tapi, Ana sangat relaks sebab Ana memang betul2 ingat, parents Ana nak datang lambat sebab yelah.. result keluar pukul 10. Tapi, taklimat semua pukul 8 lah kononnya.. Lambat juga taklimat start sebenarnya bila baca kat whatsapp ibu bapa. Hoho..
Sebab abah Ana nak keluar awal sikit since nak gi sarapan dulu,, Ana terus ambil hairdryer,, gelabah amat.. Ambil baju sekolah, gosok. Haha.. Sebab tak gosok lagi. Keluarkan pun tak lagi.

Sampai restoran, Ana makan pun tak tenang . Tak selera langsung. Separuh pinggan je Ana makan. Lepas tu, terus gerak ke sekolah,, and sampai je kat dewan, macam dah ramai dah ambil. Ana sampai pukul 10:30. So, of courselah semua dah ambil. Time tu, Ana dah dengar dah nama2 straight A dari mulut kawan2. Haha..
Time Ana jumpa cikgu, dari jauh cikgu dah.... okayh ni Husna punya,, act Ana tak jumpa lagi barisan kelas Ana kat mana.. Nasib baik cikgu nampak batang hidung Ana. Haha.. Dia cam dalam sampul,, so Ana dok pikir,, kena buka ke? Haha.. Time tu jasad dengan roh kat tempat lain.. Haha.

Mama Ana suruh Ana buka. Alhamdulillah.. Tak teruk.. Haha.. Time tu, Ana cam happy sangatlah.. Tapi, well PT3 je pun kan. Berkat doa ... siapa? Ibu bapa,, guru. Actually, before Ana ambil result, Ana whatsapp cikgu sains form 2 Ana yang dah bersara, minta doa dari cikgu.. Haha.. Alhamdulillah,, sains Ana je B. Time tu, mama Ana dah macam.. ha tulah tak minat sains.. Haha.. Tapi memang,, kalau Ana jumpa mana2, biasanya diorang akan cakap sains yang B ataupun C. Maybe susah kot untuk kebanyakan orang. Untuk Ana.. lagilah.. Haha..

Okayh.. Habis story.. Assalamualaikum

P/S : Drama Hwarang dah keluar!! ^^ MV For Life pun best!! 

Hujan

Ana Myhusna | 06:23 | 1Comments |

Sekarang ni, dekat tempat Ana tengah hujan.. Hoho.. Baru pukul 6 pagi. Since harini Ana nak puasa so,, bangun awallah kan untuk sahur. Before subuh lagi dah hujan. Sekarang tengah hujan jugak rasanya,, macam nak reda sikit lah..

Alang-alang tengah hujan ni, cerita pasal hujanlah.
Dalam Islam, setiap satu perkara tu mesti ada doa dia. Sebelum tidur, ada doa. Bangun tidur, ada doa. Sebelum makan, lepas makan, masuk masjid, masuk tandas, semualah.. Senang cerita serba lengkap lah kan. So, tadi Ana dok pikir je,, kalau hujan macam mana doa dia. Ana terus search google and I found it! Yeayyy.. Ana ingat susah tau. Senang je,,, korang mesti ramai dah tahu. Since Ana tak pernah baca doa ketika hujan. Everytime hujan je, Ana selalu baca doa sendiri sebab waktu hujan antara waktu yang doa kita paling mustajab ketika itu. Kan? So, Ana selalu baca doa Ana sendiri lah.

Image result for doa waktu hujan

Tapi, Actually, tak susah pun doa ketika hujan.
Sekejap je dah boleh hafal. hehe.. smile!
Image result for doa waktu hujan
Credit kat gambar. Hehe..

Tak susah pun kan? Tu yang Ana seronok tu.. senang nak ikat. Ni kira paling simple lah.. Doa hujan ni ada banyak. Ada doa untuk kilat. Doa hujan lebat lagi panjang tau. hehe.. Ada doa lepas hujan.. Hmm.. Macam2 lah. Kalau korang curious gila ann,, nak sangat amalkan,, bolehlah google ye. Heee.. Okayh.. Babai.. ^_^

Share Drama jap

Ana Myhusna | 21:44 | 0Comments |


여러분, 안녕!

Hai semua! Saje je Ana buat entri, tapi tulah takde apa nak di storykan..
So, Ana nak share drama yang Ana sangat seronok tengok sekarang ni.
Drama melayu sekarang, Ana seronok tengok Hafidz Roshdi punya dramalah.. Mr. Donat Karamel tu. Actually, kalau takde Hafidz Roshdi,, hmmm,, Tak taulah Ana follow ke tak cerita tu. Ana sangatlah jarang follow cerita melayu sejak masuk asrama,, sebab asyik miss episode je. Soo,, Ana tengok drama yang ada hero yang Ana minat jelah.. Haha.. Bestlah jugak cerita tu.. 'sebab ada Hafidz Roshdi'.. haha..
Image result for mr donat karamel ]

Next, of courselah drama korea.. Hahaha... Sementara tunggu episode untuk every drama tu,, Ana tengok drama Japanese juga. Tapi banyak movielah.. Ana paling suka drama Japanese lakonan Yamazaki Kento lah.. Cer search,, boleh tahan hensem je.. Drama dia sumer best2!! Rugi tak  tengok..
Drama Korea yang Ana layan sekarang,, yang paling baru drama Goblin. Mula2 tak minat tau,, tapi lepas tu, tetiba rasa macam nak tengok sebab sinopsis dia menarik gilalah.. Jalan cerita pun agak menarik.. Heroine dia lak dari Cheese in the trap tu. Ada Dong Wook pulak tu,, gila tak tengok.. Haha..
Image result for goblin kdrama
Drama Goblin

Pastu, drama best lagi.. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo pun bestlah.. Perempuan dia terror angkat berat,, Lelaki dia pula perenang. Wowlah cerita dia.. Comel.. Tapi, cerita Lee Min Ho lagi best!! Sebab sinopsis dia pun best gila.. Heroine dia pun best! Rugi tak tengok. Drama The Legend of the Blue See. Seriously best. Trylah tengok.. Huhu..

Drama Hwarang pun nak keluar!! Hoho..

Okayh! Babai.. Assalamualaikum.. ^^

Fly To Success

Ana Myhusna | 22:00 | 0Comments |
Hai.. Actually, post ni dah pernah ada dekat blog ni. Dah lama dah tersimpan dekat bahagian pages Ana.. Tapi, Ana rasa macam nak jadikan entry pula instead of page.. Hehe.. Nak kurangkan tab page sambil baca2 balik fly to success Ana nih.. Haha..
Buat renungan bersama untuk orang yang sangat malas belajar macam Ana


Orang kata, "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China". Jadi, tuntutlah ilmu. Tetapi, bukan kerana untuk mendapat kekayaan dan kedudukan di dunia semata-mata.. Malah dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah. Tak akan cium bau syurga kalau kita cuma mengejar dunia sahaja. Belajar kerana Allah. Baru betul.. "Setiap kegagalan mematangkan kita... Setiap kejayaan pula memberi kita kealpaan... Jadi... Jadilah insan yang tidak takut akan kegagalan dan tidak pula lupa diri apabila berjaya kelak."

Ana minat kpop. Tak tipu. Tapi, akak senior kat sekolah Ana kata.. Nak minat takpe.. Tak salah.. Tapi, jangan alpa.. Dunia ni sementara.. Akhirat selama-lamanya.. Belajarlah kerana Allah. Semakin banyak ilmu kita dapat, semakin banyak kita tak tahu. Sebab tu, orang kata belajar tak ada akhirnya. Sampai tua pun, kita kena belajar. Ilmu akhirat dan ilmu dunia. Dua-ii penting. Tapi, yang lebih penting tu ilmu akhirat. Tapiii.. macam mana pun, dunia kita tak boleh tinggal. Kengkadang, Ana jadi malas nak belajar, bila tengok drama ke....tengok youtube ke.. Buka kpop kpop ni.. Tapi,, Ana selalu pesan kat diri Ana.. Belajar tu lebih penting.
Image result for kai exo study
(This is what he say to other fan)
(Ter-iklan Kpop pulak.. Haha..)
 So,, study! Study! Hwaiting! Ini pun bukan untuk Ana je.. Korang pun kena belajar. Kalau dah habis belajar.. Cari pulak ilmu Allah. Sekarang ni, semua ada kat hujung jari je.. Takkan guna internet untuk bukak utube je kot.. Ilmu pun banyak gak kat internet.. Carilahh.. Hee.. Nasihat ini dibawa khas oleh AnaMyhusna. Keh keh keh.. Nasihat ni untuk diri Ana juga..

Image result for success quotes

Jadi,, renung-renungkan.. Assalamualaikum.. ^^