Alhamdulillah..

Ana Myhusna | 08:17 | 3Comments |

Wahhh. Semalam ingat nak post entry,, tapi Ana pening kepala sangat-sangat semalam, tak jadi nak buka blog. Huhu.. So, semalam result PT3 keluar. Bayangkan,, Ana relaks sangat dari malam tu. Takut tu memanglah takut, tapi Ana macam senang lupakan yang esoknya nak ambil result. Bila buka insta, hah semua nak post gambar buat caption pasal esoknya.. Tu yang buat Ana tak lupa pasal esoknya nak ambil result. Haha..

19/12. Ana memang mandi awallah. Selalunya, Ana lepas subuh, Ana tak mandi dulu. Ana akan buka laptop dulu, tengok mv ke,, drama ke,, show ke,, news ke,, pastu baru nak mandi. Tapi, pagi semalam, Ana terus mandi. Hahaha.. Tapi, Ana sangat relaks sebab Ana memang betul2 ingat, parents Ana nak datang lambat sebab yelah.. result keluar pukul 10. Tapi, taklimat semua pukul 8 lah kononnya.. Lambat juga taklimat start sebenarnya bila baca kat whatsapp ibu bapa. Hoho..
Sebab abah Ana nak keluar awal sikit since nak gi sarapan dulu,, Ana terus ambil hairdryer,, gelabah amat.. Ambil baju sekolah, gosok. Haha.. Sebab tak gosok lagi. Keluarkan pun tak lagi.

Sampai restoran, Ana makan pun tak tenang . Tak selera langsung. Separuh pinggan je Ana makan. Lepas tu, terus gerak ke sekolah,, and sampai je kat dewan, macam dah ramai dah ambil. Ana sampai pukul 10:30. So, of courselah semua dah ambil. Time tu, Ana dah dengar dah nama2 straight A dari mulut kawan2. Haha..
Time Ana jumpa cikgu, dari jauh cikgu dah.... okayh ni Husna punya,, act Ana tak jumpa lagi barisan kelas Ana kat mana.. Nasib baik cikgu nampak batang hidung Ana. Haha.. Dia cam dalam sampul,, so Ana dok pikir,, kena buka ke? Haha.. Time tu jasad dengan roh kat tempat lain.. Haha.

Mama Ana suruh Ana buka. Alhamdulillah.. Tak teruk.. Haha.. Time tu, Ana cam happy sangatlah.. Tapi, well PT3 je pun kan. Berkat doa ... siapa? Ibu bapa,, guru. Actually, before Ana ambil result, Ana whatsapp cikgu sains form 2 Ana yang dah bersara, minta doa dari cikgu.. Haha.. Alhamdulillah,, sains Ana je B. Time tu, mama Ana dah macam.. ha tulah tak minat sains.. Haha.. Tapi memang,, kalau Ana jumpa mana2, biasanya diorang akan cakap sains yang B ataupun C. Maybe susah kot untuk kebanyakan orang. Untuk Ana.. lagilah.. Haha..

Okayh.. Habis story.. Assalamualaikum

P/S : Drama Hwarang dah keluar!! ^^ MV For Life pun best!! 

3 comments:

  1. Tahniah :D
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Tahniah, goodluck in form 4! :D Wah minat hwarang jugak eh! Sama lah!!! Aishhh tetiba excited hahaha :)
    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete

Love you!