SURAH AD-DUKHAN

Ana Myhusna | 05:43 | 2Comments |

Haluuuu.. Nak hilangkan ngantuk before tunggu Subuh.. Ana nak spend time sikit.. Bukan selalu dapat buat entri ni kan? So, nak story pasal apa? Okay,, bulan Ramadhan ni,, better story pasal bulan Ramadhan kan? Hmm.. Ana nak cerita pasal surah ad-Dukhan lah,, bukan full pun.. Just, sedikit tafsiran yang Ana dapat hasil daripada carian dan bacaan beberapa laman web.. Hehe.. Ni kira macam rumusan daripada apa yang Ana dapat lah.

Image result for surah ad-dukhan

Kenapa surah ad-Dukhan?
Hah... Actually, haritu, before cuti sekolah Ana dah start buat tadarus al-Quran and I was penolong naqibah at that time. And Ana tak berapa nak pandai sangat bab2 tafsir ayat yang tersirat gila ni, lagipun time tu baru je dilantik jadi BADAR tu. Hmm.. So, selalunya Ana tak banyak cakap sangat pun, keee tak bercakap ek? haha.. So, akak ketua naqibah tu lah yang selalu bagi penerangan ayat dan dia sangat spontan okayh.. Ana tak power lah nak spontan sangat nih,, especially kalau ayat tu banyak maksud tersirat yang nak dirungkaikan.. Hmm..

So, Ana tak expect yang Ana kena tadabbur ayat secara spontan. I thought I can pick any ayat or surah that I want to explain,, so better ambil yang ada story kan? Like surah al-Kahf ke surah al-Qasas ke,, ataupun dalam surah al-Baqarah tu pun ada jugalah sikit2 story.. Ambil kisah firaun pun banyak.. Tapi...., suddenly that akak pilih surah ad-Dukhan and she read about 4 ayat for me to explain it. Ana pun apa lagi.. hmm..  I was like,, 'aahh. aah..' Nasib baiklah tetiba program tadarus habis awal since BADAR form 4 ada tugas lain so,, terpaksa habis awal. Ana pun, wah lega.. I have 2 weeks, so ulangkaji Quran banyak2.. Haha..

So, I searched for this surah and actually Ana takut sebenarnya nak percaya internet sekarang ni, ajaran sesat di mana-mana. That's why, kena banyak belajar mendalami agama mulai sekarang. Negara kita ni dah banyak pengamal ajaran sesat.

Dalam surah ad-Dukhan ni, Ana nak story ayat yang awal-awal jelah. As we all know, al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan kan? Haa.. Dalam surah ni, tak disebut dalam bulan Ramadhan. It just say that al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat. Tapi, ada sesetengah daripada kita ingat al-Quran diturunkan pada malam nisfu Sya'ban. So, malam tu mesti ada yang buat amalan-amalan khas sebab ingatkan itulah malam yang mulia di mana al-Quran ni diturunkan.
Dalam surah al-Baqarah ayat 185, dah terangkan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.
Dan surah al-Qadr juga ada menerangkan bahawa al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadr iaitu 1 malam diantara 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan.

Hmm.. lebih kurang macam gitulah apa yang Ana boleh simpulkan lepas dah buat beberapa research. Okayh, Allah kata dalam surah ad-Dukhan ni, al-Quran diturunkan pada malam yang PENUH BERKAT. So, obviously, malam tu adalah malam yang special di mana al-Quran diturunkan. Allah bukan turunkan al-Quran waktu bila-bila je Dia nak. Allah turunkan al-Quran ni pada 1 bulan yang special. Okay, lupa nak cakap, al-Quran ada 2 fasa penurunannya, dan fasa pertama ni ialah turun sekali gus daripada Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) and fasa kedua-dua barulah beransur-ansur diwahyukan kepada Nabi.
Ok sambung balik, so bulan yang special. That means al-Quran tu sendiri pun special. Dalam ayat kedua surah ad-Dukhan, Allah bersumpah dengan nama al-Quran. Bila Allah bersumpah dengan sesuatu perkara tu, maksudnya perkara tu penting dan ada kelebihannya. Contohnya, buah tin, masa, dan lain-lain. So, dah jelas kat sini bahawa al-Quran tu sangat penting dan sangat special. Hihu.. So, bila dah special, pada malam tu kita kenalah banyak beribadah kepada Allah, gadaikan masa malam kita, masa tidur kita untuk beribadah lebih banyak kepada Allah dan berdoa banyak-banyak.
Dan semua orang tahu, malam tu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan kan? So, jomlah rebut peluang.. hihi.. kita tak tahu malam yang mana satu, but kita sure it is one of sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan kan? So, ni kira macam nasihat untuk diri Ana jugalah, jom buat banyak amal ibadah pada 10 malam terakhir!! ^^

Actually, ada banyak lagi tafsiran yang lebih mendalam.. tapi Ana tak berani nak share banyak-banyak takut Ana tersalah simpul kang. Ni pun Ana takut juga sebenarnya. Kalau ada apa-apa salah dan silap yang Ana buat sepanjang story ni,, tolonglah tegur supaya Ana boleh betulkan balik informasi ni, Ana takut ada yang tersalah ambil info kang! Huhu..

Okay.. Assalamualaikum!

2 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Sebelas hari dah ye kita berpuasa... 😳 Alhamdulillah ..salam ramadhan

Aqilah Shahirah said...

Jom tgk blogskin ni. Classic Template:No Title